Dr. Rosli Zakaria
Lahirnya bentukan seni dalam sebuah arca adalah bersumberkan dari kejadiaan alam dan aturan-aturan makhluk yang mendudukinya. Manusia sebagai makhluk berbudaya seringkali memaparkan sisi kehidupan melalui bidang politik, ekonomi, sosial, akademik, sejarah dan juga sukan didalam pelbagai bentukan karya seni.
Sering diperkatakan sesorang seniman
tidak akan berkarya di dalam situasi
kekosongan, ianya akan beritik tolak dari sesuatu gagasan, idea, pengalaman,
keilmuan dan lain-lain faktor yang sentiasa melingkungi kehidupan mereka.
Sukan merupakan salah satu akitiviti
yang bergerak sering dengan ke tamadunan manusia. Setiap era dan kelompok
bangsa di dunia telah wujud aktiviti berkaitan sukan. Di dalam era moden ini,
sukan bukan sahaja membicarakan tentang persoaalan perlumbaan ataupun
permainan, teapi ianya telah berkembang menjadi percaturan kuasa,
komoditi,pembinaan Negara, dan juga sebagai bidang kerjaya.
Melihat dalam konteks seni arca, subjek sukan turut memberi inspirasi kepada pengarca untuk menghasilkan arca-arca mereka. Ahli sukan merupakan subjek yang sering menjadi rujukan dalam penghasilan karya seni arca. Ia telah bermula semenjak zaman Yunani Tua . Penghasilan arca-arca figura berkaitan tokoh sukan telah ditemukan dalam bentuk-bentuk arca tuangan logam maupun ukiran batu marmar. Jika dilihat Arca Zaman Yunani, ianya memperlihatkan bagaimana atlit-atlit atau tokoh-tokoh yang terlibat dalam sukan telah dijadikan sumber di dalam pembinaan arca-arca mereka. Ukiran-ukiran arca ini telah menjadi tradisi yang berlangsung dalam jangka masa yang panjang di dalam kebudayaan Yunani . Kenapa ahli sukan sering menjadi subjek yang popular di kalangan pengarca zaman tersebut?, ini kerana faktor tubuh badan ahli sukan yang sasa dan berotot menjadikannya ianya pilihan tepat untuk diukir menjadi sebuah arca figura yang kadar banding seperi tubuh manusia sebenar. Arca "Discobolus" oleh pengarca Yunani Tua, Myron memperlihatkan bagaimana kehalusan pengukir mengambarkan posture seorang pelempar cakera dengan aksi bersiap sedia untuk melakukan lontaran. Arca dari bahan gangsa ini menjadi ikon sukan Olimpik Yunani Tua yang bermula di Olympia, sebuah lokasi yang mengandungi beberapa bangunan kuil dengan kawasan untuk atlit bertanding. Menghasilkan arca bersumberkan tubuh badan manusia menjadi satu kebangaan setiap pengarca terutamanya di Zaman Renasian di Itali. Pengarca seperti Donatello, Michalangelo, dan Bernini mempaparkan kehebatan mengukir dengan bersumberkan tubuh badan manusia
Sukan Olimpik Bejing 2008, bukan sahaja antara penganjur yang cemerlang, namun dari segi reka bentuk ‘stadium burung’ terlalu kuat elemen arcanya. Dua tahun sebelum itu, kerajaan China telah menganjurkan ‘2008 Olympic Landscape Sculputre design Contes’, beratus penyertaan telah diterima seterusnya di pamerkan di seluruh wilayah China. Kebetulan penulis ada di Changcung ketika itu dan berkesempatan melawat pameran tersebut. Lebih membanggakan pengarca Negara Ramlan Abdullah turu menghasilkan arac dan dipamerkan. Arca dengan tajuk ‘come together’ telah ditampilkan dalam bentuk abstrak dan diperbuat daripada bahan besi tahan karat. Multhalib Musa pula telah di komesyen oleh kerajaan China untuk membina sebuah arca awam untuk diletakkan di Taman Olimpik Bejing. Arca beliau ‘ Two Side’ kini kekal menjadi tanda kejayaan Olimpik Bejing. Sementara itu, Mior Mohd Nafis Mohd Zain telah muncul dengan sebuah arca yang bertajuk ‘Determination’ yang dihasilkan sempena pertandingan yang di anjurkan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa. Arca tersebut telah memenangi tempat kedua ketika dibawa bertanding di di Lausanne, Switzerland
![]() |
Ramlan Abdullah, Come Together,35cm 40cm x60cm , Stainless steel, 2008 |
![]() |
Mior Mohd Nafis, Determination, Metal,2008 |
![]() |
Bolin Liu, New Bejing New Starting point, Bronze, 35cm x43cm x 58cm |
![]() |
Alex Ferguson, 2012 |
![]() |
Jordi Díez Fernandez , Rafeal Nadals, 2021 |
![]() |
Anthony Howe, Cauldron, 2016 |
![]() |
Makoto Tojiki, Solidration + Collaboration,2021 |