Sunday, June 5, 2022

SUKAN DALAM SENI ARCA

 SUKAN DALAM SENI ARCA

Dr. Rosli Zakaria

 

Lahirnya bentukan seni dalam sebuah arca adalah bersumberkan dari kejadiaan alam dan  aturan-aturan makhluk  yang mendudukinya. Manusia sebagai makhluk berbudaya seringkali memaparkan sisi  kehidupan melalui bidang politik, ekonomi, sosial, akademik, sejarah dan juga sukan didalam pelbagai bentukan karya seni.

Sering diperkatakan sesorang seniman tidak akan berkarya  di dalam situasi kekosongan, ianya akan beritik tolak dari sesuatu gagasan, idea, pengalaman, keilmuan dan lain-lain faktor yang sentiasa melingkungi kehidupan  mereka.
Sukan merupakan salah satu akitiviti yang bergerak sering dengan ke tamadunan manusia. Setiap era dan kelompok bangsa di dunia telah wujud aktiviti berkaitan sukan. Di dalam era moden ini, sukan bukan sahaja membicarakan tentang persoaalan perlumbaan ataupun permainan, teapi ianya telah berkembang menjadi percaturan kuasa, komoditi,pembinaan Negara, dan juga sebagai bidang kerjaya.

Melihat dalam konteks seni arca, subjek sukan turut memberi inspirasi kepada pengarca untuk menghasilkan  arca-arca mereka. Ahli sukan merupakan subjek yang sering menjadi rujukan dalam penghasilan karya seni arca. Ia telah bermula semenjak zaman Yunani Tua . Penghasilan arca-arca figura  berkaitan  tokoh sukan  telah ditemukan dalam bentuk-bentuk arca tuangan logam maupun ukiran batu marmar. Jika dilihat Arca Zaman Yunani, ianya memperlihatkan bagaimana atlit-atlit  atau tokoh-tokoh yang terlibat dalam sukan telah dijadikan sumber di dalam pembinaan arca-arca mereka. Ukiran-ukiran arca ini telah menjadi tradisi yang berlangsung dalam jangka masa yang panjang di dalam kebudayaan Yunani . Kenapa ahli sukan sering menjadi  subjek yang popular di kalangan pengarca zaman tersebut?, ini kerana faktor tubuh badan ahli sukan yang sasa dan berotot menjadikannya ianya pilihan  tepat untuk diukir menjadi sebuah arca figura yang kadar banding  seperi tubuh manusia sebenar. Arca  "Discobolus"  oleh pengarca Yunani Tua,  Myron memperlihatkan bagaimana kehalusan pengukir mengambarkan posture seorang  pelempar cakera dengan aksi  bersiap sedia untuk melakukan lontaran. Arca dari bahan gangsa ini  menjadi ikon sukan Olimpik Yunani Tua yang bermula di Olympia, sebuah lokasi yang mengandungi beberapa bangunan kuil dengan kawasan untuk atlit bertanding. Menghasilkan arca bersumberkan tubuh badan manusia menjadi satu kebangaan  setiap pengarca terutamanya di Zaman Renasian di Itali. Pengarca seperti Donatello, Michalangelo, dan Bernini mempaparkan kehebatan mengukir dengan bersumberkan tubuh badan manusia

Sukan Olimpik Bejing 2008, bukan sahaja antara penganjur yang cemerlang, namun dari segi reka bentuk ‘stadium burung’ terlalu kuat elemen arcanya. Dua tahun sebelum itu, kerajaan China telah menganjurkan ‘2008 Olympic Landscape Sculputre design Contes’, beratus penyertaan telah diterima seterusnya di pamerkan di seluruh wilayah China. Kebetulan  penulis ada di Changcung ketika itu dan berkesempatan melawat pameran tersebut. Lebih membanggakan pengarca Negara Ramlan  Abdullah turu menghasilkan arac dan dipamerkan. Arca dengan tajuk ‘come together’ telah ditampilkan dalam bentuk abstrak dan diperbuat daripada bahan besi tahan karat. Multhalib Musa pula telah di komesyen  oleh kerajaan China untuk membina sebuah arca awam untuk diletakkan di Taman Olimpik Bejing. Arca beliau ‘ Two Side’ kini kekal menjadi tanda kejayaan Olimpik Bejing. Sementara itu,  Mior Mohd Nafis Mohd Zain  telah muncul dengan sebuah arca  yang bertajuk ‘Determination’ yang dihasilkan sempena pertandingan yang di anjurkan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa. Arca tersebut telah memenangi tempat kedua ketika dibawa bertanding di di Lausanne, Switzerland


Ramlan Abdullah, Come Together,35cm 40cm x60cm , Stainless steel, 2008

Mior Mohd Nafis, Determination, Metal,2008

Bolin Liu, New Bejing New Starting point, Bronze, 35cm x43cm x 58cm
,2008
Multhalib Musa, two side, metal, 540cm x 200cm x 270cm, 2008

Sebuah arca telah dihasilkan sempena Sukan komenwelth 1998, yang telah dianjurkan oleh Malaysia. Arca ‘Keris’ telah dihasilkan oleh pengarca dari England  Neil Lawson Baker yang juga seorang doktor pakar gigi, namun begitu arca tersebut tidak akan berdiri dengan sempurna tanpa penglibatan pengarca tempatan Ramalan Abdullah yang bertanggungjawab keatas ketepatan bentuk arca  tersebut.  Arca keris ini menjadi sedikit kontervasi dimana kedudukan keris tanpa sarung memberi makna pertarungan dalam masyarakat Melayu. Namun secara positif penulis melihat erti pertarungan yang lebih kepada pertarungan rakyat Malaysia dalam setiap bidang sukan yang diceburi.  Arca ‘keris’ diserahkan oleh Ratu Elizabeth ketika pembukaan rasmi sukan tersebut, ia sebagai simbolik pemulangan kuasa sepenuhnya kepada rakyat tempatan.

Arca ‘Keris’ terhunus megah di hadapan Stadium Utama Bukit Jalil,  ia akan kekal  menjadi lambang semangat perjuangan dalam sukan disamping tanda kuasa sepenuhnya adalah milik negara  bukan lagi tunduk dengan kuasa bekas penjajah.



Lawon Barker & Ramlan Abdullah, keris, Bronze, 1998

Budaya menjadikan tokoh sukan sebagai arca amat digemari di negara barat. Di Old Trafford arca Alex Ferguson pengurus tersohor Manchester United telah dibina oleh pengarca terkenal Philip Jackson pada tahun 2012. Arca tersebut sebagai pengiktrafan tentang kejayaan dan kehebatan Ferguson mengendalikan 26 tahun kelab tersebut. Pengarca Sepanyol  Jordi Diez pula telah menghasilkan arca pemain tenis tersohor Rafeal Nadal di Kompleks  Tenis Roland Garros. Arca ini juga sebagai pengiktrafan kepada kejayaan Nadal yang memenangi 105 perlawanan dari 108 perlawanan di gelanggang tersebut. Dan juga memegang rekod sebagai pemain no 1 dunia selama 4 tahun.
Arca kinetik Cauldorn oleh Anthoney Howe pula telah di hasilkan sebagai salah satu elemen utama pembukaan sukan Olimpik di Rio. Kesan arstistik arca yang bergerak itu menyebabkan jutaan manusia terpaku melihatnya. Ini antara kejayaan terbesar pengarca Howe.



Alex Ferguson, 2012



Jordi Díez Fernandez , Rafeal Nadals, 2021


Anthony Howe, Cauldron, 2016


Olimpik Tokyo berlangsung dalam kebimbangan covid 19. Walaupun ditunda awalnya, namun Jepun meneruskannya. Sekali lagi arca turut menjadi penyeri kepada keghairahan ahli sukan bertarung. Arca bertajuk Solidarity + Collaboration telah dihasilkan oleh artis tempatan Makoto Tojiki. Arca bercahaya ini mengambil subjek pelari relay 4 x 100m. Susunan dan pemasangan dengan lampu menjadikan arca ini penuh berstruktur dan bercahaya. Arca ini ingin menyampaikan perihal manusia ketika ini (pendamic 19) berlari untuk jauh dari wabak pendemik, namun Makoto menyatakan perlunya solidariti dan koloborasi untuk menentang covid19. Dan analogi yang Makoto beri adalah bagaimana seorang pelari melepaskan baton kepada seorang pelari lain (4 x 100m). Ianya memerlukan kerjasama dan perkiraan yang tepat. Makoto menjadikan arca ini sebagai tanggungjawab beliau kepada negaranya untuk memotivasikan rakyat didalam melawan covid19.



Makoto Tojiki, Solidration + Collaboration,2021



Idea sememangnya ada dimana-mana, sukan antara aktiviti tertua di dunia kekal menjadi satu hal yang menarik sehingga hari ini. Justru itu kegiatan sukan sebagai sumber rujukan artis didalam menghasilkan karya amatlah jelas dan nyata. Dalam kontek seni arca susuk tubuh manusia yang terlibat didalam sesuatu sukan menjadi antara subjek yang popular. Manakala bentukan yang dilahirkan dari pemahaman intangible menjadikan bentuk-bentuk abstrak lahir sebagai sebuah arca yang mewarani dunia sukan.

Akhirnya sedikit pesan buat semua pengarca yang saya baca dalam konteks arca di Malaysia. Menghasilkan arca dalam bentukan realistik makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan adalah suatu yang DILARANG didalam agama Islam. Usah dipersoal perintah yang MAHA ESA. Sumber berkarya masih banyak diluar sana, kaedah pendekatan masih banyak yang boleh diteroka....selamat mengarca. 



No comments:

Post a Comment