Monday, August 13, 2012

Arca Instalasi "Memberi dan Menerima"


ARCA INSTALASI “MEMBERI DAN MENERIMA”




1.

Aku nak buat apa?, persoalan yang sering ditanya dalam diri sendiri selepas ura-ura projek ke Jogja menampakkan kemajuannya.  Pencarian kepada jawapan untuk soalan itu kian menjadi takala  persetujuan secara  bersepakat diperolehi untuk mengadakan pameran yang diasalkan di ISI (tetapi tidak diberi respon) lantas ianya bertukar ke ruang Sangkring Art Space, sebuah  perimis yang sering dihidangkan dengan pameran bersifat antarabangsa dan punya standard yang tinggi (lagilah risau dibuatnya). Beberapa perbincangan susulan telah memutuskan akan turut diadakan  aktivit berkarya secara berkolobrasi bersama artis ataupun komuniti seni di Jogja, ini juga satu perkara yang perlu diberikan penelitian. Saya mula berfikir dan meneliti beberapa cadangan karya yang  boleh dikembangkan untuk pameran ini, lantas membuat beberapa lakaran idea seasas-asasnya karya samada drawing  ataupun arca. Dua disiplin ini menjadi landasan congak saya disamping memikirkan apakah isu yang boleh dijadikan bahan dalam mengolah karya secara formalistiknya. Saya berandaian karya tersebut haruslah bersifat global dan punya signifikan dalam konteks projek Joga ini. Dengan membuka ruanglingkup budaya serta persekitaran di campur sedikit dengan rencah iklim pasca moden SERUM saya memutuskan untuk  bereksprimen dengan arca instalasi tapi isu maupun persoalan yang ingin di bawa masih belum di kenalpast. Ini berlaku hampir tiga bulan sekiranya mengambil kira tarikh kerja-kerja awal memulakan projek Art Exchange ini.





2.

Konsep dan Idea dah dapat; betullah yang dikatakan bijak pandai seni, pengkarya dengan persekitarkan saling mempengaruhi, inilah yang berlaku dalam penemuan idea dan konsep karya arca instalasi yang ingin saya lakukan. Ceritanya begini; di satu pagi 18 Julai 2012, setelah siap mandi saya memilih dan memakai baju untuk ketempat kerja, dalam waktu memakai baju berlaku perbualan bersama isteri saya berkaitan banyaknya pakaian yang tidak digunakan, lantas isteri memberikan cadangan yang selalu diutarakannya,berikan saja pakaian kepada sesiapa yang memerlukan,.. UREKA!!!!!! ilham terus dating,  jadikan  karya  seni baju-baju terpakai diinstalasikan, ide terus berkembang kemudiannya diberikan kepada orang yang memerlukan (dalam konteks ini orang itu adalah  audien). Lantas saya catitkan dalam buku lakaran saya…bundle series, Teringat kedai bundle yang sering menjual pakaian second hand,



Catatan terawal selepas mendapat idea.


3.
Konsep Menyumbang; bertitik tolak dari idea yang mentah saya perkembangankannya kepada konsep yang lebih konkrit. Persoalan utama masih saya kekalkan itu kata kunci menyumbang kepada yang memerlukan. Perlakuan menyumbang ini telah menjadi etos dalam masyarakat Malaysia tak kira bangsa apa, Kalau dikatakan  derma aja pasti ada yang akan menderma samada untuk masyarakat setempat maupun antarabangsa. Pelbagai sumbangan telah diuruskan untuk pelbagai tabung. Tabung bencana alam, tabung kemanusian, tabung anak yatim, tabung warga emas dan bermacam-macam lagi corak sumbangan yang rakyat Malaysia berikan. Hinggakan kita digelar masyarakat pemurah dan penyayang. Malahan perjuangan kita membela saudara seagama seperti di Palestin mampu diberikan tanpa kehadiran secara fizikal di bumi Palestin. Semuanya  berlaku dalam kata kunci menyumbang.

4.
Memberi dan Menerima; lebih menarik idea menyumbang ini terus-terusan bermain didalam kepala saya lantas lebih kritikal mencari kata kunci yang lebih mesra dan penuh kejiwaan, maka kata kerja ‘Memberi dan Menerima’(M&M) boleh sahaja menjadi gagasan utama dalam karya instalasi ini. Soal yang bersifat hukum karma ini sering berlaku dan dilakukan ramai orang dalam masyarakat  kita dari dulu hingga kini.  ‘Memberi dan Menerima’ boleh dibaca dalam dua situasi yang berbeza; pertama dilihat  M&M melibatkan individu yang bersifat tunggal, maksudnya sesorang individu yang memberi akan dihukam karmakan akan juga menerima, beri baik menerima balasan baik. Dalam konteks Agama Islam memberi yang baik  akan menerima pahala, memberi yang tak baik akan menerima dosa. Memberi benih kepada tanah akan menerima pokok dan buah dari tanah. Makanya berlandaskan analogi  diatas, setiap individu yang menginginkan sesuatu atau individu yang ingin menerima sesuatu haruslah memberi sesuatu. Satu lagi contoh yang menarik dalam amalan masyarakat lama, iaitu mengadakan sesuatu upacara sebelum memulakan tanama, dengan harapan menerima hasil tanamam yang menguntungkan. Situasi kedua M&M akan melibatkan dua individu yang berbeza, seorang individu yang memberi dan seorang individu yang menerima. Situasi M&M yang sedemikain boleh dibaca individu yang memberi tidak akan menerima apa-apa secara fizikal dari individu yang menerimanya. Namun begitu dalam konteks agama individu memberi akan menerima balasan pahala. Lantas dihadiskan oleh Rasullah s.a.w tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, tangan diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Justru itu saya menyimpulkan  ‘Memberi’ dan ‘Menerima’ dalam kedua-dua situasi sememangan perkara yang mulia

5.
“Memberi dan Menerima” dalam konteks karya seni; Ianya lebih bersifat seni untuk komuniti, Satu cara menjinakkan komuniti umum kepada kegiatan seni. Satu cara pengkarya menyumbang kepada memasyarakat seni yang sering dianggap elitis. Dengan andaian untuk mengharapkan masyarakat dekat dengan seni visual maka  sang pengkarya  harus memberikan sesuatu kepada masyarakat tersebut. Ia mungkin dalam bentukan formal atau hidden transfer knowledge. Saya amat berkayakinan projek M&M ini  menjadi salah satu cara pengkarya menyumbang ke arah  tersebut. M&M menjurus kepada projek amal yang tidak mengutamakan keuntungan. Projek M&M merupakan sumbangan sosial saya sebagai artis SERUM kepada komuniti yang mampu menambahnilai kedudukan seni itu sendiri melalui keterlibatan ahli komuniti dengan arca instalasi M&M.

6.
Formalistik arca instalasi ‘Memberi’ dan ‘Menerima’ (M&M). Saya telah merangka beberapa butiran formal yang berkaitan dengan arca instalasi M&M ini. Pertamaanya, bahan yang juga akan menjadi subjek utama dalam arca instalasi ini adalah pakaian-pakaian  lama yang telah tidak digunakan lagi. Ianya akan dikenalpasti berdasarkan jenis-jenis pakaian tersebut. Menggunakan ruang yang diberikan oleh Sangkring Art Space untuk membuat susun atur pakaian-pakaian yang telah dipilih. Digantung di dinding, digantung di ruang tengah, di lantai, di rak yang direka atau di mana-mana bahagian galeri yang disediakan. Komposisi instalasi bergantung sepenuhnya kepada ruang yang diberikan. Instalasi lebih kepada sebuah karya site specific. Arca instalasi M&M ini mengunapakai prinsip intreaktif, iaitu audien yang melihat dbenarkan untuk memilih dan mengambil mana-mana pakaian yang dikehendaki tetapi dikenakan ‘bayaran’, menggunakan sistem barter trade (Tukar menukar). Oleh itu audien dikehendaki membuat hasilan seni berdasarkan kemampuan masing-masing, semudah-mudah, seringkas-ringkas sebuah drawing, painting maupun bentuk 3 dimensi. Menukarkan hasil karya tadi dengan mana-mana subjek yang terdapat didalam arca instalasi tersebut. Saya berandaian pameran yang bermula dengan arca instalasi pakaian-pakaian second hand akan bertukar akhirnya dengan sebuah arca instalasi bersubjekkan lukisan, painting, dan objek 3 dimensi.

7.
Sasaran audien atau khayalak; untuk projek arca instalasi M&M ini saya memerlukan kerjasama dari artis Jogja untuk menyediakan  sebahagian audien yang layak untuk menerima pakaian-pakaian yang akan di instalasikan. Lebih elok jika ianya golongan anak yatim atau mereka yang  kurang berkemampuan.

8.
Perlaksanaan; saya memerlukan penyumbang  bagi mendapatkan  pakaian-pakaian lama yang merangkumi  peringkat  kanak-kanak, dewasa, lelaki dan perempuan. Akan dikumpulkan dan diasing mengikut kategorinya. Saya juga memerlukan beberapa orang artisan untu membantu melaksanakan instalasi, mengendalikan audien untuk melukis, mengendalikan mengambil dan menukar pakaian kepada lukisan, dan saya juga memerlukan  team sokongan yang boleh mendokumenkan sepanjang pameran khususnya dalam bentuk video.

9.
Tindakan Susulan; selepas pameran berlangsung di Sangkring Art Space saya akan mengadakan pameran  semula di Malaysia, samada di Melaka atau di kuala Lumpur. Namun begitu  arca instalasinya akan membawa subjek seni yang saya perolehi dari projek di Jogja. Selain itu saya bercadang  akan menghasilkan penulisan berdasarkan projek tersebut.

10.
Nota: Saya sedapat mungkin akan membuat pra-pameran di Galeri Seni UiTM Melaka sebagai pelancaran projek  UiTM Melaka –Jogja Art Exchange (Ilham LENJO Art Exchange 2012), sebelum melaksanakan di Jogja pada bulan November. Saya mencadangkan Datuk Rektor akan merasmikan pameran tersebut

Itulah Cadangan Saya Tentang Arca Instalasi “Memberi dan Menerima”










Beberapa lakaran awal untuk projek M&M