Monday, July 9, 2012

Arcaku ; Unity of Nature


ARCAKU
Unity of Nature



Jika ditanya kepada setiap pengarca, apakah  antara  kepuasan yang hampir maksima didalam penghasilan sesebuah arca. Antara jawapan yang mungkin di terima adalah, sekiranya saya berjaya menghasilkan arca dalam bentuk fizikalnya yang besar dan kemungkinan diletakkan di ruang terbuka untuk tatapan masyarakat umum dan kekal dalam jangka waktu yang lama. Aku cukup yakin menghasilkan arca awam merupakan salah satu kepuasan yang dicari oleh setiap pengarca, apakan tidak sesebuah arca awam dapat dinikmati dan diingati sebagai salah satu  tanda untuk sesuatu lokasi yang menajanya. Lebih dari itu pengarcanya  mampu tersenyum melihat keberadaan arca yang menjadi manifestasi pemikiran dan falasfah pengarcanya sendiri.
Dalam konteks aku sebagai seorang pengarca, peluang pertama telah datang pada tahun 1999, dimana aku telah dicommission oleh pihak Sime Derby untuk membina sebuah arca di bangunan Wisma Traktor, Subang Jaya. Arkitek Hijas Kasturi telah dipertanggungjawabkan untuk mengubahsuai ruang didalam bangunan tersebut lantas berkenan dengan model arca Unity of Nature  untuk dibina dengan sekala yang besar.

Unity of Nature, 300cm x 100cm x 230cm, metal, 1999. (gambar diambil dlm tahun 2010)

Background projek;

Melalui Art Case Gallery yang dimiliki oleh Raja Azhar, aku telah diminta untuk menghantar beberapa model arca awam untuk dibina di KLIA. Maka aku telah menghasilkan dua buah model, tapi malangnya ketika itu (1997) kerisis ekonomi berlaku maka projek untuk menghasilkan arca awam di KLIA telah dibekukan. Namun begitu kedua-dua model yang telah aku hasilkan telah di pamerkan di Art Case Gallery. Menurut Raja Azhar beliau telah didatangi oleh Hijas Kasturi  yang sedang mencari beberapa  karya seni termasuk painting dan arca untuk diletakkan di Bangunan Wisma Traktor di Subang Jaya. Terdapat satu ruang yang luas di dalam bangunan iaitu lobi utama yang mahu diletakkan sebuah arca  (sebelum ubahsuai berlaku ruang tersebut telah diletakkan dengan sebuah jentolak bersaiz sederhana). Makanya arca aku Unity of Nature telah berjaya menarik perhatian Hijas untuk di jadikan arca awam di lokasi yang dinyatakan. (Hijas Kasturi juga merupakan salah seorang kolektor yang telah membeli beberapa arca aku dari siri pragnat kemungkinan besar beliau telah terbiasa denga arca-arca yang telah aku hasilkan). Pemilihan oleh Hijas merupakan satu penghormatan  tinggi bagi pengarca baru(ketika itu) seperti aku.





Model arca Unity of Nature 




Proses pembinaan

Memulakan kerja-kerja membina sebuah arca awam yang bersekala besar merupakan satu kegembiraan sekaligus satu cabaran besar buat aku yang pertama kali menghasilkannya. Tanggal 19hb April 1999 bermulalah kerja-kerja membina arca yang sebenar. Aku telah menyediakan sebuah buku log sepanjang projek ini berlangsung. Dibawah merupakan salah satu petikan dari buku log tersebut. Ianya dicatat pada hari pertama memulakan kerja-kerja menghasilkan arca. Sebelum itu masih aku ingat telah berlaku pertemuan dengan bekas tok guru arca iaitu Ramlan Abdullah dan Ariffin Mohd Ismail, perbincangan ringkas  mengenai  teknikal aspek telah berlaku. Dan ini memberi kelancaran dalam proses demi proses sehingga arca ini siap didirikan di lokasinya.

Catatan pada 19.4.1991, merupakan hari pertama memulakan kerja.





Lukisan teknikal ringkas dan maklumat concept of sculpture

Segala kerja-kerja menghasilkan arca ini telah aku lakukan di bengkel kedai yang aku sewa di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor. Dengan keluasan yang terhad aku terpaksa menggunakan ruang luar di belakang bengkel untuk membina bahagian-bahagian besar yang tidak  bersesuaian di buat di dalam bengkel. Bahan mentah seperti kepingan besi, besi bulat berlubang dan lain-lain bahan telah aku beli disekitar kedai di Kota Tinggi, malahan aku juga telah mendapatkan beberapa bahan dari kedai menjual besi lusuh. Proses mencantum dan membentuk telah menggunakan kaedah kimplan samada dengan arch welding ataupun gas welding.
Mendapatkan pembantu amatlah sukar khususnya yang memahami permasalahan bentuk arca. Aku telah menggunakan dua orang belia lepasan SPM selaku pembantu. Namun begitu pembantu  tersebut tidak punya kemahiran untuk kerja-kerja besi lantas  pergerakkan kerja agak lambat disebabkan aku juga terpaksa memberi tunjuk ajar hal-hal yang berkaitan kerja besi. Selepas 65 hari aku telah mendapatkan khidmat  pembantu yang mempunyai kepakaran didalam kerja kimpalan dan beliau juga seorang lulusan didalam jurusan arca dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari Shah Alam. Beliau yang saya maksudkan adalah Saharudin Supar yang lebih dikenali sebagai Pak Ali ( kini bersama aku menjadi tenaga pengajar di FSSR UiTM Melaka).






Aku bersama pembantu, Pak Ali  sedang berehat di samping arca Unity of Nature.


Keseronokan menghadapi cabaran membina arca awam merupakan suatu ilmu yang tidak mampu diperolehi di mana-mana institusi, hanya melalaui kerja-kerja sebenar dan pengalaman mengharunginya barulah pemindahan ilmu akan berlaku. Malahan aku dan arcaku menjadi  satu objek yang menarik minat masyarakat sekeliling yang agak dangkal dengan karya seni yang bernama arca awam.


Beberapa gambaran  pengarca dan pembantu  sedang melaksanakan kerja-kerja  yang melibatkan beberpa alatan seperti chain blok untuk mengangkat sebahagian bentuk arca.


Antara catatan yang dibuat pada hari yang ke 17  pembinaan arca dilakukan.



Aku sedang menunggang arca sambil membuat kimpalan


Aku dan Saharuddin Supar dalam proses untuk mengangkat bentukan yang diikat sebanayak 14 batang besi berbentulk pipe. Kerja-kerja dilakukan pada malam hari.

Perjalanan ke Lokasi dan pemasangannya.


Selepas 93 hari bergelumang akhirnya pada 21hb Julai 1999 arca Unity of Nature telah siap dan diangkat ke atas lori treler dan pada waktu malamnya aku menjadi kelindan lori mengiringi arca aku sendiri. Beberapa peristiwa menarik sepanjang perjalanan membawa  arca tersebut telah berlaku, antaranya ianya dikerumuni ketika berehat di RNR Dengkil.




Arca Unity of Nature telah sampai ke destinasinya di Subang Jaya.


Kerja-kerja memasang arca dengan bantuan beberapa orang rakan-rakan
   termasuk Ramlan Abdullah


Statement arca yang diambil dari proposal
Unity  of Nature  (Public Sculpture),Metal,1999

This sculpture is about the popular Malay saying, “united we stand … divided we fall,” which suggests the need to be united in doing something to achieve success. However, if we were separated, everything will fall apart.
The sculpture consists of two parts. Part A: The base depicts a semi-triangular shape mounted on two intricately carved posts. The shape represents a portion of the world wherein lies the Asian Region, whereas the base represents the Malaysian art of carving. 
Part B: attached to the semi triangle, is a bundle of 14 metal twigs wound together. On top of the twigs are 5 protruding semi-oval shapes. The 14 metal twigs represent the solidarity of the 14 states of Malaysia (unity) while the semi-oval shape (nature) depict the 5 obligations of Malaysia citizen which are




1.Faith in God
2.Loyalty to the kings and the country
3.Respect for the Constitution
4.Law and Order
5.Courtesy and politeness

Akhirnya unity of nature  telah melayakkan aku menjadi pengarca yang terlibat didalam kerja-kerja menghasilkan arca awam untuk tahun-tahun berikutnya hingga kini....alhamdulilah.




* Tulisan ini telah dikeluarkan didalam majalah  online Artikel







No comments:

Post a Comment