Oleh
Dr. Rosli Zakaria
Mengutip
tin-tin minuman , besi-besi buruk, bukan suatu yang luarbiasa dalam
masyarakat Malaysia hari ini. Malahan
aktiviti sedemikian menjadi satu sumber
pendapatan yang agak lumyan ketika ini. Dengan harga barangan yang kian naik, industri
besi turut mencatat harga yang cukup tinggi. Baru-baru ini saya membayar 40.00 untuk 20 kilogram besi buruk yang saya beli di salah sebuah pusat
pengumpulan barang-barang recycle. Namun syarikat pengumpul hanya membayar sekitar
0.85 sen untuk harga sekilo setiap barangan besi buruk yang dihantar ke
tempatnya. Namun bagi masyarakat umum besi buruk mungkin sekadar diangkat
sebagai satu perniagaan semata-mata.
Tidak terjangkau oleh fikiran mereka
bahawa besi-besi buruk tersebut boleh diangkat ke tahap yang lebih
bermakna dan lebih bernilai.
Dalam
konteks seni, perkara biasa seringkali boleh ditukar untuk menjadi suatu yang
luar biasa, begitulah hal dengan
besi-besi buruk ditangan pengarca mampu
bertukar menjadi arca yang bernilai ekonomi dan budaya. Di penghujung 2019 (1
Nov – 26 Nov ) penulis telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam 1st
International Public Art Symposium di Bhubaneswar, Odisha India. Simposium arca dari bahan terbuang ini telah
berlangsung selama 21 hari dan dihadiri seramai 14 orang artis dari peringkat
antarabangsa seperti dari - Malaysia, Sepanyol, Argentina, Canada, Belanda,
China, Itali , Australia, Afrika, New Zealand, Ireland, dan Belgium. Manakala seramai 7 pengarca
tempatan (India) turut terlibat di dalam symposium ini. Apa yang menariknya
didalam simposium ini setiap artis telah
dilonggokkan pelbagai bahan besi terbuang yang pelbagai kerektornya. Sebagai
seorang pengarca yang sentiasa menjadikan bahan besi sebagai mediumnya, rasa teruja
yang amat sangat apabila disuakan dengan bahan-bahan tersebut. Pengarca diberi
kebebasan untuk mencadangkan apakah bentuk arca yang hendak di bina, namun
haruslah bertemakan haiwan.
 |
Papan Poster besar di lapangan
Pihak
penganjur utama iaitu Artis Network Indian Culture (ANPIC) telah didokong kuat
oleh Bhubaneswar Development Authority (BDA) dan
Bhubaneswar Municipal Corporation (BMC) , telah merancang menjadikan symposium
ini sebagai sebuah muzium terbuka yang
diberi nama Museum Waste to Art. Ini
merupakan muzium pertama seumpama ini di
Odisha. Lebih menarik lagi adalah lokasinya di Sektor 7- Kalinga Nagar merupakan kawasan rizab kabel letrik
seluas hampir 3 ekar yang kebiasaannya
di Malaysia dilarang untuk digunakan untuk tujuan aktiviti tetap.
Menjadikan bahan besi terpakai sebagai sumber berkarya
bukanlah suatu yang pelik dan ganjil
bagi seorang pengarca, Sejarah kesenian telah memperlihatkan ramai artis-artis
tersohor telah menjadikan kadeah ini sebagai penghasilan karya mereka. Antara
printisnya adalah seperti Pablo Picasso yang seringkas menggabungkan dua objek
jumpaan iaitu tempat duduk basikal dan handle basikal untuk menjadi sebuah
arca Head
Bull. Arca ini turut menjadi antara
ikon bagi arca yang dicipta dari bahan-bahan buangan. Seramai 21 orang pengarca
telah dibantu setiap seorang dengan tukang kimpal dan artis pembantu daripada
universiti tempatan. Selama 15 hari telah dijadualkan untuk pengarca berkarya.
Antara bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah seperti Harimau, Gajah, Burung
Merak, Kura-kura, Singa dan pelbagai lagi bentuk-bentuk termasuk yang bersifat
abstrak.
Simposium yang seperti ini merupakan salah satu kaedah untuk
sesebuah negara mendapatkan arca awam
dalam bilangan yang banyak. Antara objektif utama setiap simposium termasuklah
untuk memberi peluang kepada pengarca-pengarca menghasilkan karya dalam bentuk
arca publik. Arca yang sedemikian agak sukar untuk dihasilkan tanpa pembiyaiaan
daripada pihak-pihak tertentu. Melalui simposium ini juga telah berlaku perkongsian pengalaman dan ilmu dalam kalangan
pengarca yang terlibat . Perasaan kekitaan akan wujud dalam kalangan
pengarca-pengarca yang tinggal setempat dalam jangka waktu tertentu. Penulis
dapati kebanyakan pengarca dari negara eropah seperti UK, German, Ierland,
Belgium, Argentina mempunyai citarasa
yang tinggi terhadap arca-arca dari bahan buangan. Mereka menjadikan karya arca
dari bahan buangan sebagai salah satu sumbangan artis kearah mengawal dan
melestari alam sekitar dari pencemaran longgokan bahan-bahan buangan. 

Sepanjang simposium
berlangsung pengarca
berkesempatan dibawah melawat ke lokasi-lokasi bersejarah dan menarik di
sekitar Bhubaneswar. Malahan sepanjang pergerakan di sini menaiki bas yang
sentiasa berbunyi honnya memberikan sumber ilham buat penulis menghasilkan
lakaran-lakaran karya dengan siri pin..pin..pon…pon Bhubaneswar.
Bhubaneswar kota yang sedang membangun sentiasa hidup dan
dinamik, Ditambah dengan inisatif
kerajaan tempatan melalui simposium ini membina
Arca Publik cukup-cukup mengujakan. Sayangnya hingga ke hari ini Malaysia masih
gagal menganjurkan sebarang symposium arca
selepas berjaya menjadi tuan rumah
Symposium ASEAN Sculpture di
Kuala lumpur pada tahun 1987. Enam arca yang masih tegak berdiri di Taman ASEAN
menjadi bukti perpentingnya simposium seperti itu perlu diadakan untuk memenuhi
pengisian rohani yang sering keras dan kaku akibat disogokkan dengan
pembangunan fizikal yang keterlaluan.
Kerisauan perihal ketidakseimbangan kemajuan fizikal dengan
kerohanian seperti yang disuarakan oleh Allahyarham Seniman Negara Syed Ahmad
Jamal satu ketika dulu amat berasas, buktinnya Arca Puncak Purnama runtuh
disondol kedangkalan rohani segelintir pihak-pihak tertentu. Namun mentari
pastikan mucul selepas lebatnya hujan yang turun. Ayuh kita bergerak kearah itu…..
|
No comments:
Post a Comment