Selain arca berbentuk figura, di Kuala Lumpur terdapat sebuah arca timbulan
cukup menarik untuk dikaji. Arca dinding (timbulan) terdapat di bangunan Rubber
Research Institute of Malaysia (RRIM) di Jalan Ampang. Di bahagian dinding kiri dan kanan
bangunan perpustakaannya terdapat karya arca timbulan yang mempaparkan tentang
sejarah perkembangan getah. Arca tersebut dibentuk sebanyak 7 panel mengikut
struktur dinding bangunan yang sedia terbahagi kepada tujuh, setiap panel
mempunyai imej-imej yang menceritakan perkembengan getah dari semasa ke semasa.
Arca ini tidak mempunyai tajuk dan ianya merupakan antara karya arca awam
terawal yang bertemakan sejarah, Terdapat wajah Henry Wickham di salah satu panel yang
berlatarbelakangan peta berazil dan kapal laut, merujuk kepada kedatangan getah
dari Brazil. Dipercayai di hasilkan dalam tahun 1936 Dihasilkan dalam tahun
1930 oleh pengarca Itali Rudolfo Noli.
seiringan dengan pembinaan bangunan tersebut. Malahan bangunan tersebut telah
di gazetkan oleh kerajaan sebagai salah satu warisan negara pada tahun 2008.
Arca dinding yang terdapat di bangunan RRIM Jalan Ampang.
Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca
timbulan di bahagian hadapannya.
Arca timbulan tersebut mempunyai empat imej figura di setiap tiang bahagian
hadapan bangunan. Arca timbulan
tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri. Pengarca
Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal marmar dan
gangsa) telah mengukir arca timbulan
tersebut. Berbeza dengan arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai
timbualan yang rendah (low relief ), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol
keluar (high relief) Disamping itu terdapat mural di kedua-dua dinding yang
tinggi pada ruang menunggu di dalam bangunan, mural tersebut menggambarkan sisioekonomi di Tanah
Melayu ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman
getah dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura
yang berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam
tahun 1932 itu ia tetap
membawa identiti Tanah Melayu.

Arca timbulan (high relief) yang terdapat di bangnan KTM di Tanjung
Pagar
Secara umumnya di era ini kewujudan arca awam amatlah terhad dan di bawa oleh penjajah secara fizikal
dan mental. Pengarca dan arcanya didatangkan dari luar negara. Ianya lebih
kepada manifestasi pemikiran penjajah ketika itu. Arca yang dihasilkan lebih tertumpu kepada bentukan figura
tokoh-tokoh yang disanjung British manakala bangunan menjadi antara lokasi menghasilkan arca timbulan yang
merakamkan peristiwa semasa. Era ini merupakan fasa pengenalan kepada khyalak
perihal arca awam di Malaysia. Tidak hairanlah persepsi yang mengatakan arca
itu adalah patung kerana penjajah telah memperkenalkan karya arca dalam
bentukan manusia di peringkat awal lagi.
FASA PEMBANGUNAN- SELEPAS MERDEKA 1957-1980
“Di Malaysia selepas merdeka,
pengaruh abstrac expressionist, expressionist dan pop ini tersebar melalui
pelukis muda yang memperolehi pendidikan dari luar negara. Kebanyakan arcawan
yang meneroka ke luar negara, seringkali dipengaruhi konsep semasa. Misalnya
Anthony Lau ghairan dengan aliran vitalisma Henry Moore dan Barbara Hepworth,
Latiff Mohidin dengan German ekspressionisnya, Piyadasa dengan arca Marcheal
Duchampnya dan Syed Ahmad Jamal dengan pengaruh Raushenberg.” Baharudin Arus
(1998)
Much has change in both Malaysia and the art world since 1976 when most
Malaysian sculptor would have receved their training in the West..
Beberapa arca awam menjadi dominan di era awal kemerdekaan, salah satu
yang menjadi amat penting adalah Tugu Negara. Arca awam ini seringkali di
jadikan sebagai satu monumen lambang keperwiraan askar melayu menentang
komunis . Telah dibina dalam tahun 1966 oleh pengarca British Felix
de Weldon. Pengarca yang terkenal
dengan arca-arca awam berlandaskan
ketenteraan ini telah diminta oleh Tunku Abdul Rahman untuk membina satu monumen yang menjadi ingatan
tentang pengorbanan askar melayu menentang komunis. Arca dari bahan gangsa
setinggi 24’ terletak di Tasik
Perdana berhampiran satu lagi simbol negara iaitu bangunan Parlimen.
Sementara itu di dalam kawasan taman
Bangunan Parlimen terdapat sebuah arca yang mempaparkan imej Tunku Abdul
Rahman gagah berdiri sambil memegang
dokumen penubuhan Malaysia. Arca in telah dihasilkan pengarca yang sama membina Tugu Negara
iaitu Felix de Weldon pada tahun 1967 setahun selepas beliau membina tugu
negara.
Perbandingan arca “Marune Corps War Memorial”
yang di reka oleh Felix De Weldon, di sebelah kiri dan Tugu Negara di sebelah..
Sebuah arca
timbulan telah dihasilkan oleh Butler( 1965), arcawan dari British di bangunan
Lembaga Getah Malaysia di jalan Ampang berhadapan KLCC, karya yang diperbuat
dari bahan gangsa itu menggunakan imej figura dalam pelbagai aktiviti ekonomi
dan sains. Terdapat kata-kata yang menarik di atas arca timbulan tersebut,
“ Getah Asli Tumboh Subor di Bumi
Malaysia. Hasil daripada Tilek Jangka Tenaga dan Sains”.
Penubuhan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka , Institut
Tekonologi Mara dalan tahun 1967 seterusnya kewujudan kursus seni halus dalam
tahun 1971 menjadi pemangkin kepada gerakan seni arca Awam di Malaysia. Awal
tahun 1980an lahir beberapa orang pengarca dari institut tersebut seperti
Zakaria Awang, Arrifin Mohd Ismail
dan Mad Anuar. Mereka mengetuai gerakan
seni arca dengan melahirkan
karya-karya yang berjiwa tempatan walaupun dengan pendekatan dan teknik yang dipinjam dari barat. Baharuddin Arus 1998.
Ariffin Mohd
Ismail telah menghasilkan arca
awam berbaur tempatan dengan imej
keris pekaka, bunga raya,batu pedang dan batu besurat pada tahun 1982 di Arkib Negara. Karya arca dinding beliau
di bangunan KUWASA Jalan Raja Laut mempunyai kekuatan dari segi ikonografinya.
Karya tersebut telah dihasilkan melalui pertandingan yang dianjurkan pada tahun
1985. Selain itu pelukis perintis seperti Syed Ahmad Jamal turut mendapat
pengiktrafan untuk menghasilkan arca awam di Taman UMBC, arca “Lunar Peak” telah dihasilkan dalam
tahun 1985.
Arca oleh Ariffin Mohd Ismail di Arkib Negara
Di samping itu USM turut berperanan dalam perkembangan seni
arca di Malaysia Ini dilihat berdasarkan kewujudan program Seni Halus
di bawah sekolah Kemanusiaan dalam tahun 1970 walaupun
dilihat lebih kearah program pensejarahan namun dalam tahun 1973 seorang pensyarah juga pengarca dari
Australia iaitu Peter Gelencser telah dilantik sebagai pensyarah dan beliau
telah memperkenalkan disiplin arca. Sepanjang 4 tahun di USM beliau telah
menghasilkan dua buah arca awam iaitu ‘Transformation’ yang kekal di kampus USM
hingga kini dan sebuah arca Tunku Abdul Rahman yang diletakkan di bangunan kerajaan Kucing Serawak.
Kedua-dua arca ini dibuat daripada bahan mar-mar dari Baling dan Itali.
 |
Transformation ,1974 daripada bahan marmar |
Simposium Arca ASEAN kali ke 5 telah diadakan di Kuala
Lumpur pada 19 julai hingga 1 september 1987. Ini merupakan acara yang penting
dalam sejarah arca awam di Kuala Lumpur maupun Malaysia. Simposium ini
merupakan satu-satunya aktiviti
yang secara langsung menekankan pembinaan arca awam, ia juga menjadi titik
tolak kepada pemahaman bagaimana arca awam mampu menyumbang pemikiran seniman
kepada negara.
Sebanyak 6 buah arca awam telah di hasilkan bertempat di
taman berhampiran tugu negara. Antara pengarca yang terlibat adalah Syed Ahmad
Jamal dari Malaysia dengan karya arca bertajuk “growth”, Abu Bakar Abdul Rahman
dari Berunai Darussalam dengan karya arca bertajuk “The Dance”,
Indonesia diwakili oleh Dolorosa Sinaga dengan arca bertajuk “The Gate of
Harmony”. Jerusalino V. Araos dari Filipina telah menghasil arca bertajuk
“Barong-Barong”. Han Sai Por dari Singapura dengan arca dari bahan batu
bertajuk “Towards Peace” dan dari
Thailand pengarca Itthi Khongkhakul telah
membina arca yang dinamik
dengan tajuk ‘Progress’. Dikenali sebagai Laman Asean kenam-enam arca yang
telah dibina melalui Simposium Arca ASEAN ini menjadi rujukan penting dalam
perkembangan arca awam di Kuala Lumpur maupun Malaysia.
Atas kesedaran peri pentingnya kewujudan arca awam mampu
menjadi simbol koporat (koporat images),
Abdul Lattif Mohidin telah ditauliahkan (comission) oleh Maybank untuk
menghasilkan sebuah arca “Keris’ 1987 di kawasan taman Menara Maybank. Dengan mengambil
kira bentuk asas bangunan Maybank, Latiff Mohidin telah memilih subjek keris dalam
mengolah arca awam beliau.
ING Insurance turut memainkan peranan memperkasa arca awam
di Kuala Lumpur, 3 buah arca oleh Mohamed Shahbudin Abdul Salam telah dibina di
perkarangan Menara ING pada tahun 1985, ketiga-tiga arca ini telah dihasilkan
menggunakan kepingan gangsa. Yang menjadi lebih menarik Mohamed Shahbudin merupakan seorang pengarca ‘self tough’,
beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni arca , malahan bermula dengan perniagaan kecil menjual
buku yang diwarisi dari bapanya. Memulakan dengan kerja-kerja ‘copper tooling’
Shahbudin akhirnya mampu menghasilkan arca awam yang menarik.
“Keris”
arca yang telah dihasilkan oleh Lattif Mohidin
Dapat
disimpulkan di era awal kemerdekaan hinga ke tahun 1980an pergerakan arca awam
di Malaysia khususnya Kuala Lumpur masih di tahap permulaan. Dengan pengaruh
British masih menebal Kuala Lumpur masih dihiasi dengan arca-arca yang
dihasilkan oleh pengarca dari luar. Lewat
tahun1980an pengarca tempatan muncul dengan membawa semangat Kongres
Kebudayaan Kebangsaan1971 dan jiwa Seminar Akar Pribumi 1979 dalam hasilan arca awam mereka.
FASA PERKEMBANGAN -ERA 1990AN HINGGA KINI
Seni
arca menerima pengiktrafan tetinggi dalam tahun 1990an (T.K.Sabapathy 1991).
Ramlan Abdullah telah membawa
persepsi baru dalam dunia arca awam di Kuala Lumpur dan Malaysia. Dengan
mendapat pengiktrafan di luar negara dalam pertandingan Oita, iaitu beliau
telah memenagi hadiah utama dengan arca bertajuk ‘Growth’ (1995). Sebelum itu
beliau telah menghasilkan arca awam beliau yang pertama di Kuching
Waterfront, Sarawak. 1996 di Filipina denga arca yang bertajuk
V.C sempena APEC di Filipina. Rentetan
dari pengiktrafan tersebut sempena
kemerdekaan Malaysia yang ke 40 Tun Dr Mahathir Mohammed ( Perdana Menteri
Malaysia ketika itu ) telah memilih rekaan Ramlan untuk dijadikan arca awam.
Arca yang diberi tajuk ‘Wahdah’1997 telah dibina di perkarangan bangunan DBKL.
Malangnya arca tersebut telah dipindahkan ke Laman ASEAN tanpa pengetahuan
pengarcanya, lantas berlaku sedikit pengubahsuaian khususnya bahagian tapak
yang pada asalnya mempunyai gentian optik dan bercahaya tetapi kini digantikan
dengan simen hitam yang gelap. Dalam tahun yang sama Ramlan turut menghasilkan
beberapa arca awam di Kuala Lumpur
juga di luar Kuala Lumpur antaranya ‘Form and Dispersion’ (1997) arca awam ini dibina di Tasik KLCC,
arca ini seolah-olah terapaung di permukaan tasik, dengan bahan yang berchaya
dan lut sinar. Namun begitu arca tersebut juga telah dialihkan ke tempat yang tidak diketahui lokasinya.
Sementara itu arca ‘Form and Soul’ 1997, turut dibina oleh
Ramlan di Sheraton Perdana Hotel Langkawi.Terdapat juga sebuah arca berteraskan
huruf jawi yang diambil dari
perkataan Johor telah dihasilkan oleh Ramlan di Johor Baharu. Disebalik
kegemilangan mencipta arca awam Ramlan Abdullah juga terpalit dengan satu
kontroversi yang secara tidak langsung membuka mata masyarakat untuk
membicarakan soal arca di Malaysia.
‘Resurgence of
The South’ (Kebangkitan Selatan) 1997 sebuah arca yang dihadiahkan ke PBB telah
menjadi polemik individu yang tidak arif tentang arca, menyamakan arca
tersebut seperti sebuah rak CD
amat memeranjatkan bagi golongan arcawan di Malaysia. Perkembangan arca yang
sedang melonjak ketika itu khususnya kejayaan Ramlan menghasil beberapa arca
awam di luar maupun di bandaraya Kuala Lumpur tidak dipeduli oleh penulis
tersebut. Hikmah disebalik
peristiwa itu Ramlan dikenali oleh orang kebanyakan yang naif tentang arca. (Ramlan
Abdullah 2010)

‘Wahdah’ oleh Ramlan Abdullah.
Selain Ramlan , Petronas turut mentauliah Abdul
Lattif Mohidin untuk menghasilkan arca awam di perkarangan masuk bangunan
berkembar KLCC. ‘Kinetik I’ 1998 dan ‘Kinetik II’ 1998 merupakan sebua arca
yang harus dilihat secara bersama bersesuaian dengan konsep bangunan
‘berkembar’ itu sendiri.
Kinetik
I & II perlu dihayati bersama, kedua-duanya saling melengkapi antara satu
sama lain seperti menara KLCC yang dicantumi oleh jejantas udara yang
melambangkan kekuatan kesepakatan, konsep perpaduan yang merujuk kepada tenaga
visi kreatif dan pertumbuhan PETRONAS dan rakyat yang dinamik . Latiff
Mohidin,1998
Arca
‘Kinetik I’ dan ‘Kinetik II’ merupakan satu-satunya arca awam yang ‘bergerak’ di bandaraya Kuala
Lumpur. Pergerakan arca in menggunakan kuasa mekanikal yang dibina di dalam
bentuk arca tersebut. Sebuah arca lagi yang terdapat di Taman KLCC adalah hasil
karya arcawan Australia John Underwood, “Whale and Dolphin” 1997 menampilkan
susunan menarik dengan imej
seekor ikan paus setinggi 6meter
sedang menjulang badannya, di bahagian belakang kelihatan dua ekor dolphin kecil sedang beraksi melompat
dari permukaan air. Arca yang menampilkan unsur pergerakan ini mencipta
harmoni dengan persekitaran tasik
yang sentiasa dikunjungi pelbagai
manusia.
Pihak kerajaan turut berfungsi secara aktif
dalam menyemarakan pembinaan arca awam di Kuala Lumpur selain arca ‘Wahdah”1997 oleh Ramlan,
Mohamed Shahbudin Abdul Salam turut diminta untuk membina arca “Tunku Abdul Rahman” (1994) di Memorial
Tunku Abdul Rahman. Arca daripada bahan batu granit hitam tersebut telah
dihasilkan oleh beliau di Madras, India dan diterbangkan ke Malaysia. Hong Kong
and Shanghai Bank turut meminta Mohamed Shahbudin untuk membina arca untuk
diletakkan di hadapan ibu pejabat HSBC di jalan Leboh Ampang . “Lion” 1995
diperbuat dari bahan gangsa
menjadi ikon kepada HSBC. Dalam tahun 1997 Mohamed Shahbudin sekali lagi
diminta oleh kerajaan Malaysia untuk menghasilkan arca awam di dataran bangunan
KLSE. “Bull and bear” ,1997 sebuah arca awam berbentuk realistik, telah
menggunakan imej binatang sebagai ikon kepada kenaikan dan penurunan pasaran
saham. Menurut Mohamed Shahbuddin imej
binatang beruang dan seladang telah dipilih
sendiri oleh perdana Menteri ketika itu Tun Dr . Mahathir Mohamed .
Suatu
yang menarik untuk diperkatakan adalah peranan Perdana Menteri ketika itu, Tun
Dr. Mahathir yang punya pemikiran yang tajam dan kritis terhadap karya seni
termasuklah arca awam dan sering terlibat secara lansung sebagai pemimpin yang
memberi idea dan menginginkan arca awam wujud di sesebuah lokasi.
Ariffin
Mohd Ismail turut menghasilkan sebuah arca awam yang menarik setelah beliau memenangi pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak Planetrium Negara, arca “Time and Space” (1993) telah
dibina di kawasan taman berhampiran Planetrium Negara. Ini merupakan arca
beliau yang dibina di tahun-tahun 1990an selepas karya-karya arca awam yang terdahulu dirintis di awal tahun 1980an.
Sukan
Komenwelth 1998 di Kuala Lumpur
meninggalkan tanda yang dominan dalam dunia arca awam di Malaysia. Seorang
pengarca British Neil Auriol
Lawson Baker dengan kerjasama Ramlan Abdullah telah menghasilkan sebuah arca
‘Keris’ 1998 setinggi 41 kaki di hadapan Stadium Utama Bukit Jalil. ‘Keris’
menjadi simbol pemulangan maruah dan kuasa bangsa oleh penjajah kepada negara
Malaysia.
Public
Bank Berhad turut menyemarakan perkembangan arca awam di Kuala Lumpur, dengan
mengambil aspirasi Wawasan 2020 sebagai sandaran, mereka telah mengadakan
pertandingan untuk mencipta dan membina arca awam di Taman Wawasan Public Bank
di Jalan Hishamuddin. Hasilnya, tiga orang pengarca telah dipilih untuk membina
arca mereka dilokasi tersebut. Lee Kian Seng dengan arca “Vision 2020” (1993)
telah menampilkan sebuah karya minimilis menggunakan bentuk geometrik empat
segi tepat yang diulang, Ini mengingatkan karya arca awal beliau “Manusia dan
Persekitaran” (1973). Zakaria Awang salah seorang arcawan perintis turut
dipilih dan telah membina karya yang mempunyai tajuk yang sama dengan Lee Kian
Seng “Vision 2020” (1993) . Arca yang kuat dengan stail kubis memberi kekuatan
dari segi bentuk dan aspek formal bersesuaian dengan tema wawasan 2020 itu
sendiri. Raja Shahriman Raja
Azidin pengarca pelapis yang prolifik telah membina arca “vision 2020- growth
Equity”(1993). Karya yang menggunakan simbol anak benih yang tumbuh keatas
memperlihatkan kekuatan bentuk yang diolah dengan gaya abstrak ekspresionis.
Raja Shahriman membawa pemikiran arcawan muda yang bergerak pantas dan aggresif , bentukkan arca beliau
kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan karya oleh Lee Kian Seng dan Zakaria
Awang. Disamping itu terdapat 3 arca Raja Shariman yang dihasilkan di negeri
Perak. Dua darinya diletakkan di
hadapan bangunan Setiausaha Kerjaaan Negeri dan satu terletak di Komplek
Sejarah Pasir Salak. Ketiga-tiga arca tersebut dihasilkan dalam tahun 1990an.
 |
Arca oleh Raja Shahriman Raja Aziddin di lokasi Taman Wawasan Publik Bank. |
Memang
tidak dapat disangkal dunia seni arca awam di Kuala Lumpur berkembang pesat di tahun 1990an,
momentum tersebut diteruskan menjelang alaf baru- abad ke 21. Balai Seni Lukis Negara
mengorak langkah dengan menganjurkan satu pertandingan mencipta dan membina
arca awam. Hasil dari pertandingan tersebut, sebanyak 5 buah arca awam telah
dibina di persekitaran bangunan Balai Seni Lukis Negara. “Unity and Diversity”(
2000) oleh Ramlan Abdullah, beliau masih mengkekalkan bentuk karya berstruktur. Menggunakan batang besi
tahan karat yang pelbagai ukuran, arca dikonstruk menjadi bentukan berimej
keris. Karya ini diletakkan dihadapan pintu masuk ke pejabat pentadbiran. Mohd Faizal
Ramli seorang arcawan muda telah menghasilkan arca yang diperbuat dari kayu
cengal. “Berat Mata Memandang” (2000) sebuah arca yang mengambil pendekatan
ukiran Melayu tetapi dibina dengan pemahaman teori barat. Konsep binaan rumah
Melayu jelas kelihatan dengan teknik tangam dan pasak malahan penggunaan kayu cengal yang bersaiz besar mampu
memberi impak dalam konteks arca
awam. Karya beliau diletakkan sebagai gerbang dipintu masuk bahagian belakang
ruang utama di Balai Seni Lukis Negara. Aznan Omar seorang lahi arcawan muda
turut terpilih untuk menghasilkan arca awam di BSLN. Karya beliau “One
Drop”(2000) terbentuk dari anyaman kabel tahan yang menyerupai seperti titisan air yang akan jatuh ke
permukaan melengkung yang sedia menunggu di bahagian bawah. Terletak dilokasi
tingkat satu bahagian belakang BSLN, arca “one drop” kelihatan gagah
tergantung sambil menerima
kunjungan khayalak. Tidak
ketinggalan didalam pertandingan tersebut pihak urusetia telah memilih arcawan
wanita berbangsa cina, Wong Pey Yu lulusan MIA. Beliau telah membina Arca “to
be or not to be- Standing Egg”. Mengambil pepatah Melayu bagai telur dihujung
tanduk menjadikan arca ini menarik dari segi bentuknya. Malahan kebanyakan pamplet atau brousher yang dikeluarkan untuk memperkenalkan BSLN pasti imej
arca “to be or not to be- Standing Egg”. sering digunakan. Seorang lagi
pengarca berbangsa cina turut menghasilkan arcanya, iaitu Chan Wan Kee. Arca
“Harmony and Unity”(2000) di letakkan di pinggir hadapan Balai Seni Lukis
Negara. Beliau menggunakan bahan Mild
Steel dan diwarnakan dengan
warna kontras jingga kemerahan. Kelima-lima karya arca awam yang dihasilkan
dari pertandingan ini memberi impak nilai tambah kepada perkembangan arca awam
di Kuala Lumpur dan Negara. Pengiktrafan oleh kerajaan melalui Balai Seni Lukis
negara memberi dimensi segar khususnya kepada pengarca dan masyarakat yang
kurang pengetahuan dan pengamatan tentang arca awam.
Seni
arca awam merupakan cabang seni yang berperanan besar dalam kesempurnaan
pembinaan satu-satu lanskap/habitat masyarakat awam. Dengan ini Balai Seni
Lukis negara bertanggungjawab dalam memupuk pemahaman dan apresiasi tentang
cabang seni ini melalui aktiviti pertandingan dan pameran seni arca awam
sebegini yang julung kali diadakan di Malaysia oleh pengkarya Malaysia untuk
diabadikan di Balai Seni Lukis Negara.
Kesedaran tentang peranan sesebuah
arca awam dalam menambahnilai sesuatu lokasi maupun pihak pembinanya turut berlaku di persekitaran Masjid
Negara. Yayasan Bukahary yang diasaskan oleh jutawan terkenal Tan Sri Bukhary
telah dipertanggunjawabkan untuk mengindah persekitarannya. Terdapat 3 arca awam telah dibina di kawasan tersebut. 2 arca yang
menggunakan imej tulisan khat
telah dibina, dan sebuah arca yang mempunyai pancutan air bertingkat turut
dibina di tengah-tengah taman tersebut. Walaupun ketiga-tiga bentuk arca
ini bukanya dihasilkan oleh
pengarca namun kewujudannya menepati ciri-ciri arca awam dalam kajian ringkas
ini. Kewujudan arca di Masjid Negara ini penting sebagai penyokong kepada perkembangan arca yang satu ketika
dikatakan larangan agama adalah satu halangan. Arca
seumpama ini turut dapat dilihat di persekitaran Jeddah dan Madinah di Arab
Saudi.
Di alaf
baru ini Malaysia melihat
kehadiran seorang arkitek yang menghasilkan arca awam. Mutalib Musa telah
mencabar dirinya untuk meneroka bidang arca yang dikatakan tidak banyak berbeza dengan disiplin senibina.
Berbekalkan pengetahun dan kemahiran ‘autocad’ yang sering digunakan dalam
menyiapkan kerja-kerja senibinanya, Mutalib telah mengaplikasikan kemahiran
tersebut ke dalam rekaan arca. Hasilnya amat menakjubkan, dengan menggunakan
teknik potongan laser kepingan logam
terbentuk dalam corak dan rekaan yang dikehendaki. Karya “The Breeze”
(2004), “The Wave”(2006), “Swell”(2006), “Patience”(2007), “Bloom
Series”(2007), dan “Involute Series”(2007) merupakan karya arca awam beliau dibeberap lokasi strtegik
di sekitar Kuala Lumpur. Pengarca muda ini dengan pantas diterima selaku contoh generasi muda di alaf baru yang inovatif dalam berkarya. Malahan Mutalib Musa
turut diminta untuk membina arca awamnya di Putrajaya juga di beberapa negara
seperti Japan, China, Australia dan Singapura.

Salah
satu arca oeh Mutalib Musa ‘Patience’ di Prince Court Medical Center
Sememangnya
diakui untuk memberi kesedaran yang lebih kepada masyarakat perihal arca awam,
suatu pendekatan yang bijak harus dilakukan. Antara pendekatan itu
adalah menghasilkan arca awam yang boleh diletakkan di ruang dinding
kerana ianya lebih hampir dengan disiplin yang telah popolur awal iaitu
disiplin catan Aznan Omar, 2010.
Selain itu penggunaan ruang dinding merupakan satu lokasi yang mudah di
sesuaikan dengan pelbagai arca awam, terutamanya yang bersifat timbulan.
Kehadiran Raja Azhar Idris dengan
arca dindingnya memberi suatu sisi yang inovatif dalam dunia arca awam
di
Kuala Lumpur. Jika Mutalib Musa
mempunyai kelainan dari segi teknik, Raja Azhar pula berinovasi dengan bahan
kaca dengan teknik tersendiri. Pendekatan sedemikian dilihat sesuatu yang baru
dalam dunia arca awam di Malaysia. Karya “Naungan” (2000) dan “Ceria dan Sihat”
(2008) memperlihatkan kemahiran pengarca mengolah bahan kaca dalam bentuk timbulan yang menarik. Penuh berwarna
warni serta mempunyai imej-imej yang tertentu karya arca awam oleh Raja Azhar
ini memberi cita rasa yang indah. Tambahan pula bahan kaca yang sentiasa
berkilat dan bersinar memberi kesan elegan dan amat bersesuaian dengan era
terkini.
Penghujung
tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah
syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca terkenal Ramlan
Abdullah untuk membina arcanya di
perkarangan bangunan baru mereka di kawasan KL Senteral. “Prisms by Axiata” 2010
menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang tertinggi setakat
ini di Malaysia. Menjadi ikon
terbaru Axiata dan Bandaraya Kuala Lumpur.
 |
Arca Axiata by Prisma, 2010, oleh Ramlan Abdullah |
Selepas 13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh
Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca
oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank untuk menjadi teman kepada arca ‘keris’. Dengan tajuk ‘Segerak- One Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah
membawa inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.
Arca Segerak ‘One
Movement, 1Malaysia’, oleh Yusof Ghani
di Menara Maybank
Dalam tahun ini juga dua buah arca telah
dibina di Jalan Brickfield
Bangsar, Arca Dancer ini telah dihasilkan oleh sebuah syarikat yang dinamakan
Sculptureatwork. Dengan mengambil intipati tarian Baharatanatyam arca tersebut dibina dengan pendekatan figura
kubis. Terdapat dua bentuk arcanya yang mewakili penari lelaki dan penari
wanita. Terkini dalam tahun 2011 Muthalib Musa telah membina sebuah arca di
Taman K Sentral, Kuala Lumpur. Arca yang diberi nama daripada benih
Arca oleh Muthalib Musa,2011
Salah satu arca yang terdapat di little India, Bangsar.
SEPINTAS
LALU ARCA AWAM DI LUAR KUALA LUMPUR.
Selain Kuala Lumpur, arca awam turut
berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia, antaranya disekitar Lembah Kelang
seperti Kelang, S.Alam dan Petaling Jaya. Arca-arca yang ditangani oleh seniman
seperti Alayahram Khalid Yusof , Nor Hanem, Rosli Zakaria, Ramlan Abdullah, Mohmed
Shahbudin dan Mutalib Musa berada disekitar lokasi yang disebutkan di atas.
Arca
awam di Pulau Pinang bergerak dengan
program Penang Sculpture Trail merupakan program yang diilhamkan dari projek
Tachikawa Art Map di Jepun dalam lingkungan tahun 1992- 1994. Idea tersebut telah
dibawa oleh Hitori Nakayama ke
Pulau Pinang. Dengan kerjasama dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Penang
Museum & Art Gallery dan Friends of Penang Earth Group projek tersebut
telah mula berjalan. Hasilnya
wujud arca ‘Under a Penang Sky’2009
oleh Kikuchi Mitsuo. Manakala Hitori Nakayama telah menghasilkan
‘celeberation of blue Sky’ 2008, dan diletakkan di Persiaran Teluk Nautilus
Jelutong, Bandar Sri Pinang.
Seorang lagi artis jepun adalah Katsumi Mukai dengan arca yang mengkagumkan
menggunakan pokok Jati yang telah ditebang dan dijadikan arca ‘The Wind of
Penang” 2005.
Arca oleh Katsumi Mukai di Pulau Pinang
Konsep dataran yang
dipelopori di tahun 1990an antara yang menjadi lokasi menarik di setiap daerah dan negeri. Negeri
Johor telah melaksanakan konsep ini. Beberapa dataran yang dibina telah
diperkukuh dengan meletakkan arca awam
seperti arca di Dataran Batu Pahat, Dataran Sungai Rengit dan Taman Arca
Bandar Penawar. Di Bandaraya Johor Bahru berhampiran persiaran Segget terdapat
sebuah arca oleh Ramlan Abdullah
yang menggunakan imej tulisan jawi ‘johor’. Arca yang berbentuk semi abstrak
ini menjadi satu-satunya arca moden di Johor Baharu.
Sebuah arca yang terdapat di Dataran
Batu Pahat
Arca ‘Keris’ di Taman Arca Bandar
Penawar.
Beberapa buah arca awam turut dibina di Negeri
Melaka khususnya di kendalikan oleh kerajaan tempatan sekitar tahun 2001. Arca
tersebut dibina di Daerah Jasin, Daerah Alor Gajah dan Daerah Melaka Tengah.
Namun begitu kualiti sebagai sebuah arca masih boleh dipersoalkan terutama dari
segai konsep dan rekaan serta teknik dan bahan . Arac keris di Dataran Alor Gajah kini menjadi ikon daerah
Alor Gajah. UiTM Lendu dalam daerah Alor Gajah turut membina sebuah arca yang
diberi nama arca MIM di Dataran Pentadbiran. Arca yang turut mengunakan imej
keris dan huruf jawi ‘mim’ telah diolah dalam stail semi abstrak. Arca ini
dibina menggunakan bahan kepingan
besi pada tahun 2007 diketuai oleh Rosli Zakaria dan pengarca lain seperti
Baharim Samuri, Mohd Shahruddin Supah, dan Azahari Khalip.
 |
Arca ‘MiM’ di UiTM Melaka. |
Di beberapa negeri lain turut memperlihatkan
perkembangan arca awam berlaku khususnya di tahun 1990an dan tahun 2000. Di
negeri Perak, Raja Shahriman dan Ariffin Mohd Ismail masing-masing menghasilkan arca di sekitar bandar Ipoh dan
kompleks Pasir Salak. Yeo Jing Ling menggunakan bahan tinggalan sejarah iaitu
bahagian-bahagian kapal korek untuk membina arcanya. Sementara itu dalam tahun
2010 Sekumpulan pengarca yang diketuai oleh Aznan Omar dan rakan seperti,
Paiman, Syed Alwi, Mohd Daud Rahim, Azian Tahir, Hamidi Abd. Hadi, Mahizan
Hijaz Mohammad, Izaddin Matrahah, Mohd Hafiz Yahya telah
menghasilkan ‘arca minda’ , sebuah
arca yang mempunyai konsep menarik di bangun baru di UiTM Kampus Seri Iskandar.
Arca ‘Minda’ di UiTM Seri Iskandar
Langkawi mampu membawa pengarca Ramalan
Abdullah dan Mohammed Shahbuddin Salam membina arca di beberapa lokasi seperti
Sherton Hotel dan lapangan terbang Mat Sirat. Malahan terdapat sebuah arca
daripada batu yang dihasilkan oleh pengarca dari Mozambique di hadapan Galeria
Perdana yang mengumpulkan khazanah Tun Mahathir.
Sebuah arca yang
diperbuat daripada batu terdapat di hadapan Galeria Perdana, Langkawi.
Di bahagian timur Malaysia seperti Pahang,
Terangganu dan Kelantan turut mempunyai arca awamnya tersendiri seperti di pekan Termeloh dengan arca ikan
Patin. Di KualaTrengganu Arca replica batu bersurat dan Khat ‘Allah’ dari Bukit
Besar amat mengkagumkan, diletakkan dilokasi yang amat bertepatan lantas ianya
mampu memberi nilai estetika yang punya roh keislaman.
Arca Ikan Patin di Temerloh,Pahang
RUMUSAN
Ketandusan yang
dilaporkan dalam penulisan T.K Sabapathy, Piyadasa dan Sulaiman Esa awal tahun
1970an tentang seni arca, dengan pantas dijawab oleh seniman arca di Malaysia sekaligus
menyemarakkan perkembangannya di tahun-tahun 1980an membawa kepada kegemilangan
arca di Malaysia di tahun 1990an hinggalah kini. Situasi sedemikain
membawa bersama satu lagi disiplin
arca yang hampir tidak dikuasai oleh seniman tempatan mulai tahun 1960an dan
1970an iaitu arca awam. Perkembangannya disimpulkan bermula di zaman penjajah yang
menampilkan pengarca penjajah itu sendiri yang menghasilkan arca-arca memuji
bangsa mereka sendiri. Arca ‘Frank Swethnam’, ‘Francis Light’, ‘Stamford
raffles’, ‘Robert Walker’, ‘King Edward’ menjadi bukti penjajah bijak
memanupulasikan arca awam demi kepentingan bangsa mereka. Sehingga kini arca
awam tersebut kekal ( salah satu sifat arca awam) di lokasi-lokasi tertentu,
tetapi kini membawa persepsi yang berbeza dengan kehendak pengkaryanya dahulu,
arca-arca tersebut sebagai satu simbol dan tanda sejarah Malaysia pernah
dijajah. Kemunculan seniman arca lewat 1970an dan 1980an memberi nafas baru dalam displin arca awam
tempatan. Dilandaskan dari Kongres Kebudayaan 1971 diikuti Seminar Akar-Akar
Pribumi 1979 , pengarca seperti Ariffin Mohd Ismail , Zakaria Awang, Syed Ahmad
Jamal , Lattif Mohidin dan Mohamed Shahbuddin Abdul Salam mengorak langkah
mewarani lanskap negara dengan rekaan arca awam mereka. Kehadiran tahun 1990an
dan alaf baru menyaksikan pengarca genarasi kedua seperti Ramlan Abdullah, Raja
Shahriman memacu terus
kegemilangan arca awam di
Malaysia. Momentum in diteruskan dengan karya-karya daripada Mohd Faizal Ramli,
Rosli Zakaria, Aznan Omar, Wong Pek Yu dan Mutalib Musa. Malahan yang amat
membanggakan di Alaf Baru ini kehadiran seniman dari disiplin lain yang sama-sama memeriahkan dunia
arca awam. Yusof Gani seorang ‘painter’, Mutalib Musa seorang arkitek, Raja Azhar (sebelum in terkenal sebagai
‘painter’ dan ‘print maker’) masing-masing menyumbang dalam kemeriahan arca
awam di Malaysia.
Beberapa faktor dikenalpasti kepada penyumbang
kewujudan arca awam di Malaysia . Pertama arca awam dihasilkan atas dasar penajaan dari kerajaan dan swasta. Contohnya 3 arca di Taman Wawasan Publik
Bank dan arca ‘wahdah’1997 di Laman
ASEAN. Bagi pihak swasta ,
menaja seorang pengarca untuk menghasilkan arca awam sudah tentu melihat dalam
konteks sejauh mana arca tersebut memberi pulangan dari segi pengukuhan imej
syarikat mereka. Contoh yang ketara arca-arca yang terdapat di Menara Maybank
dan Maybank Etiqa di Bangsar. Kedua adalah faktor pertandingan. Terdapat antara arca awam yang terhasil
dari pertandingan oleh pihak-phak tertentu. Contoh arca di perkarangan Balai
Seni Lukis Negara, Planetrium Negara, Menara ING dan bangunan KUAWASA. Ketiga
adalah atas faktor, aktiviti memperkasa kesenian itu sendiri. Contoh yang
paling jelas adalah Simposium Arca ASEAN dan Penang Sulpture Trail.
Dalam
kajian ringkas ini beberapa kelemahan dikenalpasti dan memerlukan tindakan dan
penambahbaikan bagi menjadikan arca awam ini terus berkembang dan mampu menjadi simbol budaya negara. Pertama
persoalan reka bentuk arca yang dihasilkan dan diselengara oleh kerajaan tempatan tidak direka oleh pengarca atau mereka
yang mempunyai ‘autoriti seni’ lantas hasil arca awam tersebut hilang nilai
estetika yang sepatutnya malahan ianya gagal menyampaikan sesuatu maksud kepada
khayalak atau maksud yang disampaikan hanya secara luaran semata-mata. Maka
arca-arca yang dihasilkan lebih banyak bercirikan replika. Dicadangkan
pihak-pihak yang berkaitan harus mempunyai satu panel yang mengandungi ahlinya dikalangan yang pakar dalam
bidang arca , bukan semestinya pengarca tetapi meraka yang faham tentang arca.
Kedua kelemahan penyelenggaraan selepas sesebuah arca tersebut diletakkan
dilokasi. Didapati banyak terdapat arca khususnya yang menggunakan elemen
pancutan air sebagai elemen tambahan tidak diselenggara dengan sepatutnya maka
ini mencacatkan keseluruhan penampilan
arca tersebut. Adalah lebih baik sekiranya arca tersebut berdiri sendiri tanpa
elemen tambahan seperti pancutan air tersebut. Arca yang berwarna harus
sentiasa di warnakan semula demi menjaga kesegarannya. Arca ‘To be or not to
be’ merupakan contoh yang menarik dalam hal ini. Terdapat juga arca yang terdedah
dengan vandalisme seperti yang
berlaku kepada arca Ramlan Abdullah di Johor . Pihak yang bertanggungjawab
harus peka bagi mengatasi masalah ini. Perkara sedemikan turut berlaku di
negara lain , satu contoh sebuah arca di Australia ‘Birth of Venus’ oleh Antone Bruinsma telah diwarnakan
dengan warna merah jambu dibahagian tertentu oleh pihak tidak bertanggungjawab
dan telah mengundang kontervesi
bagi masyarakat Brisbane. Untuk menangani masalah penyelanggaraan ini
dicadangkan pihak yang bertanggungjawab mengwujudkan unit khas memantau dan
mengenalpasti apa jua kelemahan fizikal yang dialami oleh setiap arca awam yang
telah dibina. Kita tidak mahu peristiwa arca ‘Lunar Peak’ berulang kembali,
dimana antara alasan pengubahansuaian tanpa pengetahuan pengarca ialah kerana
untuk memudahkan penyelengaraannya.
“But
Lunar Peaks (1985) in Jalan Bandar was willfully vandalized by Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur, the very city godfather whose sacred duty it is to preserve,
safeguard and maintain it after the previous”owenr” UMBC, bequeathed the work
in November 1986 to the nation.”
Kelemahan ketiga yang dikenal pasti adalah berkaitan label atau informasi
yang tidak diletakkan di sesebuah arca awam yang dibina. Setiap label dan
informasi yang dituliskan menjadi panduan untuk khaylak untuk mengetahui dan
memahami perihal arca yang dibina.
Kelemahan ini amat ketara berlaku kepada arca awam yang dibina di luar dari
Kuala Lumpur. Sesuatu yang tidak
patut berlaku adalah kesalahan meletakkan label di arca tertentu. Dalam kes
ini, arca awam yang terletak di Taman Wawasan Publik Bank menjadi contoh yang
paling jelas iaitu nama pengarca
Raja Shahriman di letakan di arca Zakaria Awang dan sebaliknya Arca Raja Shariman diletakkan nama
Zakaria Awang. Agak lama perkara ini berlaku namun sehingga kini masih belum
diperbetulkan. Suatu yang menarik boleh dijadikan panduan pihak tertentu di
Malaysia iaitu ketika penulis menghadiri Simposium Arca di Luar Negara, sebelum
sesebuah arca yang dihasilkan diletakkan di tempat yang ditentukan, pihak
penganjur telah mendapatkan pengesahan butiran apa yang hendak ditulis sebagai
label. Mereka menyiapkan terlebih dahulu label tersebut dan menunjukkan kepada
pengarca untuk memastikan tiada
apa-apa kesalahan
dan
akhirnya akan diletakkan di setiap arca awam yang siap diletakkan di atas
tapaknya.
Dapat
disimpulkan perkembangan arca awam
di Malaysia mempunyai fasa yang ringkas dan muda. Fasa pengenalan – era
penjajah dan awal kemerdekaan , Fasa Permulaan era 1980an sehingga 1990 dan fasa penstabilan era 1990an hingga kini. Malaysia masih menunggu
fasa kegemilangan dan keterbilangan bilamana arca awam memenuhi ratusan ruang
yang masih kosong, lantas ketika itu masyarakat lokal maupun global melihat
cerimanan budaya melalui arca awam –arca awam yang berada di sekeliling mereka.
Maka ketika
itu nanti kita tidak akan berasa hairan bagaimana GSA
mampu meningkatkan kewujudan arca
awam di Amerika Syarikat, dalam tempoh 2 era yang berbeza 1962-1966 dan 1973
-1978 sebanyak 136 karya arca awam terbina punya kualiti dan nilai yang tinggi.
Itu dulu, kini di USA bagaimana?,
mungkin arca
yang punya nama timangan ‘The Bean’ (2004-2006) oleh Anis Kapoor mampu memberi indikator keadaan arca
awam di sana.
RUJUKAN
Anwar
Din, 2008, Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Bangi: UKM.
Atkins, Robert.
1990. Art Speak: A Guide to
Contemporary Ideas, Movements,
and Buzzwords. New York, NY: Abbeville Publishers.
Baha Zain. 1999. Tradisi
dan kemodenan: nasi campur dalam kebudayaan
Malaysia. Ipoh: Yayasan Kesenian Perak.
Baharudin Arus. 1996. Katlog
Pameran Seni Arca Konteporari Malaysia:
Persoalan Tradisi dan Kemodenan.
Kuala lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
Baharuddin Arus. 1999. Seni arca dalam
konteks tradisi dan moden: implikasi
dalam masyarakat. Ipoh: Yayasan Kesenian Perak.
John.T.Young.
1999. Contemporary Public Art in China. London: University
of Washington.
Laura Fan. 1996. A long road ahead Asia-Pacific Sculpture
News, Volume 2
Number 3 Summer 1996.
Mel.G. 1998. Public:
Art: Space. London: Merrell
Holberton.
Mohamed Ali Abdul Rahman. 2000. Modern Malaysian art : manifestation of
Malay form and content. Shah
Alam: Universiti Teknologi Mara.
Muliyadi Mahamood. 2001. Seni Lukis Moden Malaysia- Era Perintis Hingga
Era Pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Muliyadi
Mahamood. 1995. Seni Lukis dalam Peristiwa. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Redstone Louis.G. 1981. Public Art New
Directions. USA: McGraw-Hill.
Redza Piyadasa. 2000. Rupa Malaysia: Meninjau Seni Lukis Moden
Malaysia.
Kuala Lumpur:
Balai Seni Lukis Negara Malaysia.
Redza Piyadasa, Sulaiman Esa.1972. Towards
a Mystical Reality: A
Documentation of Jointly Initiated
Experienced by Redza Piyadasa and
Suleiman Esa’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Susanne K.Langer. 1957. Reflection On Art. USA: Baltimore. Com. Inc.
Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa Dan
Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tengku Sabri Ibrahim. 2009. Tanpa Tajuk ; Cerita-cerita Seni Rupa.
Kuala
Lumpur: Tinta Publisher.
Tom.A, Wayne.C,Norman.F.,
Babara.H., David.R. 1976. 200 Years Of
American Sculpture. New
York : David R. Publisher.
T.K.Sabapathy. 1976. A View Of Modern
Sculpture In
Malaysia, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis negara.
T.K.Sabapathy. 1978. Piyadasa. Kuala Lumpur: Archipelago
Publisher.
W.J Strachan. 1984. Open Air Sculpture in Britin – A
Comprehensive Guide.
Thames & Hudson. London.
1987. Katalog Pameran Seni Lukis Malaysia- The collection of The Six Greatly
Enrich The
Number of Public Sculpture in Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:
Balai Seni Lukis Negara.
1987. The Collection of The Six Greatly Enrich the Number of Public Sculptures
in Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
1987.
Fifth ASEAN Square Sculpture Symposium. Kuala
Lumpur: Balai Seni Lukis Negara
Seorang
pengarca , presiden persatuan Pengarca China, Profesor tamu Universiti Nanjing,
Penasihat pakar bagi perbandaran Bejing dan menjadi pensyarah jemputan di pelbagai institut di China.
‘Towards
a Mystical Reality’ (1972)