Saturday, November 15, 2014

Piramid Seni Model Asas Penghasilan karya Seni.



KERTAS KERJA INI TELAH DIBENTANGKAN DALAM  KOLOKIUM ISME 2014 DI HOTEL SERI MALAYSIA, MELAKA  PADA 29 MEI 2014.


“Piramid Seni” Model  Asas Penghasilkan Karya Seni

Dr. Rosli Zakaria
Pensyarah Kanan Jabatan Seni Halus
FSSR UiTM Melaka
e.mail: roslizakaria@yahoo.com


Abstrak
Melihat sebuah karya seni visual bukanlah sekadar melihat karya yang telah terpamer di dinding-dinding galeri ataupun di ruang-ruang galeri, malahan ianya adalah satu proses untuk memahami kerja-kerja disebalik kewujudan sesebuah karya tersebut. Di tempat mana artis selesai berkarya, disitulah bermulanya tugas penghayat untuk cuba melihat, menganalisa dan mentasfir keseluruhan karya tersebut. Sejarawan seni telah mengemukakan pelbagai teori seni semenjak ratusan tahun hingga kini. Antaranya adalah Edmund Feldman (1967) dengan teori kritikan seninya menyatakan sesebuah karya seni harus dilihat dari dua aspek iaitu aspek bentuk dan makna. Bagi Pansfoky (2001) pula menyatakan karya seni boleh dihayati dengan teori iknologi yang melihat perkaitan simbol, semiotik, perlambangan dengan makna-makna yang ingin disampaikan. Ragans (2000) pula telah memudahkan pembacaan sesebuah karya seni dengan membina kerangka yang selari dengan tiori Feldman. Sementara itu Ocvirk (1994) merumuskan pembentukan sesebuah karya seni didukung  tiga perkara utama iaitu, Subject, Form dan Content. Syed Ahmad Jamal (1992) sering mengingatkan kewujudan sesebuah karya Seni Melayu didukung oleh Rupa dan Jiwa, seni dilihat sebagai penjelmaan bahan-baan dari alam semulajadi kepada satu bentuk yang merupakan jiwa ‘penciptanya’. Tengku Sabri (2009) menegaskan sesebuah karya yang cemerlang harus datang dari artis yang mempunyai elemen sedar diri dan punya disiplin diri dalam berkarya. Justru itu penulisan ini telah mengambil satu model yang dikemukan oleh Ocvirk yang mewakili sarjana barat dan Tengku Sabri mewakili sarjana tempatan. Perbandingan yang telah dibuat memberi satu justifikasi untuk dibina satu model yang lebih bersifat lokal dan dapat dijadikan landasan penghasilan sesebuah karya seni dengan acuan sendiri. Penulisan ini berpusat kepada satu model yang dicipta yang diberi nama “Piramid Seni”. Tujuan utama model ini dicipta adalah untuk menjadi sandaran kepada penghasilan sesebuah karya seni yang mempunyai dasar pemikiran lokal seterusnya dihasilkan dengan pendekatan global. Berlandaskan model ini, karya-karya seni yang terhasil mampu menjadi sebuah karya yang mendukung aspirasi agama, budaya dan masyarakat setempat dan dapat dibanggakan sebagai produk SERUM.



Pendahuluan
Harus diingat sesorang seniman berbudaya sentiasa menghasilkan karya yang selari dengan tuntutan masyarakatnya. Slamet Subiyantoro[1] (2011) menyatakan Seni rupa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana ia seperti satu kesatuan bentuk dan isi yang saling melengkapi antara satu sama lain, demikian juga  antara pengkarya dan karyanya. Beliau turut  menegaskan kesenian sebagai unsur kebudayaan banyak ditemukan dari pelbagai lapisan masyarakat yang sederhana hingga yang kompleks atau moden. Beliau memetik pernyataan Frans Boas seorang ahli antropologis Amerika yang menyatakan bahawa tidak ada masyarakat yang tidak meluangkan waktunya untuk kegiatan seni sekalipun ianya masyarakat di kutub. Hujahan menarik oleh Anuar Din (2007), tentang dua unsur utama di dalam sesebuah karya  iaitu unsur dalaman  dan unsur luaran. Beliau menyatakan sesebuah karya kreatif dibina oleh aspek dalaman namun begitu karya seni juga dipengaruhi  oleh aspek luaran. Unsur dalaman  menjadi tunjang kepada pembinaan sesebuah karya yang merangkumi unsur bahan, teknik, imej, kemahiran, idea, perlambangan, sejarah peradaban. Kedua-dua unsur memantapkan penghasilan sesebuah karya seni rupa. Siti Zainon (2007) menegaskan seni rupa  merupakan sebuah karya seni yang merangkumi sudut luaran (tersurat) seperti struktur dan bentuk dua dan tiga dimensi. Kesemua aspek tersebut dapat dilihat, dipegang dan dapat digunakan sekiranya ia bersifat seni gunaan. Beliau turut menekankan dari sudut dalaman (tersirat) merangkumi  unsur jiwa, gerak rasa, fikiran dan falsafah pengkarya yang sekali gus mewakili masyaraktnya. Dalam konteks  tempatan Syed Ahmad Jamal (1992) menyatakan perihal seni rupa Melayu adalah penjelmaan unsur-unsur alam semulajadi kepada suatu bentuk karya seni rupa. Karya Seni ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran pencipta yang dijelmakan melalui impian, lalu mencerminkan suasana harmoni antara manusia dan alamnya. Tiga komponen utama telah dinyatakan oleh Ocvirk (1994) iaitu subject, form and content sebagai resipi sesebuah karya seni rupa. Subject merupakan imej atau objek atau idea  yang dimanupulasikan dalam sesebuah karya manakala Form merujuk kepada faktor luaran yang terdapat di dalam sesebuah karya, ia bergantung kepada jenis karya samada 2 dimensi atau 3 dimensi. Content pula merujuk kepada faktor dalaman yang melibatkan perasaan, emosi atau mesej yang ingin disampaikan melalui sesebuah karya seni. Tengku Sabri (2009) menyarankan beberapa model didalam menghuraikan kewujudan sesebuah karya seni. Penciptaan sesebuah karya  seni secara biasa akan melalui empat tahap iaitu kajian awal,  perkembangan idea, kerja studio dan pameran. Karya yang baik juga harus mampu berbicara, mampu menghantar idea bernas dan mempunyai upaya untuk menjemput audiens menyelami sambil berfikir dan menanggapi mesej atau pesanan yang terlekat pada sesebuah karya. Beliau turut menekankan perihal artis sebagai manusia pembuat harus berkarya dengan rasa rendah diri dan sedar diri, bahawa dia punya Tuhan Maha Berkuasa. Tuhan berkehendakan manusia itu baik, harus berusaha untuk menjadi baik dan menyebarkan kebaikan. Maka seorang artis itu harus baik, berperibadi baik dan menghasilkan karya yang baik, yang bermakna.
Jelaslah bahawa pengertian-pengertian seni yang disarankan seperti di atas sering kali menjadi sandaran apabila memperkatakan  tentang sesebuah kewujudan sesebuah karya. Pengkaji menyimpulkan pengertian serta saranan-saranan di atas dengan menyatakan bahawa untuk mengamati sesebuah karya dua faktor utama harus diteliti iaitu faktor tersurat dan faktor tersirat. Manakala setiap satu faktor tersebut mempunyai landasan-landasan tersendiri yang telah diterima pakai oleh setiap pengkarya dan seharusnya penghayat. Namun penekanan yang ingin di angkat di dalam penulisan ini adalah yang berkaitan dengan proses belakang tadbir sesebuah karya, khususnya bagaimana cara atau kaedah penghasilannya sehingga karya berakhir di dinding-dinding galeri ataupun di ruang pameran. Bukanlah satu kitaran seni yang baik sekiranya kita tidak menyingkap tabir di belakang penghasilannya. Memperkasa kerja-kerja di sebalik tadbir akan memberi impak kepada karya yang dipaparkan.

Permasalahan Kajian

Penghasilan sesebuah karya seni yang didukong dengan pengisian makna memerlukan pedekatan dan kaedah tertentu didalam proses pembinaannya. Pernyataan bahawa karya lahir secara tiba-tiba tanpa kedatangan idea tidak boleh digunapakai walaupun ianya berbentuk eksperisi  ataupun luahan emosi semata-mata. Malahan proses mendapatkan idea adalah satu proses yang perlu dipandang  serius oleh setiap artis. Dalam konteks pembelajaran studio praktis, ramai dikalangan pelajar seni menghadapai kesukaran untuk menghasilkan sebuah karya yang membawa gagasan didalamnya. Pelajar lebih mudah dan selesa menghasilkan  karya yang bersifat merakam apa yang dilihat daripada menghasilkan karya menerusi pemikiran yang tidak boleh dilihat.Untuk melahirkan idea melalui pemikiran memerlukan komitmen yang menyeluruh jika dibandingkan melahirkan karya yang bersifat merakamkan visual yang dilihat. Tanggungjawab besar seorang artis inilah yang ingin diperhalusi serta diperbaiki  di dalam kajian ini. Dengan harapan karya-karya yang dilahirkan bermenafaat dan tidak terpesong dari yang sepatutnya. Hasnol J Saidon (2014) dalam laporan  penghakiman bakat Muda Sezaman (BMS’13)  menyatakan banyak penyertaan yang bersifat  latahan terhadap subjek persoalan; sekadar mengusik-usik, tergesa-gesa dan terlalu kasual, kurangnya bukti penglibatan atau penasfiran yang mendalan terhadap sesuatu tema atau isu….suasana, sikap, sentiman, pengolahan dan ungkapan secara keseluruhannya adalah terlalu selamat, lazim, mudah dan malas. Mereka tidak mencerminkan satu genarasi yang sedang mencari suara dan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan cabaran abad ke 21 yang ditekan oleh kontradikasi antara tuntutan lokal dan global.[2]. Penilaian oleh Hasnol ini boleh dijadikan intipati kepada persoalan didalam kajian ini. Perlunya satu dasar yang mampu menjadi landasan pemikiran artis Malaysia untuk menghadapi cabaran dari amukan postmodern didalam melahirkan karya yang bersifat lokal dan mampu dibawa keperingkat global.
Sehubungan itu penulisan ini telah dibuat untuk  melahirkan satu model bagi membina sesebuah karya seni secara professional dan mudah digunapakai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk berkarya.




Objektif Kajian

1.      Untuk membuat perbandingan model karya seni yang sedia ada, iaitu antara model Organic Unity yang diperkenalkankan oleh Ovrick dan model “Kaedah Umum Penghasilan Karya” yang di perkenalkan oleh Tengku Sabri.
2.      Membina satu model penghasilan karya seni rupa yang bersifat penambahbaikan dari model sedia ada.


Kaedah Kajian

Penulisan kertas kerja ini telah dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan dua kaedah iaitu analisa diskriptif[3] dan analisa komparitif[4]. Melaui sumber dari data sekunder pengkaji telah membuat beberapa rujukan dari pembacaan perpustakaan seterusnya mengenalpasti dua model utama yang berkaitan penghasilan sesebuah karya seni. Dari dua model yang dipilih pengkaji telah menggunakan kaedah analisa komparatif iaitu membuat perbandingan di antara kedua model tersebut. Perbandingan yang dianalisa adalah melibatkan isi kandungan kedua-dua model tersebut. Segala kekuatan dan kelemahan dikenalpasti untuk dijadikan panduan  di dalam membina sebuah model yang berlaku penambahbaikan dari kedua-dua model tersebut. Akhirnya pengkaji mencadangkan satu model  baru yang telah diubahsuai dari kedua-dua model tersebut.



Dapatan Kajian
Untuk tujuan penulisan ini, pengkaji telah memilih dua contoh model, iaitu model organic unity (OU) oleh  Ovrick (barat) dan  model ‘Kaedah Umum Penghasilan Karya’ (KUPK) oleh Tengku Sabri (lokal). Pengkaji telah membuat analisa komparatif perihal kedua-dua model tersebut. Beberapa dapatan telah diperolehi dari kajian tersebut.
1.      Tiga komponen utama dalam model Organic Unity






Rajah 1. Model Organic Unity[5]

Secra ringkas Otto G.Ocvirk telah menegaskan didalam modelnya bahawa sesebuah karya seni wujud dengan mengandungi tiga komponen utama iaitu subject, form and content . Komponen ini merupakan tiga struktur asas yang menyokong kewujudan sesebuah karya seni. Gabungan tiga komponen tersebut dilihat mendominasi dalam kerja-keja praktis sesebuah karya. Ia merupakan gabungan teori dan praktis.
Rajah di atas menunjukkan bagaimana seorang artis mendapat inspirasi tentang subject yang merujuk kepada ‘apa’ (What). Subjek yang dimaksudkan oleh Ovrick adalah bersifat benda yang nyata seperti manusia, rumah, pokok-pkok dan seumpamanya. Subjek yang sebegini sering dikatakan Tangible Subject. Manakala subject yang bersifat isu, emosi, perasaan seringkali tidak dapat dilihat dari mata dan ini di katakan Intangible Subject. Komponen kedua iaitu form merujuk kepada ‘bagaimana’ (how) tindakan artis mengolah, menyusun, memilih elemen dan prinsip asas seni di dalam karya mereka. Artistik elemen ini merujuk kepada penggunaan, garisan, rupa, bentuk, ruang, warna dan jalinan. Begitu juga bagaimana artis menguruskan kesemua elemen tersebut berdasarkan prinsip-prinsip seperti harmoni, kontras, kesimbangan, kadarbanding, pergerakan, irama dan seumpamanya. Komponen kedua ini memperlihatkan bagaimana kemampuan seorang artis mengaplikasikan aspek teori asas didalam karya mereka. Dan komponen ketiga yang ditekankan oleh Ovrick dalam modelnya adalah content yang merujuk kepada kata kunci ‘mengapa’ (the why). Komponen ketiga ini menjurus kepada apa yang ingin disampaikan kepada penghayat, juga sering dinyatakan sebagai pernyataan seorang artis lewat karya mereka. Ia kadang kala bersifat luahan perasaan atau ingin menyampaikan sesuatu makna yang tersurat maupun tersirat. Ketiga-tiga komponen ini bergerak dan bersatu untuk menjadikan bentuk sebuah karya seni. Keseluruhan prose itu  disebut sebagai “Organic Unity”iaitu satu kitaran sempurna yang mengandungi permulaan, pertengahan dan akhiran.

2.       Empat tahap berkarya dalam ‘Kaedah Umum Penghasilan Karya’ Model oleh Tengku Sabri
Model kedua (rajah 2) yang menjadi rujukan pengkaji adalah yang telah dinyatakan oleh Tengku Sabri di dalam bahagian satu bukunya “Tanpa Tajuk- cerita-cerita Seni Rupa”. Dalam bab teori ini Tengku Sabri telah mengariskan bagaimana proses sesebuah karya di hasilkan. Beliau menamakan model ini Kaedah Umum Penghasilan Karya (ms7). Berdasarkan analisa ringkas, model ini dimulakan dengan tahap pertama iaitu membuat kajian awal, di tahap ini artis akan mengenalpasti bentuk, idea atau makna yang ingin diusahakan. Proses ini juga akan bergerak atas dasar membuat kajian dari sumber-sumber primary atau pun sekunder. Seterusnya akan bergerak ke tahap kedua iaitu menyusun dan mengolah data yang diperoleh dengan mengambil kira pengetahuan dan pengalaman artis tentang aspek formal seperti elemen dan prinsip seni. Gubahan yang mungkin berbentuk lakaran atau gambar akan memenuhi tahap perkembangan idea. Tahap ketiga adalah,  gubahan atau perancangan yang telah dibuat akan dibawa ke studio untuk dikembangkan dalam kontek sebuah karya berdasarkan disiplin masing-masing seperti karya catan, karya arca, karya cetakan ataupun arca. Beberapa pertimbangan yang melibatkan bahan dan teknik akan diambil kira didalam proses kerja-kerja studio. Tahap akhirnya adalah  karya yang telah siap akan di bawa untuk dipamerkan sekaligus untuk di jual. Tengku Sabri menambah satu lagi model yang seiring dengan model pertama tadi. Dinamakan model ini Penghasilan Sebuah Karya Seni (PSKS) (ms9). Model ini harus dibaca seiring dengan model yang pertama tadi, ini kerana Tengku Sabri menegaskan  proses yang terkandung dalam model KUPK tidak akan berdiri sendiri untuk berjaya menghasilkan sebuah karya yang baik jika tidak diambil kira perihal Sedar diri dan Disiplin Diri seorang artis. Beliau menyatakan proses berkarya seperti di dalam model KUPK akan menjadi sia-sia atau kurang berkesan jika tidak digabungkan dengan soal sedar  diri atau disiplin pengkaryanya seperti yang terdapat di dalam model PSKS

 



Rajah 2. Kaedah Umum Penghasilan Karya.[6]








Rajah 3. Penghasilan Sebuah Karya Seni[7]

3.      Kekurangan model OU dan model KUPK

Didalam model OU penekanan hanya kepada tiga elemen utama dan perinciannya tidak menyeluruh. Ia berpusat kepada bentukan sebuah karya tanpa memasukkan faktor diri seorang artis. Model ini melihat kewujudan sesebuah karya seni tanpa memberi landasan tertentu bentukan seni yang bagaimana harus dilakukan. Ia memberi kebebasan mutlak kepada artis melaksanakan apa yang diinginkan. OU hanya sebuah model yang memperlihatkan apa yang wujud secara fizikal didalam sesebuah karya tanpa mengambil kira bagaimana artisnya berfungsi.

Manakala model KUPK bergerak sebagai satu carta alir menghasilkan sebuah karya seni, tidak wujud kesenimbungan peranan antara artis dengan yang lain. Carta yang berbentuk ringkas tidak dibina dengan gagasan yang menepati ciri-ciri sebuah karya. Malahan model ini  bermula dan berakhir secara mudah dan tidak ditunjukkan didalam rajahnya bagaimana setiap peringkat proses pembinaan karya itu berinteraksi antara satu sama lain. Malahan Model KUPK perlu didukung dengan satu lagi model iaitu PSKS bagi memberikan kejelasan bagaimana peranan artis harus berfungsi didalam penghasilan sesebuah karya.

Kesimpulan kajian perbandingan ini mendapati model yang dibina oleh kedua-dua tokoh ini sememang memberi impak dalam proses menganalisa sesebuah karya seni dan juga proses menghasilkan sebuah karya seni. Namun begitu dengan beberapa kelemahan yang wujud, pengkaji mencadangkan satu model yang membawa penambahbaikan dan bersesuaian dengan konteks lokal harus dibangunkan.


4.      Model Piramid Seni[8]

Muliyadi Mahamood, telah merakamkan kritikan oleh beberapa budayawan Melayu seperti Allahyarham Ismail Zain, Tan Sri Awang Had Salleh dan Dr Nordin Selat tentang penglibatan para seniman dalam kegiatan dan kreativiti yang bertunjangkan fahaman barat. Kesimpulan dinyatakan bahawa tindakan seniman tempatan menjunjung idiom dan pemikiran seni Barat dilihat sebagai kepura-puraan dan menjadi “pak turut”, kerana mendukungi struktur-struktur seni Barat yang hanya bersifat seni galeri, menggalakkan sifat keindividuan, antisosial, memperjuangkan konsep ‘seni untuk seni” dan menolak unsur-unsur murni.[9]


Model Piramid Seni merupakan kesinambungan gagasan idea Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK)1971 yang telah termaktub semenjak 44 tahun yang lalu. Ia memberi kejelasan tentang bagaimana sesebuah karya dibina dengan landasan dan arah tuju yang nyata. Model ini cuba melakukan penambahbaikan dari kedua-dua model OU dan KUPK. Kecelaruan era postmodern yang melanda dunia Seni Rupa Malaysia harus ditangani di peringkat paling dasar maka perlunya satu garisan panduan yang jelas untuk digunapakai oleh setiap pelajar seni rupa juga artis seni rupa. Jika gagasan KKK1971 merupakan konsep pemikiran maka model Piramid Seni merupakan model tindakan yang mampu digunapakai bagi mengatur gerakan artis seni rupa Malayasia di dalam berkarya.



Rajah 4: Model Piramid Seni





Dalam model Piramid Seni, konsep sebuah piramid telah digunapakai. Terdapat tiga bahagian utama yang dibina di dalam model ini. Pertama tapak/dasar. Kedua empat tiang asas dan ketiga adalah puncak. Bahagian tapak/dasar dimulakan dengan garisan dari A ke B. Garisan ini mewakili elemen dasar yang paling penting iaitu ugama. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya". Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas  mengamalkan kepercayaan masing-masing[10]. Makanya tapak/dasar yang pertama ini harus bermain di dalam pemikiran atau tindakan yang ingin dijadikan idea atau gagasan didalam karya Seni Rupa. Diikuti garisan dari B ke C yang mewakili dasar budaya. Ini adalah lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan  (DKK) telah digubal dalam tahun  1971 iaitu pada tanggal 16 -20 Ogos 1971.  Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971). Tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
a. Kebudayaan Kebangsaan  Malaysia hendaklah berteraskan  kepada  kebudayaan rakyat asal rantau  ini.
b. Unsur  kebudayaan  lain  yang  sesuai  dan  wajar  boleh  diterima  menjadi  unsur  kebudayaan  kebangsaan.
c. Islam  menjadi  unsur  yang penting  dalam pembentukan  kebudayaan  kebangsaan. 

Dasar ketiga diwakili oleh garisan dari C ke D iaitu dasar ‘Masyarakat’. Pendekatan semasa yang harus dinilai semula oleh setiap artis adalah sejauh manakah setiap hasilan karya mereka mampu menyumbang untuk masyarakatnya, samaada dari segi sumbangan fizikal maupun pemikiran. Dalam iklim seni di Malaysia keupayaan masyarakat untuk ‘merestui’ pelbagai jenis kesenian amatlah meragukan terutamanya apabila berbicara soal seni rupa. Malahan sikap pandangan serong ini bukan hanya wujud di kalangan masyarakat biasa tetapi di peringkat yang mampu membuat dan menentukan dasar. Golongan seniman seringkali menunding jari kepada kelompok masyarakat yang sebegini, namun berapa ramai yang mengakui tentang kurangnya komitment mereka untuk berkarya didalam pemahaman serta sumbangan kepada masyarakat mereka. Pemikiran bahawa karya seni harus terpamer di galeri-galeri elitis dan bukannya di ruang-ruang terbuka atau paling tidak di ruang balai raya kampong masih tertanam kukuh di dalam jiwa seniman Malaysia. Malahan kekerapan penolakan pihak pembuat dasar terhadap cadangan sesuatu karya, menjadi indikator pergerakan seni yang bergerak dalam kerangka elitis juga tidak cukup membawa masyarakat untuk memahami kepentingan seni di dalam masyarakat. Oleh hal yang sedemikian tapak/dasar ‘Masyarakat’ harus menjadi landasan utama artis untuk berkarya. Tapak/dasar keempat yang ditonjolkan di dalam model Piramid Seni adalah ‘Intlektual’. Dunia abad ke 21 telah menjurus kepada K-ekonomi (knowledge-ekonomi), menyebabkan dasar pendidikan Negara turut berubah, lantas Malaysia menyasarkan negara berpendidikan tinggi sebagai satu KPI yang ingin dicapai agar Malaysia mampu menjadi negara maju. Maka dalam model Piramid Seni justifikasi ‘Intlektual’ sebagai salah satu tapak/dasar untuk membina karya amatlah bertepatan. Seniman yang serius perihal intlektual mampu mengorak langkah lebih bermenafaat di dalam karya-karya mereka.
Kempat-empat garisan yang bermula dengan ABCD telah menjadi tapak/dasar yang menguatkan pemikiran artis dalam merangka kerja seterusnya iaitu menegakkan tiang karya seni mereka. Empat dasar yang diberi selain menjadi tapak pemikiran artis, ia juga dilihat sebagai benteng untuk menahan kemasukkan  pengaruh negatif yang boleh merosakkan. Benteng ini juga sebagai penahan dari keluarnya perkara positif yang sedia ada.
Bahagian kedua Piramid Seni adalah yang berkaitan tentang fizikal atau bentukan karya. Terdapat empat tiang utama diperkenalkan. Ini berbeza dari tiga kompenen yang terdapat didalam model OU oleh Ocvrik. Tiang pertama  ditunjukkan dengan garisan dari A ke E, dikenali sebagai subjek/objek/alam. Tiang pertama ini dapat disamakan dengan komponen subject dalam model OU. Alam dimasukkan kedalam tiang ini adalah untuk memberi penekanan apa jua subjek atau objek yang dilihat atau dikaji adalah berasal dari  kejadiaan alam yang bukan dicipta oleh manusia. Tiang kedua bermula dari B ke E yang dikenali sebagai tiang Formalistik/tersurat. Seperti dalam model OU tiang ini juga bersifat elemen dan prinsip-prinsip rekaan, ia menjadi teras kepada olahan sesebuah karya, bagaimana artis menyusun dan memilih akan menentukan kewujudan sesebuah karya seni rupa. Namun dalam model Piramid Seni tiang BE ditambah dengan elemen tersurat. Ianya memperjelaskan bagaimana gambaran atau imej yang dihasilkan dapat memberi kefahaman secara luaran. Tiang ketiga dari C ke E menjadi ‘tiang’ ‘Makna/tersirat’. Apa yang ingin disampaikan adalah merupakan gagasan seorang artis yang dibawa oleh tiang tersebut. Tiang ini membawa makna-makana tersirat disebalik yang tersurat. Dalam model Piramid Seni  pengkaji telah menambah satu tiang iaitu ‘tiang artis’, Ini tidak wujud didalam OU manakala dalam model KUPK artis turut tidak diwujudkan, namun Tengku Sabri meletakkan didalam satu lagi model penyokong. Artis menjadi unsur yang sering kali dilupakan setiap kali apabila perancangan untuk berkarya di lakukan . Apa yang dimaksudkan adalah apabila sesebuah karya yang terpapar di dinding-dinding, sepintas lalau ianya adalah sebuah catan kanvas atau ketulan batu (jika arca) secara fizikalnya, tetapi yang sebenarnya tergantung di dinding adalah artisnya dan yang terletak di pedestal adalah pengarcanya. Sampai satu ketika ketidakwujudan karya boleh digantikan dengan kewujudan artisnya. Dapat disimpulkan empat tiang utama ini mempunyai kekuatan serta peranannya masing didalam menyumbang kewujudan sesuatu karya seni rupa. Dan bahagian ketiga adalah puncak piramid  E yang mendukung karya seni di atasnya.
Ringkasnya Piramid Seni dapat dimengerti sebagai sebuah model yang mengandungi tiga bahagian utama, empat unsur yang menjadi dasar pemikiran, empat unsur menjadi dasar pembinaan, dan kemuncaknya adalah kelahiran sebuah karya Seni Rupa yang mantap dari segi yang tersurat dan tersirat.

Kesimpulan
Kajian ini telah membuat analisa dua model yang sering dilihat dan diamalkan oleh kebanyakan artis Seni Rupa. Namun begitu bagi menangani dunia globalisasi yang menyerang segenap bidang, kedua-dua model tersebut harus dilihat semula agar ia mampu berfungsi dalam konteks artis postmodern Malaysia. Model Piramid Seni dibangunkan dengan membawa konsep sebagai benteng penahan kemasukan yang negatif juga benteng penahan dari keluarnya yang positif. Dengan tapak yang mempunyai empat elemen dasar iaitu ugama, budaya, masyarakat dan intlektual, diharapkan dapat memeri kekuatan pemikiran untuk artis mencari idea kemudiannya disalurkan di dalam karya-karya  mereka. Bentukkan karya akan didukung oleh empat tiang utama iaitu subjek, aspek formal, makna, dan artis. Kekuatan dari pemikiran dan kekuatan dari kerja praktik yang didasarkan dari model Piramid Seni akan lahirlah karya seni yang bertunjangkan pemikiran tempatan namun bergerak kehadapan dalam kerangka “thinking local , Acting Global”.

Rujukan;

Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Universiti  
          Kebangsaan Malaysia.

Ocvirk Otto G.,Stinson R.E.,Wigg P.R., Bone R.O., Cayton D.L. 1994. Art
            Fundamentals Theory & Practice. Edisi Ketujuh. UK: Wcc Brown &
            Benchmark Publishers.

Ragans,R. 2000. Art Talk, USA: Glencoe/McGraw-Hill

Rosli Zakaria. 2014. Membina Karya Melalui Proses Berfikir dalam Tunas Ilham 13, Melaka; 
            FSSR UiTM Melaka.

Siti Zainon Ismail. 2007. Seni Rupa. Dlm Anwar Din (pnyt.). Asas Kebudayaan dan
            Kesenian Melayu, hlm 221-235. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
            Malaysia.

Slamet Subiyantoro, 2011. Antropologi Seni Rupa- Teori, Metode, & Contoh Telaah Analitis. Surakarta. UNS Press.

Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Sabri Ibrahim. 2009. Tanpa Tajuk; Cerita-cerita Seni Rupa. KualaLumpur:
            Tinta Publisher.

Zainuddin Abindinhazir, Prof. Dr. Dzul Haimi Md Zain, 2013. Pemikiran Barat Dalam Seni    
            Arca Sezaman Malaysia dalam ProsidingSeminar Antarabangsa Ke2, Arkeologi Sejarah  
           dan  Budaya di Alam Melayu, Institut Alam ,UKM, Bangi








[1] Penulis Buku Antropologi Seni Rupa- Teori,Metode & Contoh Telaah Analitis. Lulusan PhD Antropologi Budaya dari UGM Yogyakarta. Banyak menghasilkan buku yang berkaitan tentang kesenian, Banyak menulis di dalam jurnal di peringkat kebangasaan.
[2] Hasnol J Saidon, 2014, Melihat Kebenarad Di Sebalik Hijab, Laporan bakat Muda Sezaman 2013, BSVN, Kuala Lumpur.
[3] penelitian deskriptif adalah penelitian yang bertujuan untuk  menjelaskan atau mendeskripsikan suatu keadaan, peristiwa. Data2 diperolehi  dari bahan-bahan atau dokumen bercetak.
[4] Penelitian komparatif adalah penelitian yang bersifat membandingkan. Penelitian ini dilakukan untuk membandingkan persamaan dan perbedaan dua atau lebih fakta-fakta dan sifat-sifat objek yang di teliti berdasarkan kerangka pemikiran tertentu.
[5] Di ambil dari buku  Art Fundemental Theory & Practice,  Seven Edition, Otto G.Ocvirk,1994.
[6] Tengku Sabri Ibrahim. 2009. Tanpa Tajuk; Cerita-cerita Seni Rupa. KualaLumpur: Tinta Publisher.

[7] Tengku Sabri Ibrahim. 2009. Tanpa Tajuk; Cerita-cerita Seni Rupa. KualaLumpur: Tinta Publisher.

[8] Model ini telah diperkenalkan pertama kali oleh penulis didalam katlog Tunas Ilham 13 dengan nama modelnya Piramid Karya Seni
[9] Zainuddin Abindinhazir, Prof. Dr. Dzul Haimi Md Zain. Pemikiran Barat Dalam Seni Arca Sezaman Malaysia dalam ProsidingSeminar Antarabangsa Ke2, Arkeologi Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. Kertaskerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Arkeologi Sejarah dan Budaya, UKM Bangi. 26-27 November 3013.

Sunday, May 12, 2013


MEMBACA jalanBEBAS
Oleh Rosli Zakaria



jalanBEBAS  disuakan kepada khalayak ketika iklim Malaysia penuh ghairah menyambut perayaan lima tahun sekali ‘pilihanraya’. Pilihanraya amat dinantikan oleh semua masyarakat Malaysia, ia ibarat raya untuk semua, merangkumi  semua perayaan yang ada di Malaysias. Senang cerita saya menamakannya raya 1Malaysia. Lantaran pilihanraya, jalanBEBAS  juga dibaca punya hubungkait dengan kebebasan individu untuk memilih siapa yang dikehendaki mewakili suara rakyat  di dewan rakyat, betulkah begitu?. Maka Membaca jalanBEBAS merupakan penulisan santai yang mengiringi pameran ini berkemungkinan mampu menjawab persoalan yang diajukan tadi.

BACAAN PERTAMA
Apa itu Jalan?, apa itu BEBAS?

Jalan itu sendiri membawa beberapa maksud  yang boleh digunapakai dalam konteks penulisan ini. Pertama jalan boleh dimengerti sebagai satu tempat lalu lintas yang digunakan oleh orang maupun kenderaan. Jalan juga boleh membawa maksud gerakan secara fizikal sesuatu objek samada secara semula jadi maupun digerakkan oleh manusia. Jalan juga boleh dimaksudkan sebagai satu perkembangan sesuatu cerita maupun peristiwa. Jalan juga boleh dimengerti sebagai cara,ikthiar atau usaha untuk melaksanakan sesuatu atau mencapai sesuatu. Jalan  juga membawa makna berangkat, seringkali digunakan dalam bahasa percakapan.  Kata dasar jalan boleh berubah maknanya apabila dijadikan kata terbitan, umpamanya  penambahan per dan an akan  menjadi  perjalanan atau penambahan ber menjadikan berjalan dan banyak lagi kata-kata yang boleh diterbitkan dari kata dasar jalan yang akan membawa maksud berlainan.

BEBAS membawa makna tidak terhalang dari melakukan sesuatu seperti bergerak ke mana-mana sahaja, bercakap dan mengeluarkan idea, berkawan dengan sesiapa sahaja dan lain-lain perkara yang mampu di buat oleh manusia. Bebas juga boleh dibaca sebagaiTidak terkongkong manusia tidak dikongkong dari segi pemikiran dan pergerakannya. Satu lagi pengertian bebas boleh dimaknakan sebagai Tidak terkurung, manusia lepas, bebas tidak terpenjara. Makna bebas akan menjadi lebih pelbagai setelah mempunyai penambahan di depan, di belakang atau depan dan belakang. Kebebasan, pembebasan, membebaskan, terbebas, sebebasnya, dibebaskan, dan seumpamanya. Kesemua kata terbitan tersebut akan menyentuh soal dasarnya iaitu bebas.
Maka apabila dua perkataan ini digabungkan maka lahirlah jalanBEBAS, untuk memaknakan gabungan perkataan tersebut terserahlah kepada diri masing-masing. Anda punya kebebasan untuk bersuara dan berpendapat untuk memilih situasi maupun perkara yang boleh dikaitkan dengan jalanBEBAS. Namun begitu  adalah amat wajar sekiranya menggunapakai kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh agama islam iaitu, “dalam islam tidak melarang umatnya untuk menyatakan pendapat serta buah fikiran selagi tidak melanggar al-Quran dan al-Hadith serta selagi mana tidak menzalimi hak orang lain atau menggangu kebebasan orang lain”.

BACAAN KEDUA
Pameran senirupa jalanBEBAS.

Carta alir pameran jalanBEBAS agak ringkas dan punya kebebasan tersendiri. Dr Azimin selaku founder Warung Seni telah merangka satu pameran ringkas di Hatem Squre pada bulan feburari sempena perayaan tahun baru cina. Lantas memohon kerjasama saya dan rakan artis yang lain untuk meletakkan karya masing-masing di situ. Kesinambungan perbincangan spontan antara saya dan Azimin, bersetuju karya-karya tersebut akan digerakan ke Warung Seni (Galvanize Lab) dengan  konsep yang berbeza. Lantas apabila tiba masanya Azimin menyuarakan dalam talian  ;
“Salam Rosli…bla….bla…bla  tajuknya jalanBEBAS…macamana ok tak?”
“ha..ha..ha….ok cantiklah tu, macam ada kena mengena dengan pilihan raya aja…haha..haah”
“ha..ha..ha… tulah dia….”

Dalam talian seterusnya;
“Salam…..Rosli…..bla..bla..bla…pameran…bla..bla..bla….artis…bla..bla..bla….karya…bla..bla..bla…kolektor..bla..bla..bla…..perasmi?”
“ok doc!...bla..bla…bla…U-Wei boleh tak?.....bla..bla..bla..bebas….bla..bla..idea bebas…”
“oklah tu…bla..bla… u contact……bla..bla..bla…best…”

Akhirnya  dalam maya kami terima e.mail berikut;

Kepada:
Azimin Tazilan. Phd
En. Rosli Zakaria
Galvanize Street Heritage Lab., Melaka
45, Lorong Hang jebat, 75200,
Melaka
Tel: 06-282 1181
22/04/2013
Tuan,
Menghadiri Pameran "JalanBEBAS"
Tanah Licin Sdn. Bhd. ingin memaklumkan bahawa En. U-Wei Bin HajiSaari akan menghadiri Pameran "JalanBEBAS".
Pada 10 Mei 2013, Jam 8.30 malam di Warung Seni, Bandar Hilir, Melaka.
Terima Kasih.

Yang benar,

Loong Wah
Administrative Assistant
TANAH LICIN SDN BHD
44-1, JALAN 8/23ETAMAN DANAU KOTA
53300,SETAPAK
KUALA LUMPUR
Tel : 03 41422190      
Fax   : 03 41422195

Begitulah ringkasnya carta alir pameran jalanBEBAS, bebas dari birokrasi, bebas merancang, bebas menentukan dan bebas mengadakan pameran di Warung Seni. Dan yang pastinya artis, karya, galeri, khayalak, perasmi, dan kolektor membebaskan minda masing dalam menjalankan tanggungjawab menjayakan pameran jalanBEBAS
Maka mulai 8 mei hingga 30 mei  karya-karya arca, catan yang punya pelbagai bentuk dan makna disuakan kepada khayalak juga sempena raya 1Malaysia (pilihanraya).




BACAAN KETIGA
jalanBEBAS dari 9 orang artis

Saya cuba menggunakan kebebasan yang diberikan untuk melihat, mencongak, meneliti dan menganalisa karya-karya dalam jalanBEBAS. Ini merupakan tugas yang agak berat tambahan pula saya tidak begitu mesra dengan sesetengah karya yang disuakan dalam pameran  ini. Malahan sekadar membaca karya tanpa membaca diri pengkarya juga boleh menyebabkan kedangkalan dalam  apresiasi yang akan saya lakukan. Secara selamat saya akan menggunakan kaedah pelbagai yang saya rasakan sesuai untuk saya membaca karya-karya dalam pameran ini. Percampuran kaedah yang saya gunakan semacam satu kebebasan yang ingin saya tampilkan dalam membaca  18 karya dalam jalanBEBAS.
Kaedah pertama saya cuba menghurai berdasarkan kaedah ringkas mengumpul data kuantitif dan juga kualitatif;

Ringkasan data Artist dan Karya
Jadual 1- Artis Yang Terlibat
Bil
Artist
1.
Azimin  Tazilan
2.
Rosli Zakaria
3.
Saharudin Supar aka Pakli
4.
Wan Muhamed Zulkifli aka ABE
5.
Mohd Redzuan
6.
Ernesto Puzon
7.
Radin Erus
8.
Diana Ibrahim
9.
Rozana Musa

Seramai 7 orang artis lelaki dan 2 orang artis wanita. Seorang artis pasangan suami isteri iaitu Saharuddin Supar dan Diana Ibrahim.
Jadual 2- Bidang Kepakaran.
Bil
Artis
Bidang
1.
Azimin  Tazilan
Interior Desugn/Interior Architecture Design/ Microarchitecture
2.
Rosli Zakaria
Fine art
3.
Saharudin Supar aka Pakli
Fine Art
4.
Wan Muhamed Zulkifli aka ABE
Textile/Fine Art
5.
Mohd Redzuan
Graphic design/Interior Design
6.
Ernesto Puzon
Fine Art/Design/History
7.
Radin Erus
Fine art
8.
Diana Ibrahim
Fine Art
9.
Rozana Musa
Ceramic

Dalam pameran ini, pecahan artis boleh dikenalpasti seperti jadual di atas. Seramai  4 orang artis yang pengkhususannya adalah dalam bidang Fine art, Seorang pengkhususuan Fine art dan textile. sorang  punya kepakaran dalam fine arta, design dan history. Manakala 2 orang artis mempuyai kepakaran dalam bidang Interior design dan juga grafik design. Sementara itu seorang artist wanita  mempuyai kepakaran dalam bidang seramik. Kepelbagaian disiplin yang dipunyai oleh kesembilan artist ini bersatu dan bergabung dalam satu pameran yang lebih menjurus kepada karya fine art.

Jadual 3 – Butiran karya
Bil
Butiran Karya
Media
1.
bebas jalan
Plywood, metal,found object
2.
bebas cakap
Plywood, metal,found object
3.
bebas hadiah
Plywood, metal,found object
4.
Musuh suami Isteri
Wood, found object, zink
5.
Tutup Mulut
Metal, acrylic sheet, striker
6.
Prosperety Way
Wood,found object
7.
Floating
Metal Sheet
8.
Teratai I
Mixed Media on Canvas
9.
Teratai II
Mixed Media on Canvas
10.
Signs + Freedom #1
Mixed Media on Canvas
11.
Signs + Freedom #2
Mixed Media on Canvas
12.
Drawing 1
Mixed Media on paper
13.
Drawing 2
Mixed Media on paper
14.
“then all possibility of life is destroyed.”
Aerosol Paint on canvas
15.
Gift Box I
Metal, Glass
16.
Gift Box 2
Metal, Glass
17.
Pick Me I
Ceramic, metal
18.
Pick Me II
Ceramic, metal

Berdasarkan jadual di atas terdapat sebanyak 18 karya dipamerkan , di Warung Seni. Pecahan karya boleh dikategorikan kepada 3 arca atas pedestal iaitu karya no 5, 17, dan 18. Terdapat juga 5 arca dinding yang merangkumi karya no 4, 6, 7, 17, dan no 18. Selain daripada itu  terdapat 3 karya catan yang dihasilkan diatas permukaan papan dan dicampur dengan objek sedia ada dan kepingan besi, karya-karya tersebut adalah hasil karya Azimin yang bernombor 1, 2, dan 3. Terdapat 2 keping karya di atas kertas iaitu yang bernombor 12, dan 13. Manakala karya bernombor 10,dan 11 di hasilkan dalam bentuk yang agak konvensinal permukaannya iaitu di atas kanvas, namun begitu sedikit teknik kolaj telah digunakan. Begitu juga bagi karya bernombor 8, dan 9, yag telah di hasilkan di atas kanvas kemudiannya  dengan teknik jahitan ianya dilekatkan diatas permukaan satu lagi. Agak menarik meneliti karya bernombor 15, dan 16, yang mana bahan yang digunakan adalah kepingan besi yang dibentuk menjadi kotak bertutup namun mempunyai imej berlobang yang mampu memperlihatkan objek yag diperbuat daripada bahan  kaca  di dalamnya. Tidak kurang juga bagi karya bernombor 17,dan 18 ianya kelihatan  unik dengan bahan seramik yang dibentuk seolah-olah  cupcake. Bahan seramik ini mempunyai potensi sebagai bahan yang menarik dalam penghasilan sesebuah arca samada  dalam konteks galeri maupun publik. Membaca  penampilan 18 karya secara fizikalnya sudah cukup mengundang rasa bebas dalam konteks explorasi bahan-bahan yang digunakan. Walaupun kebanyakan karya banyak yang  bersifat digantung dinding namun pemisahan antara sebuah catan dan arca terlalu nipis garis sempadannya.

Jadual 5- Tema Umum Karya
Bil
Butiran Karya
Tema umum
1.
bebas jalan

2.
bebas cakap
Pembangunan dan alam
3.
bebas hadiah

4.
Musuh suami Isteri

5.
Tutup Mulut
Kekeluargaan
6.
Prosperety Way

7.
Floating

8.
Teratai I

9.
Teratai II
Pengalaman dan kemasyarakatan
10.
Signs + Freedom #1

11.
Signs + Freedom #2

12.
Drawing 1
pedagogi
13.
Drawing 2

14.
“then all possibility of life is destroyed.”
Merubah kebiasaan
15.
Gift Box I
Kasih Sayang
16.
Gift Box 2

17.
Pick Me I
Wanita dan kecantikan
18.
Pick Me II


Merujuk kepada jadual 5 yang menyentuh tentang tema atau isu umum yang dibawa oleh setiap karya, harus diingat kerangka bacaan kesemua karya tersebut saya cuba kaitkan dengan tajuk khusus pameran iaitu jalanBEBAS. Dalam erti kata lain jadual 5 ini mengkhendaki  satu huraian yang lebih menjurus kepada makna sesebuah karya. Merujuk kepada tiori mudah Edmund Feldman (aperisasi seni), beliau menyatakan membaca atau membuat aperisasi sesebuah karya seni harus dilihat dari segi form and contentnya. Makanya 18 karya yang telah dikelompokkan temanya mempuyai kemungkinan yang menarik untuk diketahui makna atau aspirasi yang ingin dibawakan oleh setiap 9 orang artisnya.
Karya-karya Azimin Tazilan, bebas jalan, bebas cakap, dan bebas hadiah dilihat meneruskan kesinambungan  karya-karya terdahulu beliau dengan siri adajalan(2011),dan makan jalan (2012). Persoalan urbanisasi menjadi titik persoalan utama yang cuba disampaikan oleh Azimin. Beliau mendambakan pembangunan lestari sesebuah pembangunan bandaran demi kelangsungan keselesaan dan kesejahteraan masyarakatnya. Azimin konsisten dengan perjuangannya memelihara alam sekitar supaya generasi kini dapat terus menikmati manafaat dari pembangunan yang dijalankan denagn penuh tanggungjawab supaya genarasi mendatang akan juga tetap dapat menikmati manafaat dari  pembangunan ketika itu. Merujuk kepada  Malaysian Journal of Enviroment Management 5 (2004): 3-29, pembangunan bandar lestari itu lebih merujuk kepada pembangunan kesejahteraan sosial yang berterusan ( Abdul Samad Hadi, Shahruin Idrus, & Abdul Hadi Harman Shah, 2004).
Dalam konteks karya dalam siri jalan Azmin melihat salah satu aspek yang berkaitan dengan melestarikan pembangunan Bandar adalah proses melaksanakannya. Dan proses yang menarik dan unik bagi beliau adalah yang berkaitan dengan pembangunan sesebuah ruang jalan.  Ruang jalan ini  tidak ramai orang yang menyentuh keunikannya. Dengan latarbelakang  pendidikan beliau yang berkait rapat dengan  interior architectur juga Microarchitecture, tidak hairanlah objek-objek tepi jalan menarik perhatian beliau lantas binaan-binaan mikro seperti warung tepi jalan, jualbeli di tepi jalan dan lain-lain aktiviti yang sering berlaku di kebanyakan jalan-jalan di Malaysia. Proses pembinaan jalan-jalan bagi sesebuah bandaran lestari memberikan idea kepada beliau untuk menghasilkan  siri2  jalan. Maka kelihatanlah gambaran-gambaran serta imej jentera merobek jalan seperti jentolak dan seumpamanya. Dalam karya bebas jalan, beliau cuba menyoal kebebasan dalam konteks pergerakan fizikal masyarakat (diwakili) bentuk figura manusia di bahagian bawah). Secara anologinya kebebasan bergerak kesana-sini  harus diwujudkan keselesaannya tanpa apa-apa halangan, dalam konteks ini saya membaca Azimin mempersoalkan  isu Tol yang membebankan orang ramai untuk merasakan kebebasan penggunaannya  ataupun jalan bebas tol. Manakala karya bebas bercakap boleh dibaca sebagai mempersoalkan ketelusan sesebuah projek pembinaan  yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu tanpa melalui open tender yang sewajarnya. Maka kebebasan menyuarakan yang hak harus menjadi sesuatu yang utama demi mendatangkan kesejahteraan masyarakat. Akhirnya dalam siri ini bebas hadiah, Azimin masih melihat proses menganugerahkan sesuatu projek pembinaan jalan haruslah telus dan berintergeri. Saya membaca karya bebas hadiah sebagai bebas rasuah. Jelaslah isu pembangunan dan kesimbangannya dengan alamsekitar menjadi tema utama  karya-karya beliau.
Tema kekeluargaan turut menjadi  pilihan artis yang mengambil bahagian dalam pameran ini. Karya-karya  arca dinding oleh  Rosli Zakaria jelas membawa tema tersebut dengan penampilan imej-imej yang jelas memperlihatkan pasangan figura lelaki dan wanita. Manakala menerusi karya Musuh suami Isteri secara jelas karya ini membicarakan sikap toleransi yang harus wujud dalam kehidupan sesebuah rumahtangga. Dalam ertikata lain  harus dielakkan si  isteri dilihat sebagai menjadi musuh kepada suami begitu juga disebaliknya. Bagi arca tutup mulut, secara mudah  ianya membawa mesej tolong tutup mulut  untuk mengelakkan pelbagai tohmahan. Kalau karya Azimin bebas bercakap , karya Rosli pula tutup mulut. Ianya kelihatan  suatu yang paradok tetapi mesejnya adalah serupa. Kebebasan dalam konteks sebenarnya haruslah punya garis sempadan yang memisahkan yang mana boeh dan yang mana tak boleh.
Tema kekeluargaan juga boleh dilihat didalam karya-karya kolaborasi antara Diana Ibrahim dan Saharudin Supar. Gift box 1 dan Gift box 2, tidak berbicara soal kekeluarga sepertimana karya-karya Rosli tetapi ianya lebih khusus membicarakan soal kasih sayang yang harus ada didalam setiap diri manusia. Sayang kepada diri sendiri, sayang kepada tuhan, sayang kepada alam.  Karya arca ini tampil dalam bentuk kotak dari kepingan besi yang bertutup. Jalinan terhasil dari garisan grid yang dibuat  dihampir keseluruh permukaan kotak. Tebukan imej cinta  (©) di buat dibeberapa  ruang di permukaan kota. Imej yang saiznya pelbagai menguatkan lagi makna kasih sayang yang hendak ditonjolkan. Di dalam kotak tersebut terdapat objek  berbentuk seperti  kapsul, pil yang sering kita lihat. Objek kapsual ini diperbuat daripada bahan kaca. Di atas permukaan kapsual kaca tersebut telah di sand blast dengan  frasa kata “where there is love,There is life” oleh Mahatma Ghandi dan dalam Gift box 2 kapsul kacanya turut di ukir dengan dengan kata-kata hikmah oleh Lao Tzu “Kindness in word create confidence, Kindness in thinking create profoundness. Kindness in giving create love”.  Arca Gift Box 1 dan Gift Box 2 saya baca sebagai sebuah  hadiah untuk manusia. Hadiahnya adalah ‘kapsual cinta’ yang perlu dimakan oleh setiap manusia untuk memperolehi kasih sayang. Diana melihat soal kasih sayang kian ditinggalkan jauh dalam kehidupan masyarakat hari ini.  Individulistik merupakan sikap manusia moden yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Lantas Diana cuba mengobat penyakit ini dengan memberikan ‘pil cinta’ sebagai hadih untuk dunia manusia yang mengabaikan kasih sayang. Dalam konteks pameran jalan BEBAS manusia punya kebebasan untuk memilih ubat kasih sayang yang dikehendaki. Karya Gift Box digambarkan sebagai satu hadiah yang tidak ternilai bagi menyuburkan nilai kasih sayang yang kian pudar dalam era manusia yang lebih mesra terhadap mesin. Sedikit nilai tambah meneliti karya ini adalah aspek kolaborasi suami isteri yang tentunya secara sipiritual menghasilkan karya secara bersama dengan membawa nilai kasih saying seorang isteri dan suami.     
Sesuatu yang menarik boleh dianalisa lewat karya Floating oleh Saharuddin Supar aka Pakali. Arca dinding yang memerangkap ruang ini memberikan semacam satu visual yang optikal (optical art) Ruang tertutup yang dilingkungi bentuk empat segi tepat itu mempunyai bukaan kecil seperti lubang yang pelbagai saiznya. Lubang-lubang yang dihasilkan itu memberi tatapan visual yang ambigues dan abritrari, pada satu ketika ia kelihatan seperti titik-titik yang terapung di atas permukaan dan kadangkala ianya kelihatan titik yang masuk ke dalam ruang tertutup. Lubang-lubang yang terhasil ini mengundang rasa ingin mengintai apa yang ada didalam. Permukaan hadapan yang mempunyai garisan grid memberi kesan  jalinan yang menarik. Keistemewaan garisan grid yang digunakan menjadi semacam satu panduan untuk untuk mencipta lubang-lubang yang dinyatakan tadi. Dalam konteks jalanBEBAS, karya floating mampu dimengertikan sebagai sesuatu yang terawang-awangan, wujud ketidakpastian (ambiguity) makan manusia harus mempunyai kebebasan untuk menentukan kepastian tersebut. Panduan dalam penentuan sesuatu yang tidak pasti ini haruslah disandarkan kepada sesuatu sistem, jika dalam konteks manusia yang beragama maka rujukan agamalah yang harus diambil kira. Garisan grid yang dihasilkan menjadi metafora panduan dan sistem yang harus digunapakai. Jelasnya karya floating amat kaya dengan metafora yang mampu difikiran khususnya dalam konteks jalanBEBAS sebagai tajuk pameran ini.
Pengalaman, menjadi sekolah seni yang paling berharga bagi setiap artist. Melalui pengalaman banyak perkara akan ditemui. Inilah yang menjadi sandaran karya Wan Mohamed Zulkifli aka Abe. Terata I dan Teratai II bergerk dari landasan pengalaman masa lampau Abe. Kebebasan menentukan hala tuju kehidupan menjadi nadi kepada kejayaan  pengkarya. Pengaruh urbanisasi membuatkan beliau terdedah kepada kehidupan  yang penuh perjuangan jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung maupun desa yang  diwarnai dengan ketenangan namun wujud kekangan ekonomi yang membawa kepada soal kemisikinan. Namun bagi Abe segala pengalaman itu akan menjadi sesuatu yang positif didalam kehidupan apabila ianya bukan diterima secara membabi buta, ia haruslah diterima setelah di lihat, dicerna, dicanai dengan mata, mata hati dan mata akal.  Gambaran organ dalaman dalam Teratai I dan Teratai II membawa metafora  sipiritual yang dipunyai oleh setiap manusia dan ianya haruslah digunakan sebaiknya dalam membuat apa jua pilihan serta keputusan. Bagi Abe kebebasan mengatur kehidupan adalah keupayaan manusia mengimbangkan bentukan fizikal dan bentukan sipiritual (rohani dan jasmani). Tema kehidupan dan pengalaman ini turut dapat dilihat dalam  karya-karya oleh Redzwan Bidin .  Dengan penampilan abstrak mirip Piet Mondrian terutamanya dari segi komposisi, karya Sign +Freedom 1 dan Sign + Freedom 2 menampilkan imej-imej yang sering berlaku dalam kehidupan harian yang sering berada didalam kawalan, “outermost boundaries in daily activities. It permits the idea of bebas- freedom in contorol enviroment; placing issues of past and current as an anology of what freedomis”. (Redzwan Bidin,2013).  Karya yang didominasi oleh warna-warna garang dan panas memberikan kesegaran dari segi visual, struktur empat segi yang membahagi ruang permukaan catan jelas memberi pelambangan sekatan yang dimaksudkan oleh Redzwan. Susunan imej-imej binatang, figura manusia tanda-tanda dan dikuatkan dengan sapuan berus yang agak kasar memberi kejelasan kecelaruan dan kerencaman kehidupan yang dikelilingi pelbagai sekatan. Kebebasan bagi Redzwan lebih menjurus kepada tingkah laku manusia menguruskan persekitaran dan kehidupan yang rencam dan pelbagai sifatnya  kearah ketenangan dan kesejehtaraan.
Radin Erus, seorang pengkarya muda mempersoalkan  tawaran kebebasan yang di ajukan kepada dirinya maupun masyarakat. Beliau mengaitkan soal kebiasaan yang sering disenangi oleh setiap manusia dengan kebebasan yang menurut beliau merupakan suatu pertentangan dengan nilai kebiasaan itu sendiri. lantas adakah perlu kebebasan sekiranya apa yang sering dilakukan itu telah dapat memenuhi naluri sesorang individu?, Radin lebih melihat soal kegembiraan itu sebagai simbol kebebasan yang sebenar, “Adakah kita benar bebas dengan tawaran “kebebasan” yang berlaku hari ini, atau selama ini kebebasan, kegembiraan dan kebahagiaan itu sebenarnya telah berlaku di dalam sebuah sel penjara lutsinar yang cukup menyenangkan? “ (Radin Erus 2013). Meninjau karya beliau sekilas pandang ianya merupakan satu imitisi dari sebuah skrin yang mempaparkan gambaran imej suatu visual dalam bentuk video , simbol gerak (Ñ)yang digunakan walaupun ringkas tetapi ianya berkesan. Radin menggunakan teknik templet dan menggunakan semburan aerosol paint atas kanvas, ini menyebabkan karya tersebut lebih memperlihatkan sisi karya grafik. Beliau juga menggunakan elemen huruf, dan perkataan dalam  catannya. Kesemua imej ini  wujud bersama imej utama iaitu lanskap yang dihasilkan dengan pendekatan shape tanpa memperlihatkan ruang perspektif seperti kebiasaan sebuah catan lanskap. Catan ini mampu dibaca sebagai satu analogi tentang alam dan kehidupan yang luas dan pelbagai tetapi ianya tidak lepas bebas, sebebas-bebasnya. Apa jua kebebasan sebenarnya mempunyai border dan dibawah kawalan sesorang atau dalam konteks agama kebebasan tertaluk kepada perintah dan larangan yang maha Esa. Menggerakkan kehidupan sebenarnya tidaklah sebebas mana, kerangka umur (rujuk imej nombor 0:67 yang tertera di catan) atau perjalanan kehidupan sebenarnya perlu diatur dan  dilaksanakan sebaik mungkin demi kesejahteraan  bersama. “Ketahuilah kini, kita hidup dengan “masa yang singkat dalam ruang yang sempit.” Untuk apapun yang kita perlu dan ingin lakukan penghabisannya sudah hampir dari apa yang kita jangkakan dan semuanya juga telah tertulis. Apa yang tinggal hanyalah untuk kita memilih masa yang tepat untuk bermula” (Radin Erus,2013).
Karya drawing oleh  Ernesto Pujazon memperlihatkan sisi yang menarik untuk dirumuskan. Saya membaca karya-karya drawing beliau lebih berpendekatan pedagogi, ianya bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang pensyarah yang bertanggungjawab dalm disiplin drawing. Beliau cuba membawa penghayat memahami  proses menghasilkan sesebuah drawing. Dalam karya yang dipamerkan ini jelas memperlihatkan kesan-kesan visual kearah penghasilan sebuah drawing. Imej yang dihasilkan sering merujuk kepada garisan dan rupa asas yang diolah untuk menjadi satu imej yang abstrak. Kesan-kesan garisan yang dinamik jelas kelihatan dengan penggunaan media campuran. Penggunaan garisan yang pelbagai memberi keseronokan, ianya ibarat searching sesuatu yang tidak diketahui. “To me drawing is reflected act of curiosity which inspired the mental process to come out with something that no has seeing before. Drawing gives from to visual though “(Ernesto; 2009). Bebas drawing adalah terma yang tepat apabila melihat hasil karya beliau. Seperti yang dinyatakan ruang bebas untuk mencurahkan idea adalah dengan melakukan lakaran dan lukisan yang boleh di hasilkan seberapa banyak selari dengan kelancaran berfikir dan mencerna idea.
Rozana Musa seorang artis wanita, seorang artis seramik dan seorang artis muda yang punya semangat kental memperkembangkan medium seramik melalui karya-karyanya. Karya arca dinding Pick Me I dan Pick Me II, disuakan kepada khayalak dengan membawa isu wanita dan kecantikan. Namun begitu  jika ingin melihat imej-imej wanita cantik didalam karya beliau adalah suatu kehampaan. Rozana bergerak dalam kerangka berbeza dengan melihat persoalan menjaga pemakanan  adalah suatu yang mustahak untuk menerbitkan nilai kecantikan sesorang wanita. “karya ini adalah berkisar tentang diet dan cantik, bagaimana seseorang wanita itu berusaha semata- mata ingin cantik tanpa memikirkan kebebasan dlm perkara rutin harian iaitu makan. Makan itu bebas, setiap orang bebas memilih apa yg ingin jadi santapan setiap hari. Walaubagaimanapun terlalu ramai wanita yang risau akan kebebasan itu kerana ia mampu membunuh niat dan usaha diet mereka” (Rozana Musa;2013).
Akhirnya saya simpulkan, membaca 18 karya dalam jalanBEBAS dengan pendekatan yang saya tampilkan semacam satu cerita tentang kebebasan yang bergerak dari pemahaman 9 orang artis. Membaca karya-karya dalam jalanBEBAS dan memberi interpetasi hanyalah satu pandangan peribadi saya yang berkemungkinan berlainan sama sekali dengan kehendak pengkaryanya begitu juga khayalak yang melihat dan menelitinya. Lalu inilah kebebasan yang berlaku dulu kini dan mungkin selamanya dalam dunia senirupa.


BACAAN KEEMPAT
jalanBEBAS sebuah pameran seni visual yang kecil tapi signifikan nilainya, ungkapan ini saya kira bertepatan dengan semangat yang ditunjukkan oleh artis, karya dan galeri  yang menjayakannya. Jika dilihat dalam konteks lokasi galeri Warung Seni, yang wujud sebagai satu-satunya galeri seni persendirian Melayui  di Jongker Street pun sudah memperlihatkan suatu yang istemewa dan boleh ditaruhkan harapan keatasnya untuk melestarikan perkembangan seni visual khususnya di negeri sebelah selatan, Melaka  dan Johor. Semangat untuk membawa seni kepada komuniti mula menampakkan gerakkannya dengan penglibatan Warung Seni dalam beberapa siri pameran sebelumnya dan terkini pameran jalanBEBAS.  Penglibatan 9 orang artis dengan pelbagai medium dan idea serta bergabung dalam satu pameran sebegini harus dilihat sebagai titik tolak Warung Seni untuk mengorak langkah lebih kehadapan bagi melestarikan gerakan seni visual selatan. Kecilnya ruang tidak bermakna tidak besarnya  visi dan misi yang di tawarkan kepada khayalak. Bebasnya kerangka operasi Warung Seni memberikan pelbagai kemungkinan untuk lebih banyak lagi bebas yang akan lahir, sepertimana tafsiran-tafsiran bebas yag diluahkan oleh 9 orang artis yang mengambil bahagian. Malahan pameran jalanBEBAS turut disuntik semangat dengan kehadiran ‘artis’ yang punya kebebasan mentelaah dunia visual yang lebih luas tidak semata-mata dunia visual yang kaku di dada-dada kanvas semata-mata. ‘Artis’ tersebut  yang juga pengarah tersohor U-Wei Hj Saari menjadikan kumpulan artis menjadi 10 orang walaupun karya beliau masih berada dalam kerangka 1D iaitu monolog, dan dialog  yang diucapkan ketika merasmikan pameran jalanBEBAS ini. Pastinya 10 orang artis ini bergabung dalam satu ikatan ‘jalanBEBAS’  untuk merintis lebih banyak lagi kebebasan yang hakiki.

Salam penuh kebebasan.
 *artikel ini ditulis sempena pameran jalanBEBAS yang berlangsung di Warung Seni (Galvanize Lab) Melaka. pada 8mei- 30 mei 2013.Telah dirasmikan oleh U-Wei Hj Saari pada 10 mei 2013.