MEMBACA jalanBEBAS
Oleh Rosli Zakaria
jalanBEBAS disuakan kepada khalayak ketika iklim
Malaysia penuh ghairah menyambut perayaan lima tahun sekali ‘pilihanraya’. Pilihanraya amat dinantikan oleh
semua masyarakat Malaysia, ia ibarat raya untuk semua, merangkumi semua perayaan yang ada di Malaysias. Senang
cerita saya menamakannya raya 1Malaysia.
Lantaran pilihanraya, jalanBEBAS juga dibaca punya hubungkait dengan kebebasan
individu untuk memilih siapa yang dikehendaki mewakili suara rakyat di dewan rakyat, betulkah begitu?. Maka Membaca
jalanBEBAS merupakan penulisan santai yang mengiringi pameran ini
berkemungkinan mampu menjawab persoalan yang diajukan tadi.
BACAAN
PERTAMA
Apa itu Jalan?, apa itu BEBAS?
Jalan itu sendiri membawa
beberapa maksud yang boleh digunapakai
dalam konteks penulisan ini. Pertama jalan boleh dimengerti sebagai satu tempat
lalu lintas yang digunakan oleh orang maupun kenderaan. Jalan juga boleh
membawa maksud gerakan secara fizikal sesuatu objek samada secara semula jadi
maupun digerakkan oleh manusia. Jalan juga boleh dimaksudkan sebagai satu
perkembangan sesuatu cerita maupun peristiwa. Jalan juga boleh dimengerti
sebagai cara,ikthiar atau usaha untuk melaksanakan sesuatu atau mencapai
sesuatu. Jalan juga membawa makna
berangkat, seringkali digunakan dalam bahasa percakapan. Kata dasar jalan boleh berubah maknanya
apabila dijadikan kata terbitan, umpamanya
penambahan per dan an akan
menjadi perjalanan atau
penambahan ber menjadikan berjalan
dan banyak lagi kata-kata yang boleh diterbitkan dari kata dasar jalan yang
akan membawa maksud berlainan.
BEBAS membawa makna tidak
terhalang dari melakukan sesuatu seperti bergerak ke mana-mana sahaja, bercakap
dan mengeluarkan idea, berkawan dengan sesiapa sahaja dan lain-lain perkara
yang mampu di buat oleh manusia. Bebas juga boleh dibaca sebagaiTidak
terkongkong manusia tidak dikongkong dari segi pemikiran dan
pergerakannya. Satu lagi pengertian bebas boleh dimaknakan sebagai Tidak terkurung, manusia lepas, bebas tidak terpenjara. Makna bebas
akan menjadi lebih pelbagai setelah mempunyai penambahan di depan, di belakang
atau depan dan belakang. Kebebasan, pembebasan, membebaskan, terbebas,
sebebasnya, dibebaskan, dan seumpamanya. Kesemua kata terbitan tersebut akan
menyentuh soal dasarnya iaitu bebas.
Maka apabila dua perkataan
ini digabungkan maka lahirlah jalanBEBAS, untuk memaknakan
gabungan perkataan tersebut terserahlah kepada diri masing-masing. Anda punya
kebebasan untuk bersuara dan berpendapat untuk memilih situasi maupun perkara
yang boleh dikaitkan dengan jalanBEBAS. Namun begitu adalah amat wajar sekiranya menggunapakai
kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh agama islam iaitu, “dalam islam tidak
melarang umatnya untuk menyatakan pendapat serta buah fikiran selagi tidak
melanggar al-Quran dan al-Hadith serta selagi mana tidak menzalimi hak orang
lain atau menggangu kebebasan orang lain”.
BACAAN
KEDUA
Pameran senirupa jalanBEBAS.
Carta alir pameran jalanBEBAS
agak ringkas dan punya kebebasan tersendiri. Dr Azimin selaku founder Warung Seni telah merangka satu
pameran ringkas di Hatem Squre pada bulan feburari sempena perayaan tahun baru
cina. Lantas memohon kerjasama saya dan rakan artis yang lain untuk meletakkan karya
masing-masing di situ. Kesinambungan perbincangan spontan antara saya dan
Azimin, bersetuju karya-karya tersebut akan digerakan ke Warung Seni (Galvanize
Lab) dengan konsep yang berbeza. Lantas
apabila tiba masanya Azimin menyuarakan dalam talian ;
“Salam
Rosli…bla….bla…bla tajuknya
jalanBEBAS…macamana ok tak?”
“ha..ha..ha….ok
cantiklah tu, macam ada kena mengena dengan pilihan raya aja…haha..haah”
“ha..ha..ha…
tulah dia….”
Dalam
talian seterusnya;
“Salam…..Rosli…..bla..bla..bla…pameran…bla..bla..bla….artis…bla..bla..bla….karya…bla..bla..bla…kolektor..bla..bla..bla…..perasmi?”
“ok
doc!...bla..bla…bla…U-Wei boleh tak?.....bla..bla..bla..bebas….bla..bla..idea
bebas…”
“oklah tu…bla..bla… u
contact……bla..bla..bla…best…”
Akhirnya dalam maya kami terima e.mail berikut;
Kepada:
Azimin Tazilan. Phd
En. Rosli Zakaria
Galvanize Street Heritage Lab., Melaka
45, Lorong Hang jebat, 75200,
Melaka
Tel: 06-282 1181
22/04/2013
Tuan,
Menghadiri Pameran "JalanBEBAS"
Tanah Licin Sdn. Bhd. ingin memaklumkan bahawa
En. U-Wei Bin HajiSaari akan menghadiri Pameran "JalanBEBAS".
Pada 10 Mei 2013, Jam 8.30 malam di Warung Seni,
Bandar Hilir, Melaka.
Terima Kasih.
Yang benar,
Loong Wah
Administrative Assistant
TANAH LICIN SDN BHD
44-1, JALAN 8/23ETAMAN DANAU KOTA
53300,SETAPAK
KUALA LUMPUR
Tel : 03 41422190
Fax : 03 41422195
Begitulah
ringkasnya carta alir pameran jalanBEBAS, bebas dari birokrasi,
bebas merancang, bebas menentukan dan bebas mengadakan pameran di Warung Seni.
Dan yang pastinya artis, karya, galeri, khayalak, perasmi, dan kolektor
membebaskan minda masing dalam menjalankan tanggungjawab menjayakan pameran jalanBEBAS
Maka mulai 8 mei hingga 30
mei karya-karya arca, catan yang punya
pelbagai bentuk dan makna disuakan kepada khayalak juga sempena raya 1Malaysia
(pilihanraya).
BACAAN KETIGA
jalanBEBAS dari 9 orang artis
Saya
cuba menggunakan kebebasan yang diberikan untuk melihat, mencongak, meneliti
dan menganalisa karya-karya dalam jalanBEBAS. Ini merupakan tugas yang
agak berat tambahan pula saya tidak begitu mesra dengan sesetengah karya yang
disuakan dalam pameran ini. Malahan
sekadar membaca karya tanpa membaca diri pengkarya juga boleh menyebabkan
kedangkalan dalam apresiasi yang akan saya
lakukan. Secara selamat saya akan menggunakan kaedah pelbagai yang saya rasakan
sesuai untuk saya membaca karya-karya dalam pameran ini. Percampuran kaedah
yang saya gunakan semacam satu kebebasan yang ingin saya tampilkan dalam
membaca 18 karya dalam jalanBEBAS.
Kaedah
pertama saya cuba menghurai berdasarkan kaedah ringkas mengumpul data kuantitif
dan juga kualitatif;
Ringkasan data Artist
dan Karya
Jadual 1- Artis Yang
Terlibat
Bil
|
Artist
|
1.
|
Azimin Tazilan
|
2.
|
Rosli Zakaria
|
3.
|
Saharudin Supar aka Pakli
|
4.
|
Wan Muhamed Zulkifli aka ABE
|
5.
|
Mohd Redzuan
|
6.
|
Ernesto Puzon
|
7.
|
Radin Erus
|
8.
|
Diana Ibrahim
|
9.
|
Rozana Musa
|
Seramai
7 orang artis lelaki dan 2 orang artis wanita. Seorang artis pasangan suami
isteri iaitu Saharuddin Supar dan Diana Ibrahim.
Jadual 2- Bidang
Kepakaran.
Bil
|
Artis
|
Bidang
|
1.
|
Azimin Tazilan
|
Interior Desugn/Interior Architecture Design/ Microarchitecture
|
2.
|
Rosli Zakaria
|
Fine art
|
3.
|
Saharudin Supar aka Pakli
|
Fine Art
|
4.
|
Wan Muhamed Zulkifli aka ABE
|
Textile/Fine Art
|
5.
|
Mohd Redzuan
|
Graphic design/Interior Design
|
6.
|
Ernesto Puzon
|
Fine Art/Design/History
|
7.
|
Radin Erus
|
Fine art
|
8.
|
Diana Ibrahim
|
Fine Art
|
9.
|
Rozana Musa
|
Ceramic
|
Dalam pameran ini, pecahan artis boleh
dikenalpasti seperti jadual di atas. Seramai
4 orang artis yang pengkhususannya adalah dalam bidang Fine art, Seorang
pengkhususuan Fine art dan textile. sorang
punya kepakaran dalam fine arta, design dan history. Manakala 2 orang
artis mempuyai kepakaran dalam bidang Interior design dan juga grafik design.
Sementara itu seorang artist wanita
mempuyai kepakaran dalam bidang seramik. Kepelbagaian disiplin yang
dipunyai oleh kesembilan artist ini bersatu dan bergabung dalam satu pameran
yang lebih menjurus kepada karya fine
art.
Jadual 3 – Butiran karya
Bil
|
Butiran Karya
|
Media
|
1.
|
bebas jalan
|
Plywood, metal,found object
|
2.
|
bebas cakap
|
Plywood, metal,found object
|
3.
|
bebas hadiah
|
Plywood, metal,found object
|
4.
|
Musuh suami Isteri
|
Wood, found object, zink
|
5.
|
Tutup Mulut
|
Metal, acrylic sheet, striker
|
6.
|
Prosperety Way
|
Wood,found object
|
7.
|
Floating
|
Metal Sheet
|
8.
|
Teratai I
|
Mixed Media on Canvas
|
9.
|
Teratai II
|
Mixed Media on Canvas
|
10.
|
Signs + Freedom #1
|
Mixed Media on Canvas
|
11.
|
Signs + Freedom #2
|
Mixed Media on Canvas
|
12.
|
Drawing 1
|
Mixed Media on paper
|
13.
|
Drawing 2
|
Mixed Media on paper
|
14.
|
“then all possibility of life is destroyed.”
|
Aerosol Paint on canvas
|
15.
|
Gift Box I
|
Metal, Glass
|
16.
|
Gift Box 2
|
Metal, Glass
|
17.
|
Pick Me I
|
Ceramic, metal
|
18.
|
Pick Me II
|
Ceramic, metal
|
Berdasarkan jadual di atas terdapat
sebanyak 18 karya dipamerkan , di Warung Seni. Pecahan karya boleh
dikategorikan kepada 3 arca atas pedestal iaitu karya no 5, 17, dan 18.
Terdapat juga 5 arca dinding yang merangkumi karya no 4, 6, 7, 17, dan no 18. Selain
daripada itu terdapat 3 karya catan yang
dihasilkan diatas permukaan papan dan dicampur dengan objek sedia ada dan
kepingan besi, karya-karya tersebut adalah hasil karya Azimin yang bernombor 1,
2, dan 3. Terdapat 2 keping karya di atas kertas iaitu yang bernombor 12, dan
13. Manakala karya bernombor 10,dan 11 di hasilkan dalam bentuk yang agak
konvensinal permukaannya iaitu di atas kanvas, namun begitu sedikit teknik
kolaj telah digunakan. Begitu juga bagi karya bernombor 8, dan 9, yag telah di hasilkan
di atas kanvas kemudiannya dengan teknik
jahitan ianya dilekatkan diatas permukaan satu lagi. Agak menarik meneliti
karya bernombor 15, dan 16, yang mana bahan yang digunakan adalah kepingan besi
yang dibentuk menjadi kotak bertutup namun mempunyai imej berlobang yang mampu
memperlihatkan objek yag diperbuat daripada bahan kaca
di dalamnya. Tidak kurang juga bagi karya bernombor 17,dan 18 ianya
kelihatan unik dengan bahan seramik yang
dibentuk seolah-olah cupcake. Bahan seramik ini mempunyai potensi
sebagai bahan yang menarik dalam penghasilan sesebuah arca samada dalam konteks galeri maupun publik.
Membaca penampilan 18 karya secara
fizikalnya sudah cukup mengundang rasa bebas dalam konteks explorasi
bahan-bahan yang digunakan. Walaupun kebanyakan karya banyak yang bersifat digantung dinding namun pemisahan
antara sebuah catan dan arca terlalu nipis garis sempadannya.
Jadual 5- Tema Umum Karya
Bil
|
Butiran Karya
|
Tema umum
|
1.
|
bebas jalan
|
|
2.
|
bebas cakap
|
Pembangunan dan alam
|
3.
|
bebas hadiah
|
|
4.
|
Musuh suami Isteri
|
|
5.
|
Tutup Mulut
|
Kekeluargaan
|
6.
|
Prosperety Way
|
|
7.
|
Floating
|
|
8.
|
Teratai I
|
|
9.
|
Teratai II
|
Pengalaman dan kemasyarakatan
|
10.
|
Signs + Freedom #1
|
|
11.
|
Signs + Freedom #2
|
|
12.
|
Drawing 1
|
pedagogi
|
13.
|
Drawing 2
|
|
14.
|
“then all possibility of life is destroyed.”
|
Merubah kebiasaan
|
15.
|
Gift Box I
|
Kasih Sayang
|
16.
|
Gift Box 2
|
|
17.
|
Pick Me I
|
Wanita dan kecantikan
|
18.
|
Pick Me II
|
|
Merujuk kepada jadual 5 yang menyentuh
tentang tema atau isu umum yang dibawa oleh setiap karya, harus diingat
kerangka bacaan kesemua karya tersebut saya cuba kaitkan dengan tajuk khusus
pameran iaitu jalanBEBAS. Dalam erti kata lain jadual 5 ini mengkhendaki satu huraian yang lebih menjurus kepada makna
sesebuah karya. Merujuk kepada tiori mudah Edmund Feldman (aperisasi seni),
beliau menyatakan membaca atau membuat aperisasi sesebuah karya seni harus
dilihat dari segi form and contentnya. Makanya 18 karya yang telah
dikelompokkan temanya mempuyai kemungkinan yang menarik untuk diketahui makna
atau aspirasi yang ingin dibawakan oleh setiap 9 orang artisnya.
Karya-karya Azimin
Tazilan, bebas jalan, bebas cakap, dan bebas hadiah dilihat meneruskan
kesinambungan karya-karya terdahulu
beliau dengan siri adajalan(2011),dan
makan jalan (2012). Persoalan
urbanisasi menjadi titik persoalan utama yang cuba disampaikan oleh Azimin.
Beliau mendambakan pembangunan lestari sesebuah pembangunan bandaran demi
kelangsungan keselesaan dan kesejahteraan masyarakatnya. Azimin konsisten
dengan perjuangannya memelihara alam sekitar supaya generasi kini dapat terus
menikmati manafaat dari pembangunan yang dijalankan denagn penuh tanggungjawab
supaya genarasi mendatang akan juga tetap dapat menikmati manafaat dari pembangunan ketika itu. Merujuk kepada Malaysian Journal of Enviroment Management 5
(2004): 3-29, pembangunan bandar lestari itu lebih merujuk kepada pembangunan
kesejahteraan sosial yang berterusan ( Abdul Samad Hadi, Shahruin Idrus, &
Abdul Hadi Harman Shah, 2004).
Dalam konteks karya
dalam siri jalan Azmin melihat salah
satu aspek yang berkaitan dengan melestarikan pembangunan Bandar adalah proses
melaksanakannya. Dan proses yang menarik dan unik bagi beliau adalah yang
berkaitan dengan pembangunan sesebuah ruang jalan. Ruang jalan ini tidak ramai orang yang menyentuh keunikannya.
Dengan latarbelakang pendidikan beliau
yang berkait rapat dengan interior
architectur juga Microarchitecture, tidak hairanlah objek-objek tepi jalan
menarik perhatian beliau lantas binaan-binaan mikro seperti warung tepi jalan,
jualbeli di tepi jalan dan lain-lain aktiviti yang sering berlaku di kebanyakan
jalan-jalan di Malaysia. Proses pembinaan jalan-jalan bagi sesebuah bandaran
lestari memberikan idea kepada beliau untuk menghasilkan siri2
jalan. Maka kelihatanlah gambaran-gambaran serta imej jentera merobek
jalan seperti jentolak dan seumpamanya. Dalam karya bebas jalan, beliau cuba menyoal kebebasan dalam konteks pergerakan
fizikal masyarakat (diwakili) bentuk figura manusia di bahagian bawah). Secara
anologinya kebebasan bergerak kesana-sini
harus diwujudkan keselesaannya tanpa apa-apa halangan, dalam konteks ini
saya membaca Azimin mempersoalkan isu
Tol yang membebankan orang ramai untuk merasakan kebebasan penggunaannya ataupun jalan bebas tol. Manakala karya bebas bercakap boleh dibaca sebagai
mempersoalkan ketelusan sesebuah projek pembinaan yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu
tanpa melalui open tender yang
sewajarnya. Maka kebebasan menyuarakan yang hak harus menjadi sesuatu yang
utama demi mendatangkan kesejahteraan masyarakat. Akhirnya dalam siri ini bebas hadiah, Azimin masih melihat
proses menganugerahkan sesuatu projek pembinaan jalan haruslah telus dan
berintergeri. Saya membaca karya bebas hadiah sebagai bebas rasuah. Jelaslah
isu pembangunan dan kesimbangannya dengan alamsekitar menjadi tema utama karya-karya beliau.
Tema
kekeluargaan turut menjadi pilihan artis
yang mengambil bahagian dalam pameran ini. Karya-karya arca dinding oleh Rosli Zakaria jelas membawa tema tersebut
dengan penampilan imej-imej yang jelas memperlihatkan pasangan figura lelaki
dan wanita. Manakala menerusi karya Musuh
suami Isteri secara jelas karya ini membicarakan sikap toleransi yang harus
wujud dalam kehidupan sesebuah rumahtangga. Dalam ertikata lain harus dielakkan si isteri dilihat sebagai menjadi musuh kepada
suami begitu juga disebaliknya. Bagi arca tutup
mulut, secara mudah ianya membawa
mesej tolong tutup mulut untuk
mengelakkan pelbagai tohmahan. Kalau karya Azimin bebas bercakap , karya Rosli
pula tutup mulut. Ianya kelihatan suatu
yang paradok tetapi mesejnya adalah serupa. Kebebasan dalam konteks sebenarnya
haruslah punya garis sempadan yang memisahkan yang mana boeh dan yang mana tak
boleh.
Tema kekeluargaan
juga boleh dilihat didalam karya-karya kolaborasi antara Diana Ibrahim dan
Saharudin Supar. Gift box 1 dan Gift box 2, tidak berbicara soal
kekeluarga sepertimana karya-karya Rosli tetapi ianya lebih khusus membicarakan
soal kasih sayang yang harus ada didalam setiap diri manusia. Sayang kepada
diri sendiri, sayang kepada tuhan, sayang kepada alam. Karya arca ini tampil dalam bentuk kotak dari
kepingan besi yang bertutup. Jalinan terhasil dari garisan grid yang
dibuat dihampir keseluruh permukaan
kotak. Tebukan imej cinta (©) di buat dibeberapa ruang di permukaan kota. Imej yang saiznya
pelbagai menguatkan lagi makna kasih sayang yang hendak ditonjolkan. Di dalam
kotak tersebut terdapat objek berbentuk
seperti kapsul, pil yang sering kita
lihat. Objek kapsual ini diperbuat daripada bahan kaca. Di atas permukaan kapsual
kaca tersebut telah di sand blast
dengan frasa kata “where there is love,There is life” oleh Mahatma Ghandi dan dalam Gift box 2 kapsul kacanya turut di ukir
dengan dengan kata-kata hikmah oleh Lao Tzu “Kindness
in word create confidence, Kindness in thinking create profoundness. Kindness
in giving create love”. Arca Gift Box 1 dan Gift Box 2 saya baca sebagai sebuah
hadiah untuk manusia. Hadiahnya adalah ‘kapsual cinta’ yang perlu
dimakan oleh setiap manusia untuk memperolehi kasih sayang. Diana melihat soal
kasih sayang kian ditinggalkan jauh dalam kehidupan masyarakat hari ini. Individulistik merupakan sikap manusia moden yang
hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Lantas Diana cuba mengobat penyakit
ini dengan memberikan ‘pil cinta’ sebagai hadih untuk dunia manusia yang
mengabaikan kasih sayang. Dalam konteks pameran jalan BEBAS manusia punya
kebebasan untuk memilih ubat kasih sayang yang dikehendaki. Karya Gift Box digambarkan sebagai satu hadiah
yang tidak ternilai bagi menyuburkan nilai kasih sayang yang kian pudar dalam
era manusia yang lebih mesra terhadap mesin. Sedikit nilai tambah meneliti
karya ini adalah aspek kolaborasi suami isteri yang tentunya secara sipiritual menghasilkan
karya secara bersama dengan membawa nilai kasih saying seorang isteri dan suami.
Sesuatu
yang menarik boleh dianalisa lewat karya Floating
oleh Saharuddin Supar aka Pakali. Arca dinding yang memerangkap ruang ini
memberikan semacam satu visual yang optikal (optical art) Ruang tertutup yang dilingkungi bentuk empat segi
tepat itu mempunyai bukaan kecil seperti lubang yang pelbagai saiznya.
Lubang-lubang yang dihasilkan itu memberi tatapan visual yang ambigues dan
abritrari, pada satu ketika ia kelihatan seperti titik-titik yang terapung di atas
permukaan dan kadangkala ianya kelihatan titik yang masuk ke dalam ruang
tertutup. Lubang-lubang yang terhasil ini mengundang rasa ingin mengintai apa
yang ada didalam. Permukaan hadapan yang mempunyai garisan grid memberi
kesan jalinan yang menarik. Keistemewaan
garisan grid yang digunakan menjadi semacam satu panduan untuk untuk mencipta
lubang-lubang yang dinyatakan tadi. Dalam konteks jalanBEBAS, karya floating mampu dimengertikan sebagai
sesuatu yang terawang-awangan, wujud ketidakpastian (ambiguity) makan manusia
harus mempunyai kebebasan untuk menentukan kepastian tersebut. Panduan dalam
penentuan sesuatu yang tidak pasti ini haruslah disandarkan kepada sesuatu
sistem, jika dalam konteks manusia yang beragama maka rujukan agamalah yang
harus diambil kira. Garisan grid yang dihasilkan menjadi metafora panduan dan
sistem yang harus digunapakai. Jelasnya karya floating amat kaya dengan metafora yang mampu difikiran khususnya
dalam konteks jalanBEBAS sebagai tajuk pameran ini.
Pengalaman,
menjadi sekolah seni yang paling berharga bagi setiap artist. Melalui
pengalaman banyak perkara akan ditemui. Inilah yang menjadi sandaran karya Wan
Mohamed Zulkifli aka Abe. Terata I
dan Teratai II bergerk dari landasan
pengalaman masa lampau Abe. Kebebasan menentukan hala tuju kehidupan menjadi
nadi kepada kejayaan pengkarya. Pengaruh
urbanisasi membuatkan beliau terdedah kepada kehidupan yang penuh perjuangan jika dibandingkan
dengan kehidupan di kampung maupun desa yang
diwarnai dengan ketenangan namun wujud kekangan ekonomi yang membawa
kepada soal kemisikinan. Namun bagi Abe segala pengalaman itu akan menjadi
sesuatu yang positif didalam kehidupan apabila ianya bukan diterima secara
membabi buta, ia haruslah diterima setelah di lihat, dicerna, dicanai dengan
mata, mata hati dan mata akal. Gambaran
organ dalaman dalam Teratai I dan Teratai II membawa metafora sipiritual yang dipunyai oleh setiap manusia
dan ianya haruslah digunakan sebaiknya dalam membuat apa jua pilihan serta
keputusan. Bagi Abe kebebasan mengatur kehidupan adalah keupayaan manusia
mengimbangkan bentukan fizikal dan bentukan sipiritual (rohani dan jasmani).
Tema kehidupan dan pengalaman ini turut dapat dilihat dalam karya-karya oleh Redzwan Bidin . Dengan penampilan abstrak mirip Piet Mondrian
terutamanya dari segi komposisi, karya Sign
+Freedom 1 dan Sign + Freedom 2
menampilkan imej-imej yang sering berlaku dalam kehidupan harian yang sering
berada didalam kawalan, “outermost boundaries in daily activities. It permits
the idea of bebas- freedom in contorol enviroment; placing issues of past and
current as an anology of what freedomis”. (Redzwan Bidin,2013). Karya yang didominasi oleh warna-warna garang
dan panas memberikan kesegaran dari segi visual, struktur empat segi yang
membahagi ruang permukaan catan jelas memberi pelambangan sekatan yang
dimaksudkan oleh Redzwan. Susunan imej-imej binatang, figura manusia
tanda-tanda dan dikuatkan dengan sapuan berus yang agak kasar memberi kejelasan
kecelaruan dan kerencaman kehidupan yang dikelilingi pelbagai sekatan.
Kebebasan bagi Redzwan lebih menjurus kepada tingkah laku manusia menguruskan
persekitaran dan kehidupan yang rencam dan pelbagai sifatnya kearah ketenangan dan kesejehtaraan.
Radin
Erus, seorang pengkarya muda mempersoalkan
tawaran kebebasan yang di ajukan kepada dirinya maupun masyarakat.
Beliau mengaitkan soal kebiasaan yang sering disenangi oleh setiap manusia
dengan kebebasan yang menurut beliau merupakan suatu pertentangan dengan nilai
kebiasaan itu sendiri. lantas adakah perlu kebebasan sekiranya apa yang sering
dilakukan itu telah dapat memenuhi naluri sesorang individu?, Radin lebih melihat
soal kegembiraan itu sebagai simbol kebebasan yang sebenar, “Adakah kita benar bebas dengan tawaran
“kebebasan” yang berlaku hari ini, atau selama ini kebebasan, kegembiraan dan
kebahagiaan itu sebenarnya telah berlaku di dalam sebuah sel penjara lutsinar
yang cukup menyenangkan? “ (Radin Erus 2013). Meninjau karya beliau sekilas
pandang ianya merupakan satu imitisi dari sebuah skrin yang mempaparkan
gambaran imej suatu visual dalam bentuk video , simbol gerak (Ñ)yang digunakan walaupun ringkas tetapi ianya
berkesan. Radin menggunakan teknik templet dan menggunakan semburan aerosol paint atas kanvas, ini
menyebabkan karya tersebut lebih memperlihatkan sisi karya grafik. Beliau juga
menggunakan elemen huruf, dan perkataan dalam
catannya. Kesemua imej ini wujud
bersama imej utama iaitu lanskap yang dihasilkan dengan pendekatan shape tanpa memperlihatkan ruang
perspektif seperti kebiasaan sebuah catan lanskap. Catan ini mampu dibaca
sebagai satu analogi tentang alam dan kehidupan yang luas dan pelbagai tetapi
ianya tidak lepas bebas, sebebas-bebasnya. Apa jua kebebasan sebenarnya mempunyai
border dan dibawah kawalan sesorang
atau dalam konteks agama kebebasan tertaluk kepada perintah dan larangan yang
maha Esa. Menggerakkan kehidupan sebenarnya tidaklah sebebas mana, kerangka
umur (rujuk imej nombor 0:67 yang tertera di catan) atau perjalanan kehidupan
sebenarnya perlu diatur dan dilaksanakan
sebaik mungkin demi kesejahteraan
bersama. “Ketahuilah kini, kita hidup dengan “masa yang singkat dalam
ruang yang sempit.” Untuk apapun yang kita perlu dan ingin lakukan
penghabisannya sudah hampir dari apa yang kita jangkakan dan semuanya juga
telah tertulis. Apa yang tinggal hanyalah untuk kita memilih masa yang tepat
untuk bermula” (Radin Erus,2013).
Karya
drawing oleh Ernesto Pujazon memperlihatkan sisi yang
menarik untuk dirumuskan. Saya membaca karya-karya drawing beliau lebih berpendekatan pedagogi, ianya bersesuaian
dengan kedudukan beliau sebagai seorang pensyarah yang bertanggungjawab dalm
disiplin drawing. Beliau cuba membawa
penghayat memahami proses menghasilkan
sesebuah drawing. Dalam karya yang
dipamerkan ini jelas memperlihatkan kesan-kesan visual kearah penghasilan
sebuah drawing. Imej yang dihasilkan
sering merujuk kepada garisan dan rupa asas yang diolah untuk menjadi satu imej
yang abstrak. Kesan-kesan garisan yang dinamik jelas kelihatan dengan penggunaan
media campuran. Penggunaan garisan yang pelbagai memberi keseronokan, ianya
ibarat searching sesuatu yang tidak
diketahui. “To me drawing is reflected act of curiosity which inspired the
mental process to come out with something that no has seeing before. Drawing
gives from to visual though “(Ernesto; 2009). Bebas drawing adalah terma yang tepat apabila melihat hasil karya beliau.
Seperti yang dinyatakan ruang bebas untuk mencurahkan idea adalah dengan
melakukan lakaran dan lukisan yang boleh di hasilkan seberapa banyak selari
dengan kelancaran berfikir dan mencerna idea.
Rozana Musa seorang
artis wanita, seorang artis seramik dan seorang artis muda yang punya semangat
kental memperkembangkan medium seramik melalui karya-karyanya. Karya arca
dinding Pick Me I dan Pick Me II, disuakan kepada khayalak
dengan membawa isu wanita dan kecantikan. Namun begitu jika ingin melihat imej-imej wanita cantik didalam
karya beliau adalah suatu kehampaan. Rozana bergerak dalam kerangka berbeza
dengan melihat persoalan menjaga pemakanan
adalah suatu yang mustahak untuk menerbitkan nilai kecantikan sesorang
wanita. “karya ini adalah
berkisar tentang diet dan cantik, bagaimana seseorang wanita itu berusaha
semata- mata ingin cantik tanpa memikirkan kebebasan dlm perkara rutin harian
iaitu makan. Makan itu bebas, setiap orang bebas memilih apa yg ingin jadi
santapan setiap hari. Walaubagaimanapun terlalu ramai wanita yang risau akan
kebebasan itu kerana ia mampu membunuh niat dan usaha diet mereka” (Rozana
Musa;2013).
Akhirnya saya
simpulkan, membaca 18 karya dalam jalanBEBAS dengan pendekatan yang
saya tampilkan semacam satu cerita tentang kebebasan yang bergerak dari
pemahaman 9 orang artis. Membaca karya-karya dalam jalanBEBAS dan memberi
interpetasi hanyalah satu pandangan peribadi saya yang berkemungkinan berlainan
sama sekali dengan kehendak pengkaryanya begitu juga khayalak yang melihat dan
menelitinya. Lalu inilah kebebasan
yang berlaku dulu kini dan mungkin selamanya dalam dunia senirupa.
BACAAN
KEEMPAT
jalanBEBAS sebuah pameran seni visual
yang kecil tapi signifikan nilainya, ungkapan ini saya kira bertepatan dengan
semangat yang ditunjukkan oleh artis, karya dan galeri yang menjayakannya. Jika dilihat dalam
konteks lokasi galeri Warung Seni, yang wujud sebagai satu-satunya galeri seni
persendirian Melayui di Jongker Street
pun sudah memperlihatkan suatu yang istemewa dan boleh ditaruhkan harapan
keatasnya untuk melestarikan perkembangan seni visual khususnya di negeri
sebelah selatan, Melaka dan Johor.
Semangat untuk membawa seni kepada komuniti mula menampakkan gerakkannya dengan
penglibatan Warung Seni dalam beberapa siri pameran sebelumnya dan terkini
pameran jalanBEBAS. Penglibatan
9 orang artis dengan pelbagai medium dan idea serta bergabung dalam satu
pameran sebegini harus dilihat sebagai titik tolak Warung Seni untuk mengorak
langkah lebih kehadapan bagi melestarikan gerakan seni visual selatan. Kecilnya
ruang tidak bermakna tidak besarnya visi
dan misi yang di tawarkan kepada khayalak. Bebasnya kerangka operasi Warung Seni
memberikan pelbagai kemungkinan untuk lebih banyak lagi bebas yang akan lahir,
sepertimana tafsiran-tafsiran bebas yag diluahkan oleh 9 orang artis yang
mengambil bahagian. Malahan pameran jalanBEBAS turut disuntik semangat
dengan kehadiran ‘artis’ yang punya kebebasan mentelaah dunia visual yang lebih
luas tidak semata-mata dunia visual yang kaku di dada-dada kanvas semata-mata.
‘Artis’ tersebut yang juga pengarah
tersohor U-Wei Hj Saari menjadikan kumpulan artis menjadi 10 orang walaupun
karya beliau masih berada dalam kerangka 1D iaitu monolog, dan dialog yang diucapkan ketika merasmikan pameran jalanBEBAS
ini. Pastinya 10 orang artis ini bergabung dalam satu ikatan ‘jalanBEBAS’ untuk merintis lebih banyak lagi kebebasan
yang hakiki.
Salam penuh kebebasan.
*artikel ini ditulis sempena pameran jalanBEBAS yang berlangsung di Warung Seni (Galvanize Lab) Melaka. pada 8mei- 30 mei 2013.Telah dirasmikan oleh U-Wei Hj Saari pada 10 mei 2013.
assalamualaikum.. saya merupakan pelajar ismp seni dari upsi dan sekarang saya ingin mengkaji arca oleh saharuddin supar. bolehkan saya dapatkan info contact tokoh tersebut dari dr jika ada
ReplyDelete