Sunday, June 5, 2022

SUKAN DALAM SENI ARCA

 SUKAN DALAM SENI ARCA

Dr. Rosli Zakaria

 

Lahirnya bentukan seni dalam sebuah arca adalah bersumberkan dari kejadiaan alam dan  aturan-aturan makhluk  yang mendudukinya. Manusia sebagai makhluk berbudaya seringkali memaparkan sisi  kehidupan melalui bidang politik, ekonomi, sosial, akademik, sejarah dan juga sukan didalam pelbagai bentukan karya seni.

Sering diperkatakan sesorang seniman tidak akan berkarya  di dalam situasi kekosongan, ianya akan beritik tolak dari sesuatu gagasan, idea, pengalaman, keilmuan dan lain-lain faktor yang sentiasa melingkungi kehidupan  mereka.
Sukan merupakan salah satu akitiviti yang bergerak sering dengan ke tamadunan manusia. Setiap era dan kelompok bangsa di dunia telah wujud aktiviti berkaitan sukan. Di dalam era moden ini, sukan bukan sahaja membicarakan tentang persoaalan perlumbaan ataupun permainan, teapi ianya telah berkembang menjadi percaturan kuasa, komoditi,pembinaan Negara, dan juga sebagai bidang kerjaya.

Melihat dalam konteks seni arca, subjek sukan turut memberi inspirasi kepada pengarca untuk menghasilkan  arca-arca mereka. Ahli sukan merupakan subjek yang sering menjadi rujukan dalam penghasilan karya seni arca. Ia telah bermula semenjak zaman Yunani Tua . Penghasilan arca-arca figura  berkaitan  tokoh sukan  telah ditemukan dalam bentuk-bentuk arca tuangan logam maupun ukiran batu marmar. Jika dilihat Arca Zaman Yunani, ianya memperlihatkan bagaimana atlit-atlit  atau tokoh-tokoh yang terlibat dalam sukan telah dijadikan sumber di dalam pembinaan arca-arca mereka. Ukiran-ukiran arca ini telah menjadi tradisi yang berlangsung dalam jangka masa yang panjang di dalam kebudayaan Yunani . Kenapa ahli sukan sering menjadi  subjek yang popular di kalangan pengarca zaman tersebut?, ini kerana faktor tubuh badan ahli sukan yang sasa dan berotot menjadikannya ianya pilihan  tepat untuk diukir menjadi sebuah arca figura yang kadar banding  seperi tubuh manusia sebenar. Arca  "Discobolus"  oleh pengarca Yunani Tua,  Myron memperlihatkan bagaimana kehalusan pengukir mengambarkan posture seorang  pelempar cakera dengan aksi  bersiap sedia untuk melakukan lontaran. Arca dari bahan gangsa ini  menjadi ikon sukan Olimpik Yunani Tua yang bermula di Olympia, sebuah lokasi yang mengandungi beberapa bangunan kuil dengan kawasan untuk atlit bertanding. Menghasilkan arca bersumberkan tubuh badan manusia menjadi satu kebangaan  setiap pengarca terutamanya di Zaman Renasian di Itali. Pengarca seperti Donatello, Michalangelo, dan Bernini mempaparkan kehebatan mengukir dengan bersumberkan tubuh badan manusia

Sukan Olimpik Bejing 2008, bukan sahaja antara penganjur yang cemerlang, namun dari segi reka bentuk ‘stadium burung’ terlalu kuat elemen arcanya. Dua tahun sebelum itu, kerajaan China telah menganjurkan ‘2008 Olympic Landscape Sculputre design Contes’, beratus penyertaan telah diterima seterusnya di pamerkan di seluruh wilayah China. Kebetulan  penulis ada di Changcung ketika itu dan berkesempatan melawat pameran tersebut. Lebih membanggakan pengarca Negara Ramlan  Abdullah turu menghasilkan arac dan dipamerkan. Arca dengan tajuk ‘come together’ telah ditampilkan dalam bentuk abstrak dan diperbuat daripada bahan besi tahan karat. Multhalib Musa pula telah di komesyen  oleh kerajaan China untuk membina sebuah arca awam untuk diletakkan di Taman Olimpik Bejing. Arca beliau ‘ Two Side’ kini kekal menjadi tanda kejayaan Olimpik Bejing. Sementara itu,  Mior Mohd Nafis Mohd Zain  telah muncul dengan sebuah arca  yang bertajuk ‘Determination’ yang dihasilkan sempena pertandingan yang di anjurkan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa. Arca tersebut telah memenangi tempat kedua ketika dibawa bertanding di di Lausanne, Switzerland


Ramlan Abdullah, Come Together,35cm 40cm x60cm , Stainless steel, 2008

Mior Mohd Nafis, Determination, Metal,2008

Bolin Liu, New Bejing New Starting point, Bronze, 35cm x43cm x 58cm
,2008
Multhalib Musa, two side, metal, 540cm x 200cm x 270cm, 2008

Sebuah arca telah dihasilkan sempena Sukan komenwelth 1998, yang telah dianjurkan oleh Malaysia. Arca ‘Keris’ telah dihasilkan oleh pengarca dari England  Neil Lawson Baker yang juga seorang doktor pakar gigi, namun begitu arca tersebut tidak akan berdiri dengan sempurna tanpa penglibatan pengarca tempatan Ramalan Abdullah yang bertanggungjawab keatas ketepatan bentuk arca  tersebut.  Arca keris ini menjadi sedikit kontervasi dimana kedudukan keris tanpa sarung memberi makna pertarungan dalam masyarakat Melayu. Namun secara positif penulis melihat erti pertarungan yang lebih kepada pertarungan rakyat Malaysia dalam setiap bidang sukan yang diceburi.  Arca ‘keris’ diserahkan oleh Ratu Elizabeth ketika pembukaan rasmi sukan tersebut, ia sebagai simbolik pemulangan kuasa sepenuhnya kepada rakyat tempatan.

Arca ‘Keris’ terhunus megah di hadapan Stadium Utama Bukit Jalil,  ia akan kekal  menjadi lambang semangat perjuangan dalam sukan disamping tanda kuasa sepenuhnya adalah milik negara  bukan lagi tunduk dengan kuasa bekas penjajah.



Lawon Barker & Ramlan Abdullah, keris, Bronze, 1998

Budaya menjadikan tokoh sukan sebagai arca amat digemari di negara barat. Di Old Trafford arca Alex Ferguson pengurus tersohor Manchester United telah dibina oleh pengarca terkenal Philip Jackson pada tahun 2012. Arca tersebut sebagai pengiktrafan tentang kejayaan dan kehebatan Ferguson mengendalikan 26 tahun kelab tersebut. Pengarca Sepanyol  Jordi Diez pula telah menghasilkan arca pemain tenis tersohor Rafeal Nadal di Kompleks  Tenis Roland Garros. Arca ini juga sebagai pengiktrafan kepada kejayaan Nadal yang memenangi 105 perlawanan dari 108 perlawanan di gelanggang tersebut. Dan juga memegang rekod sebagai pemain no 1 dunia selama 4 tahun.
Arca kinetik Cauldorn oleh Anthoney Howe pula telah di hasilkan sebagai salah satu elemen utama pembukaan sukan Olimpik di Rio. Kesan arstistik arca yang bergerak itu menyebabkan jutaan manusia terpaku melihatnya. Ini antara kejayaan terbesar pengarca Howe.



Alex Ferguson, 2012



Jordi Díez Fernandez , Rafeal Nadals, 2021


Anthony Howe, Cauldron, 2016


Olimpik Tokyo berlangsung dalam kebimbangan covid 19. Walaupun ditunda awalnya, namun Jepun meneruskannya. Sekali lagi arca turut menjadi penyeri kepada keghairahan ahli sukan bertarung. Arca bertajuk Solidarity + Collaboration telah dihasilkan oleh artis tempatan Makoto Tojiki. Arca bercahaya ini mengambil subjek pelari relay 4 x 100m. Susunan dan pemasangan dengan lampu menjadikan arca ini penuh berstruktur dan bercahaya. Arca ini ingin menyampaikan perihal manusia ketika ini (pendamic 19) berlari untuk jauh dari wabak pendemik, namun Makoto menyatakan perlunya solidariti dan koloborasi untuk menentang covid19. Dan analogi yang Makoto beri adalah bagaimana seorang pelari melepaskan baton kepada seorang pelari lain (4 x 100m). Ianya memerlukan kerjasama dan perkiraan yang tepat. Makoto menjadikan arca ini sebagai tanggungjawab beliau kepada negaranya untuk memotivasikan rakyat didalam melawan covid19.



Makoto Tojiki, Solidration + Collaboration,2021



Idea sememangnya ada dimana-mana, sukan antara aktiviti tertua di dunia kekal menjadi satu hal yang menarik sehingga hari ini. Justru itu kegiatan sukan sebagai sumber rujukan artis didalam menghasilkan karya amatlah jelas dan nyata. Dalam kontek seni arca susuk tubuh manusia yang terlibat didalam sesuatu sukan menjadi antara subjek yang popular. Manakala bentukan yang dilahirkan dari pemahaman intangible menjadikan bentuk-bentuk abstrak lahir sebagai sebuah arca yang mewarani dunia sukan.

Akhirnya sedikit pesan buat semua pengarca yang saya baca dalam konteks arca di Malaysia. Menghasilkan arca dalam bentukan realistik makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan adalah suatu yang DILARANG didalam agama Islam. Usah dipersoal perintah yang MAHA ESA. Sumber berkarya masih banyak diluar sana, kaedah pendekatan masih banyak yang boleh diteroka....selamat mengarca. 



BESI BURUK JADI ARCA DI BHUBANESWAR INDIA


Oleh Dr. Rosli Zakaria

 

Mengutip tin-tin minuman , besi-besi buruk, bukan suatu yang luarbiasa dalam masyarakat  Malaysia hari ini. Malahan aktiviti sedemikian menjadi satu  sumber pendapatan yang agak lumyan ketika ini. Dengan harga barangan yang kian naik, industri besi turut mencatat harga yang cukup tinggi. Baru-baru ini saya  membayar 40.00 untuk 20 kilogram besi  buruk yang saya beli di salah sebuah pusat pengumpulan barang-barang recycle.  Namun syarikat pengumpul  hanya membayar  sekitar  0.85 sen untuk harga sekilo setiap barangan besi buruk yang dihantar ke tempatnya. Namun bagi masyarakat umum besi buruk mungkin sekadar diangkat sebagai satu perniagaan  semata-mata. Tidak terjangkau oleh fikiran mereka  bahawa besi-besi buruk tersebut boleh diangkat ke tahap yang lebih bermakna dan lebih bernilai.

 

Dalam konteks seni, perkara biasa seringkali boleh ditukar untuk menjadi suatu yang luar biasa,  begitulah hal dengan besi-besi buruk  ditangan pengarca mampu bertukar menjadi arca yang bernilai ekonomi dan budaya. Di penghujung 2019 (1 Nov – 26 Nov ) penulis telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam 1st International Public Art Symposium di Bhubaneswar, Odisha India.  Simposium arca dari bahan terbuang ini telah berlangsung selama 21 hari dan dihadiri seramai 14 orang artis dari peringkat antarabangsa seperti dari - Malaysia, Sepanyol, Argentina, Canada, Belanda, China, Itali , Australia, Afrika, New Zealand, Ireland,  dan Belgium. Manakala seramai 7 pengarca tempatan (India) turut terlibat di dalam symposium ini. Apa yang menariknya didalam simposium ini setiap artis  telah dilonggokkan pelbagai bahan besi terbuang yang pelbagai kerektornya. Sebagai seorang pengarca yang sentiasa menjadikan bahan besi sebagai mediumnya, rasa teruja yang amat sangat apabila disuakan dengan bahan-bahan tersebut. Pengarca diberi kebebasan untuk mencadangkan apakah bentuk arca yang hendak di bina, namun haruslah bertemakan haiwan.


Papan Poster besar di lapangan

Pihak penganjur utama iaitu Artis Network Indian Culture (ANPIC) telah didokong kuat oleh Bhubaneswar Development Authority (BDA) dan Bhubaneswar Municipal Corporation (BMC) , telah merancang menjadikan symposium ini sebagai sebuah  muzium terbuka yang diberi nama Museum Waste to Art. Ini merupakan muzium  pertama seumpama ini di Odisha. Lebih menarik lagi adalah lokasinya  di Sektor 7- Kalinga  Nagar merupakan kawasan rizab kabel letrik seluas hampir 3 ekar  yang kebiasaannya di Malaysia dilarang untuk digunakan untuk tujuan aktiviti tetap. 

Menjadikan bahan besi terpakai sebagai sumber berkarya bukanlah suatu yang  pelik dan ganjil bagi seorang pengarca, Sejarah kesenian telah memperlihatkan ramai artis-artis tersohor telah menjadikan kadeah ini sebagai penghasilan karya mereka. Antara printisnya adalah seperti Pablo Picasso yang seringkas menggabungkan dua objek jumpaan iaitu tempat duduk basikal dan handle basikal untuk menjadi sebuah arca  Head Bull. Arca ini turut  menjadi antara ikon bagi arca yang dicipta dari bahan-bahan buangan. Seramai 21 orang pengarca telah dibantu setiap seorang dengan tukang kimpal dan artis pembantu daripada universiti tempatan. Selama 15 hari telah dijadualkan untuk pengarca berkarya. Antara bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah seperti Harimau, Gajah, Burung Merak, Kura-kura, Singa dan pelbagai lagi bentuk-bentuk termasuk yang bersifat abstrak.

Simposium yang seperti ini merupakan salah satu kaedah untuk sesebuah negara mendapatkan arca  awam dalam bilangan yang banyak. Antara objektif utama setiap simposium termasuklah untuk memberi peluang kepada pengarca-pengarca menghasilkan karya dalam bentuk arca publik. Arca yang sedemikian agak sukar untuk dihasilkan tanpa pembiyaiaan daripada pihak-pihak tertentu. Melalui simposium ini juga telah berlaku  perkongsian pengalaman dan ilmu dalam kalangan pengarca yang terlibat . Perasaan kekitaan akan wujud dalam kalangan pengarca-pengarca yang tinggal setempat dalam jangka waktu tertentu. Penulis dapati kebanyakan pengarca dari negara eropah seperti UK, German, Ierland, Belgium, Argentina mempunyai  citarasa yang tinggi terhadap arca-arca dari bahan buangan. Mereka menjadikan karya arca dari bahan buangan sebagai salah satu sumbangan artis kearah mengawal dan melestari alam sekitar dari pencemaran longgokan bahan-bahan buangan.



Sepanjang simposium  berlangsung  pengarca berkesempatan dibawah melawat ke lokasi-lokasi bersejarah dan menarik di sekitar Bhubaneswar. Malahan sepanjang pergerakan di sini menaiki bas yang sentiasa berbunyi honnya memberikan sumber ilham buat penulis menghasilkan lakaran-lakaran  karya dengan siri pin..pin..pon…pon Bhubaneswar.

Bhubaneswar kota yang sedang membangun sentiasa hidup dan dinamik, Ditambah dengan  inisatif kerajaan tempatan melalui  simposium ini membina Arca Publik cukup-cukup mengujakan. Sayangnya hingga ke hari ini Malaysia masih gagal menganjurkan sebarang symposium arca  selepas berjaya menjadi tuan rumah  Symposium  ASEAN Sculpture di Kuala lumpur pada tahun 1987. Enam arca yang masih tegak berdiri di Taman ASEAN menjadi bukti perpentingnya simposium seperti itu perlu diadakan untuk memenuhi pengisian rohani yang sering keras dan kaku akibat disogokkan dengan pembangunan fizikal yang keterlaluan.

Kerisauan perihal ketidakseimbangan kemajuan fizikal dengan kerohanian seperti yang disuarakan oleh Allahyarham Seniman Negara Syed Ahmad Jamal satu ketika dulu amat berasas, buktinnya Arca Puncak Purnama runtuh disondol kedangkalan rohani segelintir pihak-pihak tertentu. Namun mentari pastikan mucul selepas lebatnya hujan yang turun. Ayuh kita  bergerak kearah itu…..