ARCA INSTALASI “MEMBERI DAN MENERIMA”
1.
Aku nak buat apa?,
persoalan yang sering ditanya dalam diri sendiri selepas ura-ura projek ke
Jogja menampakkan kemajuannya. Pencarian
kepada jawapan untuk soalan itu kian menjadi takala persetujuan secara bersepakat diperolehi untuk mengadakan
pameran yang diasalkan di ISI (tetapi tidak diberi respon) lantas ianya
bertukar ke ruang Sangkring Art Space, sebuah
perimis yang sering dihidangkan dengan pameran bersifat antarabangsa dan
punya standard yang tinggi (lagilah
risau dibuatnya). Beberapa perbincangan susulan telah memutuskan akan turut
diadakan aktivit berkarya secara
berkolobrasi bersama artis ataupun komuniti seni di Jogja, ini juga satu
perkara yang perlu diberikan penelitian. Saya mula berfikir dan meneliti
beberapa cadangan karya yang boleh
dikembangkan untuk pameran ini, lantas membuat beberapa lakaran idea
seasas-asasnya karya samada drawing
ataupun arca. Dua disiplin ini menjadi landasan congak saya disamping
memikirkan apakah isu yang boleh dijadikan bahan dalam mengolah karya secara
formalistiknya. Saya berandaian karya tersebut haruslah bersifat global dan
punya signifikan dalam konteks projek Joga ini. Dengan membuka ruanglingkup
budaya serta persekitaran di campur sedikit dengan rencah iklim pasca moden
SERUM saya memutuskan untuk bereksprimen
dengan arca instalasi tapi isu maupun persoalan yang ingin di bawa masih belum
di kenalpast. Ini berlaku hampir tiga bulan sekiranya mengambil kira tarikh
kerja-kerja awal memulakan projek Art
Exchange ini.
2.
Konsep dan Idea dah dapat; betullah yang dikatakan bijak pandai seni, pengkarya dengan
persekitarkan saling mempengaruhi, inilah yang berlaku dalam penemuan idea dan
konsep karya arca instalasi yang ingin saya lakukan. Ceritanya begini; di satu
pagi 18 Julai 2012, setelah siap mandi saya memilih dan memakai baju untuk
ketempat kerja, dalam waktu memakai baju berlaku perbualan bersama isteri saya
berkaitan banyaknya pakaian yang tidak digunakan, lantas isteri memberikan
cadangan yang selalu diutarakannya,berikan saja pakaian kepada sesiapa yang
memerlukan,.. UREKA!!!!!! ilham terus dating,
jadikan karya seni baju-baju terpakai diinstalasikan, ide
terus berkembang kemudiannya diberikan kepada orang yang memerlukan (dalam
konteks ini orang itu adalah audien).
Lantas saya catitkan dalam buku lakaran saya…bundle series, Teringat kedai bundle yang sering menjual pakaian
second hand,
Catatan terawal selepas
mendapat idea.
3.
Konsep Menyumbang; bertitik
tolak dari idea yang mentah saya perkembangankannya kepada konsep yang lebih
konkrit. Persoalan utama masih saya kekalkan itu kata kunci menyumbang kepada yang memerlukan.
Perlakuan menyumbang ini telah menjadi etos dalam masyarakat Malaysia tak kira
bangsa apa, Kalau dikatakan derma aja
pasti ada yang akan menderma samada untuk masyarakat setempat maupun
antarabangsa. Pelbagai sumbangan telah diuruskan untuk pelbagai tabung. Tabung
bencana alam, tabung kemanusian, tabung anak yatim, tabung warga emas dan
bermacam-macam lagi corak sumbangan yang rakyat Malaysia berikan. Hinggakan
kita digelar masyarakat pemurah dan penyayang. Malahan perjuangan kita membela
saudara seagama seperti di Palestin mampu diberikan tanpa kehadiran secara
fizikal di bumi Palestin. Semuanya
berlaku dalam kata kunci menyumbang.
4.
Memberi dan Menerima;
lebih menarik idea menyumbang ini terus-terusan bermain didalam kepala saya
lantas lebih kritikal mencari kata kunci yang lebih mesra dan penuh kejiwaan,
maka kata kerja ‘Memberi dan Menerima’(M&M) boleh sahaja menjadi gagasan
utama dalam karya instalasi ini. Soal yang bersifat hukum karma ini sering
berlaku dan dilakukan ramai orang dalam masyarakat kita dari dulu hingga kini. ‘Memberi dan Menerima’ boleh dibaca dalam dua
situasi yang berbeza; pertama dilihat
M&M melibatkan individu yang bersifat tunggal, maksudnya sesorang
individu yang memberi akan dihukam karmakan akan juga menerima, beri baik
menerima balasan baik. Dalam konteks Agama Islam memberi yang baik akan menerima pahala, memberi yang tak baik
akan menerima dosa. Memberi benih kepada tanah akan menerima pokok dan buah
dari tanah. Makanya berlandaskan analogi
diatas, setiap individu yang menginginkan sesuatu atau individu yang
ingin menerima sesuatu haruslah memberi sesuatu. Satu lagi contoh yang menarik
dalam amalan masyarakat lama, iaitu mengadakan sesuatu upacara sebelum
memulakan tanama, dengan harapan menerima hasil tanamam yang menguntungkan.
Situasi kedua M&M akan melibatkan dua individu yang berbeza, seorang
individu yang memberi dan seorang individu yang menerima. Situasi M&M yang
sedemikain boleh dibaca individu yang memberi tidak akan menerima apa-apa
secara fizikal dari individu yang menerimanya. Namun begitu dalam konteks agama
individu memberi akan menerima balasan pahala. Lantas dihadiskan oleh Rasullah
s.a.w tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, tangan diatas
lebih baik dari tangan yang dibawah. Justru itu saya menyimpulkan ‘Memberi’ dan ‘Menerima’ dalam kedua-dua
situasi sememangan perkara yang mulia
5.
“Memberi dan Menerima”
dalam konteks karya seni; Ianya lebih bersifat seni untuk komuniti, Satu cara
menjinakkan komuniti umum kepada kegiatan seni. Satu cara pengkarya menyumbang
kepada memasyarakat seni yang sering dianggap elitis. Dengan andaian untuk
mengharapkan masyarakat dekat dengan seni visual maka sang pengkarya harus memberikan sesuatu kepada masyarakat
tersebut. Ia mungkin dalam bentukan formal atau hidden transfer knowledge. Saya amat berkayakinan projek M&M
ini menjadi salah satu cara pengkarya
menyumbang ke arah tersebut. M&M
menjurus kepada projek amal yang
tidak mengutamakan keuntungan. Projek M&M merupakan sumbangan sosial saya
sebagai artis SERUM kepada komuniti yang mampu menambahnilai kedudukan seni itu
sendiri melalui keterlibatan ahli komuniti dengan arca instalasi M&M.
6.
Formalistik arca instalasi ‘Memberi’ dan ‘Menerima’
(M&M). Saya telah merangka beberapa butiran
formal yang berkaitan dengan arca instalasi M&M ini. Pertamaanya, bahan
yang juga akan menjadi subjek utama
dalam arca instalasi ini adalah pakaian-pakaian
lama yang telah tidak digunakan lagi. Ianya akan dikenalpasti
berdasarkan jenis-jenis pakaian tersebut. Menggunakan ruang yang diberikan oleh Sangkring
Art Space untuk membuat susun atur pakaian-pakaian yang telah dipilih.
Digantung di dinding, digantung di ruang tengah, di lantai, di rak yang direka
atau di mana-mana bahagian galeri yang disediakan. Komposisi instalasi
bergantung sepenuhnya kepada ruang yang diberikan. Instalasi lebih kepada
sebuah karya site specific. Arca
instalasi M&M ini mengunapakai prinsip intreaktif, iaitu audien yang
melihat dbenarkan untuk memilih dan mengambil mana-mana pakaian yang
dikehendaki tetapi dikenakan ‘bayaran’,
menggunakan sistem barter trade (Tukar
menukar). Oleh itu audien dikehendaki membuat hasilan seni berdasarkan
kemampuan masing-masing, semudah-mudah, seringkas-ringkas sebuah drawing, painting maupun bentuk 3
dimensi. Menukarkan hasil karya tadi dengan mana-mana subjek yang terdapat
didalam arca instalasi tersebut. Saya berandaian pameran yang bermula dengan
arca instalasi pakaian-pakaian second
hand akan bertukar akhirnya dengan sebuah arca instalasi bersubjekkan
lukisan, painting, dan objek 3 dimensi.
7.
Sasaran audien atau khayalak; untuk projek arca instalasi M&M ini saya memerlukan kerjasama
dari artis Jogja untuk menyediakan
sebahagian audien yang layak untuk menerima pakaian-pakaian yang akan di
instalasikan. Lebih elok jika ianya golongan anak yatim atau mereka yang kurang berkemampuan.
8.
Perlaksanaan; saya
memerlukan penyumbang bagi mendapatkan pakaian-pakaian lama yang merangkumi peringkat
kanak-kanak, dewasa, lelaki dan perempuan. Akan dikumpulkan dan diasing
mengikut kategorinya. Saya juga memerlukan beberapa orang artisan untu membantu
melaksanakan instalasi, mengendalikan audien untuk melukis, mengendalikan mengambil
dan menukar pakaian kepada lukisan, dan saya juga memerlukan team
sokongan yang boleh mendokumenkan sepanjang pameran khususnya dalam bentuk
video.
9.
Tindakan Susulan; selepas pameran berlangsung di
Sangkring Art Space saya akan mengadakan pameran semula di Malaysia, samada di Melaka atau di
kuala Lumpur. Namun begitu arca
instalasinya akan membawa subjek seni yang saya perolehi dari projek di Jogja.
Selain itu saya bercadang akan
menghasilkan penulisan berdasarkan projek tersebut.
10.
Nota: Saya
sedapat mungkin akan membuat pra-pameran di Galeri Seni UiTM Melaka sebagai
pelancaran projek UiTM Melaka –Jogja Art Exchange (Ilham LENJO Art Exchange 2012), sebelum
melaksanakan di Jogja pada bulan November. Saya mencadangkan Datuk Rektor akan merasmikan pameran tersebut
Itulah Cadangan Saya Tentang Arca Instalasi “Memberi dan Menerima”
No comments:
Post a Comment