Monday, April 19, 2010

arca dulu-dulu 1993-1994

Strengt of Hue,Vietnam, 2004,Black Granit




Satu Malaysia, SMK Seri Pengkalan, Melaka,2010






Nature Vs Technology,1996,Langkawi






Pembalak Haram,1992


Saturday, April 17, 2010

Siri topeng Saari




Aku diberi kesempatan oleh sahabat lama untuk menulis sesuatu dalam katalog pamerannya di Sabah. Aku turunkan di bawah ni :

DARI TOPENG TRADISI KE TOPENG BESI

SATU

Setelah hampir 12 tahun, tiba-tiba satu pagi dibulan oktober (tarikhnya aku lupa) telefon aku dipenuhi satu suara yang agak asing dari telinga aku. Selanga bahasanya agak berlainan, puas aku cuba mengingati siapa empunya suara namun gagal, aku masih kurang berkeyakinan apabila suara itu memperkenalkan dirinya… dia pernah mengenali aku malahan junior ketika menuntut di Shah Alam. pernah berkarya di bengkel aku di Kota Tinggi, akhirnya aku begitu yakin suara itu memang sahabat aku Saari Salleh.

Seorang guru, seorang pengarca, bertubuh kecil namun mampu mengolah besi dan kayu menjadi arca, malahan aku yakin kesenimanannya telah melahirkan ramai insan-insan pelajar yang mampu mengingati ilmu titik ,garis, bentuk dan nahu-nahu visual yang diajarnya.

DUA

Sesorang tidak boleh melawat sebuah galeri kontemporari tanpa membawa pengalaman yang selari dengan karya-karya yang dipamerkan didalam galeri tersebut. (Wartenberg. 2007) Kenyataan yang sedemikian harus mengundang sedikit rasa takut bagi sesorang yang ingin membuat aprisasi sesuatu karya yang asing bagi diri mereka. Lantaran itu aku agak ragu-ragu bila diminta oleh Saari untuk menulis dan mengulas tentang karya-karya terbarunya. Dengan sedikit maklumat yang di emailkan, berupa gambar-gambar Jpg. karya arca dan catannya. Aku cuba melihat ,meneliti dan mengamati arca yang sifatnya 3 dimensi tetapi dalam perpesketif 2 dimensi, suasana ini sudah cukup untuk membataskan pemahaman aku tentang karya Saari.

‘Sculpture is an art form which deals directly with real space’ (Ragans 2001),maka jika diambil kira kenyataan Ragans , untuk mengamati sesebuah arca juga harus berada bersama arca tersebut dalam ruang yang nyata demi mendapatkan ‘sense of touch’,

Karya arca harus disentuh dan dihidu baunya, ‘sense of touching’ menjadi parameter untuk menilai sesebuah arca, lalu karya-karya terbaru Saari tidak dapat ku sentuh dengan deria sentuhan ku, menyebabkan aku kehilangan sedikit nikmat 3dimensi yang membataskan tulisan ini.

TIGA

Seperti yang sering dijelaskan oleh sejarawan seni Malaysia ‘Arca’ merupakan suatu istilah barat yang amat baru memasuki dunia seni rupa Malaysia.(Tengku Sabri 1994) Istilah Arca yang di terjemahkan secara terus dari perkataan Sculpture menjadi satu garis pemisah dalam kesenian Melayu. Sedangkan menurut Siti Zainon (1986) telah wujud warisan awal yang dapat dikesan sebagai seni rupa melayu yang bersifat tiga dimensi antaranya bentuk tembikar Neolitik dan batu tanda, ukiran kayu masyarakat Negrito, Mahmeri, Jah Hut, Deutro, Iban, Bidayuh dan Kadazan. Malahan Seniman Negara Syed Ahmad Jamal ( 1992) telah menjelaskan dalam bukunya Rupa dan Jiwa perihal Batu Pedang, Batu Sudu dan Batu Kemudi yang ditemui di Pengkalan Kempas adalah satu hasilan yang unik dan menarik yang boleh dikategorikan sebagai arca tradisional Melayu. Namun begitu Arca sebagai satu istilah moden juga harus diterima sebagai satu titik mula perkembangan seni moden bagi bentuk seni rupa 3 dimensi alam Melayu. Harus diakui kerja-kerja seni arca yang dikatakan semasa sebenarnya sudahpun diasaskan oleh masyarakat peribumi di Negara kita. Dalam konteks ini ramai pengarca Malaysia kini tampil dengan arca-arca Moden berbau tradisi . Saari adalah salah seorang darinya.

EMPAT

Karya-karya terkini Saari banyak bergerak dari pengamatan yang mendalam kepada kewujudan arca-arca tradisional tadi. Topeng-topeng yang digunakan oleh masyarakat Kenyah, Bidayuh dan Dayak ketika proses memulakan tanaman padi sehinggalah pesta menuai padi. Dalam masyarakat tradisi tersebut, penggunaan topeng lebih terarah kepada persoalan semangat dan kepercayaan animisme. Namun sebagai seorang pengarca Saari menggunakan deria lihat, deria rasa dan deria sentuh untuk mengolah dan mentasfir topeng-topeng tradisi kepada topeng-topeng besi kontemporari. Kepakaran Saari dalam mengendalikan bahan besi serta bahan jumpaan tidak dapat dinafikan, semenjak mengenal beliau lewat karya-karya yang terdahulu Saari sememangnya gemar menggunakan bahan besi serta bahan campuran. Karya-karya awal dengan siri ikan amat mengkagumkan terutamanya bila berbicara soal teknik dan bahan yang digunakan. Karya-karya dalam siri ikan itu mendatangkan kesan penuh dramatik apabila disusun atur bersama lukisan beliau yang bersakala besar, apatah lagi ianya menjadi pameran tetap di kediaman artis tersohor Raja Azhar Idris (salah satu karya beliau yang saya temui). Merujuk kembali kepada karya-karya terkini Saari, arca dinding yang bermain dengan imej-imej topeng kelihatan amat menarik dan wujud unsur-unsur surelis didalamnya. Pemilihan serta pengolahan bahan yang teliti dapat dirasai dalam karya-karya beliau, sedikit rasa humor dan kejenakaan wujud apabila melihat untuk pertama kalinya karya topeng Saari. Bahan besi yang dikilatkan meninggalkan kesan warna semulajadi sekaligus menyelerahkan karektor bahan itu sendiri. Kegemaran Saari menggunakan bahagian-bahagian dalam mesin atau enjin jelas kelihatan dengan mata dan hidung topeng-topeng besinya wujud bahan-bahan tersebut.

Tidak seperti mana seri topeng oleh Yusuf Gani yang ingin membicarakan soal penyamaran,penipuan dan kepura-puraan dalam karya-karya beliau, Saari turut tampil dengan karya-karya catan yang bersekala besar Ritual Mask ii (Planting Festival), namun bicara Saari masih berlegar tentang ritual. Kekuatan ‘formal aspect’ Saari turut ketara dalam karya-karya catan beliau, mainan garisan bagai susunan besi-besi dalam arca beliau, warna-warna yang gelap dan suram seolah-olah warna-warna semulajadi besi yang dikilatkan , manakala tektura-tektura yang wujud dalam karya catannya bukan hanya memberi rasa kepada karya catannya malahan itulah reperesentasi kesan-kesan kimpalan di dalam arca-arcanya. Saya menyimpulkan karya-karya catan Saari sebagai satu luahan rasa kegembiraan seorang pengarca yang berjaya menguasi dunia 3 dimensi yang ingin dikongsi bersama penghayatnya dalam bentukan 2dimensi.

KESIMPULAN

Seperti yang dijelaskan di awal tadi memerhati dan meneliti secara 2 dimensi karya-karya Arca Saari sememangnya tidak mendapat kepuasan untuk memperkatakannya maka tulisan ini tidaklah bersifat ‘3D’, saya hanya cuba membayangkan lebih dari yang dilihat, tambahan pula gambar-gambar JPGE yang diterima dalam saiz yang kecil, tak puas untuk menatapnya. Saya yakin (seperti yang telah dibincangkan bersama beliau) Saari perlu menawan deria lihat dan deria sentuh peminat-peminat seni di Kuala Lumpur, lantaran itu rancangan untuk mengadakan pameran bersama beliau di tahun 2010 memberi bermacam kemungkinan untuk saya lebih menikmati dan merasai arca-arca yang penuh kejutan dari Saari. Apa yang pasti, sebagai seorang guru Saari telah membuktikan kepada pelajar-pelajarnya ‘art’ itu bukan hanya harus diperkatakan semata-mata tetapi ianya harus diterjemahkan dalam bentuk karya yang wujud secara praktikalnya.

Syabas cikgu Saari anda telah membuktikannya.

Ditulis Oleh

Rosli Zakaria

Pensyarah kanan

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

UiTM, Kampus Alor Gajah Melaka.

BIBILOGRAFI

Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, UKM, Bangi (2008)

Baharudin Md Arus, 1996. Katlog Pameran Seni Arca: Persoalan Tradisi dan

Pemodenan. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Ismail Zain, 1980, Seni dan Imajan, Kuala Lumpur: Muzium Seni Negara

Malaysia

Mencari Imej Malaysia Dialog Sastera, Seni Rupa, Seni Bina,Yayasan Kesenian Perak.(1998)

Ragans.R, 2000, Art Talk, USA: Glencoe/McGraw-Hill

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa, Dewan Bahasa Dan Pustaka. K.L

T.K.Sabapathy, 1976, Katlog pameran, A View Of Modern Sculpture In Malaysia,

Kuala Lumpur: National Art Gallery.

Tuesday, April 13, 2010

Title : Malaysian Peace and Harmony
Material : Alminum, metal, glass
Year : 2004
Locatian : Wisma Putra , Putrajaya.
Title : Harmony in Meeting room
Material : Metal ,glass,computer chip
Year : 2002
Location : Meeting Room, Putrajaya.
Title : Malaysian Family Harmoni
Material : Wire,Plywood, acrylic
Year : 1995
Title : Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ...Vision 2020
Material: Wood -construct and carving
Year : 1994


Thursday, September 24, 2009

Raya...buku..dan aku

Syawal ke 4, Aku sempat menyiapkan beberapa muka buku yang sedang aku tulis, sepanjang raya tiada apa-apa yang menarik, namun fikiran sentiasa mencari sesuatu yang boleh dijadikan bahan untuk berkarya.

DiKg Bukit Lintang, aku berjumpa dengan sesuatu yang menakjubkan. Ilmu walaupun kecil tetapi ianya menjadi besar bagai sesorang individu yang tidak mengetahuinya sebelum dia menemui ilmu tersebut.
Beberapa koleksi buku Alayarham Hj Hassan Hashim membuat aku teruja untuk membacanya. Malahan keluarga Alyaraham membenarkan aku membawa pulang buku-buku tersebut....terfikir satu siri baru dari apa yang aku baca..tunggu aje.. Salam Aidil fitri.

Wednesday, September 9, 2009

Siri Ahli fikir - pesonafikasi dalam arca


siri terbaharu.
ahli fikir..mengambil kata-kata hikmah.
element line ..shape...taipografi...
siri ini ada yang telah dipamerkan dan ada yang dalam penghasilan
Gambar karya 'siri ahli fikir- bunga popi after Gurineca Picasso"

Wednesday, September 2, 2009

Mengutip ilmu seni dari bacaan

Artis seharusnya bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam menghasilkan karya, namun ianya harus didukung dengan pembacaan yang dapat menjana pemikiran.....dari situ nanti ianya akan harus tercerna didalam karya-karya yang dihasilkan....tak kira ianya mungkin dilihat dari teknikalnya maupun kupasan content yang wujud...baru-baru ini perbincangan saya berlaku dengan prof madya Ariffin Mohd Ismail, seorang ahli akademik juga pelopor seni arca awam di Malaysia..mengulas perkembangan kewujudan seni arca awam di Malaysia kami bersetuju mengatakan era-era kini (abad 21) telah ada satu aliran yang mengkehendaki kewujudan arca awam ini di ruang -ruang terbuka di seluruh negara...tetapi jangan salah faham ...peratusannya masih kecil...malahan kami bersetuju untuk mengkategorikannya kepada arca yang boleh dikupas nilai estetiknya...ini merujuk kepada arca-arca yang benar-benar dilaksanakan oleh pengarca dan satu lagi bentuk -bentuk 3D ( satu rekaan yang melibatkan ruang) yang dihasilkan bukan oleh pengarca...kemungkinan kontraktor yang di arahkan ataupun designer ataupun juru lanskap...yang bertindak menghias ruang persekitaran dengan bentukan tadi.....
Berbalik kepada soal pembacaan...saya perturunkan beberapa isi yang menarik yang telah saya dapati dari bacaan saya baru-baru ini

people can respond very differently to the same work of art. The artist can exaggerated everything ini their mind.
saya berpendapat statment yang sedemikain mampu mengharmonikan pandangan seni yang pelbagai sifatnya..malahan menurut sidi gadzalba seorang ahli falsafah islam...antara kelebihan sesorang yang bergelar artis adalah mampu memberi keindahan terhadap sesuatu yang dilihat lebih dari asalnya seperti mana statment diatas...artis mampu, berkuasa untuk menokok tambah apa saja subjek matter maupun perkara berdasarkan kewarasannya berfikir.

Dan saya juga berfikir people respond to the art work because they understand them differently...also their knowledge .

Dalam salah sebuah buku biografi David Smith seorang pengarca ...beliau menerangkan serba sedikit cara beliau bekerja menghasilkan arca...I follow no set procedure in strting a sculpture. Some works start out as chalk drawing on the cement floor, with cut steel forms working into position upright. Then the added dimension requires diffrent consideration over the more or less profile form of the floor drawing assembly. Sometimes i make a lot of drawing using possibley one relationship one each drawing which will add up in the final work. Sometimes sculpture just start wit no drawing at all.

Menarik....

Saturday, August 29, 2009

Masih ku ingat arca kertas 1974

Tahun-tahun 1971 hingga 1976 merupakan tahun-tahun yang pasti akan aku ingati. ia merupakan tahun-tahun persekolahan rendah yang amat manis. Zaman persekolah era itu amat 'limited' pendedahannya terhadap 'art', yang aku tahu (mungkin kebanyakan murid lain ketika itu) lukisan itu adalah art, warna itu juga lukisan, buat topeng itu juga lukisan,sapu warna atas daun dan cop atas kertas juga luisan. Tak tau beza cat air, cat minyak, tak tau beza lukisan, catan, cetakan atau arca.
cikgu pun tak bagi tau...masa tulah

satu ketika cikgu suruh bawa belon, suruh bawa kertas surat khabar, suruh bawa gam..penat emak bancuh tepung kanji utk buat gam yang terbaik ketika itu. Di dalam darjah,cikgu suruh tiup belon sederhana besar dan ikat jg bagi angin keluar. Koyak kertas surat khabar kecil-kecil masukan dlm gam tepung kanji.... tampal kertas atas permukaan belon penuh-penuh...potong kertas rupa tajam-tajam tampal atas belon tadi......akhirnya jadi buah durian....itu juga aktiviti lukisan namanya....yang telah diajar dalam subjek lukisan (nama matapelajaran ketika itu lukisan).

Maka...................

hampir 40 murid-murid darjah 4 Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor pada ketika itu dalam tahun 1974 telah belajar lukisan 3 dimensi......tiada siapa nak persoalkan......hinggalah hari ini...saya bangkitkan kenangan kecil dulu.....bukan salah sesiapa.....


Banyak lagi cerita dan perkara menarik tentang 'matapelajaran lukisan' yang dibawa dalam sistem pendidikan di sekolah dulu-dulu.......dan jangan terperanjat hingga kini masih wujud cerita-cerita menarik tentang 'mata pelajaran lukisan' yang kini telah di 'rebrandingkan' dengan pendidikan seni visual.......menarik untuk dilihat,diteliti ,dikupas,difikirkan khasnya tentang 3D............arca........will continue